Skip to main content

Coretan Temuduga Pinjaman Yayasan Islam Kedah 2013

Maaf, sejak kebelakangan ini Ms Qasrus selalu mencoretkan tentang pengalaman temuduganya. 

Mungkin ada sedikit di hati anda titik-titik rasa menyampah+malas nak baca+ rasa nak cepuk sikit kepala orang yang menulis post ini.

"Ms Qas. Anda ni tak ada modal lain ke nak citer?" Anda menyoal dengan nada tak puas hati separuh mentah.

:p

Oh, maafkan saya.

Saya tiada penawar dan suntikan penenang yang mampu diberikan kepada anda bagi menyahtinjakan kemeluatan anda itu.

Tulisan ini saya hadiahkan kepada hadek-hadek saya dan anda yang sedang membesar sihat, sesihat arnab gemok yang berguling-guling di taman permainan. 

SPM mereka yang bakal cemerlang-gempak-bravo belum tentu menjadi penentu impian dan harapan mereka untuk belajar di luar sempadan Malaysia sekiranya mereka tak mampu mendapatkan pembiayaan dan tajaan dari mana-mana pihak.

Jadi, mungkin post ini bukan keperluan buat anda, namun ia boleh jadi penting dan sangat bergona untuk hadek-hadek saya bakal lepasan SPM itu.

In sha Allah
^_^
_______

Setelah gagal tercalon dalam senarai penerima biasiswa RM45k dari pihak zakat, saya mencuba pula nasib di Yayasan Islam Negeri Kedah.


Masa saya hantar borang permohonan tu, saya adalah orang ke 99 yang menulis nama. Ahah. Tentu anda akan mengatakan "Oh my darling, ramainya yang pohon... Nak pilih 5 orang je.."

Don't worry la...

Sebenarnya, ehem. Masa hari saya ditemuduga ini hanya 8 orang sahaja pelajar yang bakal ditemuduga pada sesi pagi dan 8 orang lagi pada sesi petang. Temuduga saya di sesi pagi dan oh.. Sungguh mengejutkan saya kerana yang hadir cuma 3 orang ladies dan a gentleman aja..(termasuk saya)  o__o

Dengan berbekalkan semangat yang kental dan macho ala-ala Michael Jackson (eh pe kaitan?), saya bawa blazer dan fail sijil saya mendaki tingkat tiga bangunan YINK itu.

Saya mendapat giliran nombor 3 daripada 4. Temuduga itu dijalankan di bilik mesyuarat yang sangat mewah.(sila jangan bayang dalam bilik tu ada sofa yang empuk, TV LCD 60° dan jakuzi) Cuma ada air-cond dan lampu yang terang. Mewahlah juga tu kan kan. 

Bila habis orang kedua yang ditemuduga, saya terus masuk ke bilik itu tanpa dipanggil. Panel suruh buat macam itu sebab tak ada PA yang nak tolong hampar karpet merah dan menjemput anda. 

Maka, saya mengetuk pintu menggunakan tangan saya yang masih kuat ini dan memberi salam. Alhamdulillah,salam saya dijawab! Hehe. Bukan apa. Teruja sikit sebab nampak macam panel-panel tu tak garang pun. Ada tiga panel, semua lelaki dan veteran. Lepas beberapa puluh minit kemudian,masuk lagi seorang panel lelaki. Ayo.. dia ni main tuju-tuju je kot soalan yang dia minat.. Haisy... Tapi..semua panel,saya ulang lagi sekali, sangat baik dan sungguh baik. Titik.

Dan yang paling bestnya adalah kerana IVnya adalah dalam bahasa Melayu. Hohoho. Barulah banyak sikit modal nak bercakap kan. Ms Qas tak pandai sangat cakap bahasa oqang phuteh dan oqang arab ni.

Mula-mula saya diminta memperkenalkan diri. Latar belakang keluarga. Gaji mak ayah berapa. Anak ke berapa?
Lepas tu, dia banyak tanya pasal keluarga,kakak dan dia juga tanya 'dah dapat tawaran ke mana-mana?'


Saya jawab,alhamdulillah. Sudah. Saya dapat KMM. UPU masih tunggu keputusan. 



Kemudian dia tanya, zakat? Saya jawab,Zakat saya tak dapat. ;( Sedih sikit nada di situ.

Kemudian, dia tanya ' reti cakap bahasa arab tak ni?"
Saya balas,"Dekat sekolah, saya hanya diajar bahasa arab ni berdasarkan silibus dan nak bagi lulus aja, penekanan tak diberi kepada percakapan atau perbualan. Tapi In insha Allah, saya tetap ada asas bahasa arab. Nak cakap sikit-sikit tu tak ada masalah."

Lepas tu, dia suruh cerita tentang diri sendiri dalam bahasa Arab. Saya buat ayat yang saya belajar masa tingkatan satu je. Dia senyum je. Saya tahu,banyak kesalahan 'grammar' yang saya dah buat. Gabra punya pasal. Tapi itu lebih baik daripada diam atau mengeluarkan kalam 'SAYA TAK TAHU'

Then, ada panel lain tanya, Alor Setar dalam bahasa arab apa? Ngeee.. Gigit jari aku macam ini. 


Saya jujur je cakap,"Saya kurang pasti sebab dalam esei saya tulis  Alor Setar dalam tulisan jawi je" 



Kemudian panel tanya lagi.."Pekan Alor Setar apa dalam bahasa arab..?"

Oh my.. Pekan dalam bahasa arab apa? Saya blur. Tapi saya tak mahu diam aja. Saya hantam 'wilayah alor setar." 


Panel-panel sengih sampai telinga. Kemudian dia balas,"pekan dalam bahasa arab 'madinah' la.."

Lepas tu, saya dengan excited cakap,"Hah! Betul... Baru saya ingat. Madinah Alor Setar la!" Dia angguk sambil senyum.

Kemudian dia tanya lagi,"Nak buat bidang apa ni?"

Saya cakap, "Gynaecology."

Dia buat-buat tanya,"apa tu..?"

Saya cakap,"Pakar Sakit Puan." Bila tengok panel-panel macam tak ada modal nak bercakap,bilik pun sunyi, maka saya riuhkan bilik itu dengan tambah-tambah sikit pasal bidang sakit puan ni. Yang bestnya, semua panel macam bagi perhatian dengan apa yang kita cakap. Saya pun tak tahu nak buat eye contact dengan siapa. Alahai...

Tiba-tiba dia tanya," Bagi satu pakar sakit puan wanita kat Malaysia.." Hoho. Saya tak jangka pun soalan ni akan keluar tapi mujurlah tak cepat melatah. Saya jawab,"Dr Harlina Halizah Siraj"

Sebelum temuduga saya habis, telinga saya sempat tangkap panel tu cakap, keputusan kamu bagus ni..7A+.. sayang kalau tak dapat pergi mana-mana."

Saya senyum aja. Saya cakap, saya cuma usaha,Allah lah yang tentukan mana yang terbaik buat saya."

The End.

Fail saya tak diusik langsung. Tapi bawa sajalah. Baru nampak macam kita dah buat persediaan.

Kawan saya yang jadi orang pertama ditemuduga kena provokasi teruk juga la. Mujurlah panel tu tak tembak saya dengan soalan yang mampu meningkatkan blood pressure saya. Alhamdulillah.

Apa-apa pun, tenang sahaja. Sentiasa baca Robbi Yassir Wala Tua'ssir.
In sha Allah, Allah akan mudahkan kita.
Dapat tak dapat jangan fikir lagi.
Yang penting kita usaha,doa dan tawakkal.

^__^

Tempat menunggu. Ini bukan gambar saya tau. Tapi kedudukan saya tadi macam inilah cuma berselang satu kerusi dengan seorang budak lelaki dr MMAS. Diorang ni nampak tension kan. Tadi saya buat relax aja. Takyah takut la...

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da