Skip to main content

1 Lelaki dengan 2 atau 3 perempuan

Contengan Fesbuk Bertarikh 23 Disember 2014


" Teman saya kejap. Nak jumpa ketua . "

" Alah.. Malas lah. Tu ketua awak, bukan ketua saya . Pergi je lah. Malu pula . . "

" Malu tu iye. Tapi ada benda besar yang perlu dijaga . Awak tak ingat ya ustazah pernah pesan apa pada kita ? "

" Apa? "

" Bila nak bermuamalat dengan ajnabi, pastikan ratio kita berbeza dan kalau terpaksa baru lah biarkan sama. "

" Contoh? "

" 1 Lelaki dengan 2 atau 3 perempuan. 2 lelaki dengan 3 atau 4 perempuan. Begitu lah selanjutnya. "

" Alah. Lecehlah macam tu. Kalau tak ada yang nak teman macamana? "

" Awak kena faham, kita sekarang sudah di fasa 3 akhir zaman. Nabi sendiri pesan sejak 1000++ tahun dahulu kala, wanita adalah fitnah (ujian) terbesar untuk seorang lelaki di akhir zaman. Nabi sememangnya sangat bimbangkan tentang fitnah ini. "

" Tapi kalau dalam urusan kerja, saya rasa tak ada hal lah. Sebab bila kita jumpa partner kerja kita, mestilah orang dah tahu yang kita tengah bincang pasal kerja. Kan..? "

" Jawapannya ya dan tidak. Boleh jadi orang yang melihat itu tahu dan boleh jadi tidak. Sebab itu kita kena berhati-hati. Jangan expect semua tindakan kita akan difahami orang lain. Cubalah sedaya upaya tutup pintu fitnah. Biar susah sedikit, tapi manfaatnya besar. "

" Ok lah kalau macam tu. Jom lah saya temankan awak. Ketua awak dah tunggu tu. "


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...