Skip to main content

Hai Hai 2nd Year, Bye Bye 1st YeAr

Coretan lama (14/9/14)

Berbaki lagi seminggu.

What??

Seminggu??

Yep. Seminggu. 
Seminggu lagi percutian di Malaysia bakal tamat.
Seminggu lagi bakal saya ucapkan Ahlan Wa Sahlan ila 2nd Year.

Yes. Alhamdulillah!
I'm 2nd year medical student now!

Terima kasih Allah.
Allah dah beri kekuatan untuk saya survive dalam tahun pertama perubatan.

Tahun pertama perubatan?




Awesome
Gempak
Bikin migrain

Cuma saya pegang,
Bukan senang nak senang,
Bukan susah nak susah.
Kalau orang lain boleh buat,
Kenapa tidak saya??

Dari sem ke sem,
Saya cuba improve kekurangan dari sem yang lepas,
Model scorer tegar dalam batch saya cuba contohi

Saya belajar,
Pengurusan masa sangat penting.
Tiada istilah tangguh pemahaman dalam belajar
Apatah lagi sebagai pelajar perubatan.
Jika tidak,
Kamu sendiri akan menanggung siksanya nak mula memahami subjek tatkala cuma tinggal 24 jam nak masuk dewan peperiksaan.

Y_Y

I learnt all those things.
And i will try not to repeat my fault for the next year studying in medicine.
I will try my best.

Btw,
I record my 1st year result here,

SEM 1 : 88%
SEM 2 : 70%
SEM 3 : 82%

Total muaddal tsanawi?

79.5%

Yeah. I dont get any list ; dean list or president list.
Saya pernah berimpian nak dapatkan juga any list at least untuk first year.
Teringat kata seorang senior,
'Masa 1st year ni lah korang nak dapatkan list semua tu. Subjek mudah lagi. Dah masuk tahun seterusnya, peluang makin tipis except kalau korang betul-betul power dalam study. Medic tak perlukan orang yang pandai sangat sebab memang semua orang pandai yang terpilih untuk kos ini. Tapi medic memerlukan orang yang rajin dan disiplin. That s all."

InsyaAllah, tahun yang akan datang,
Saya cuba kekalkan momentum di sem 3. 
Lihatlah bagaimana result saya kembali naik bila di sem 3 setelah jatuh merudum di sem 2.

Benarlah kata Yasmin Mogahed,
Kegagalan bukanlah 100% tak bagus sebab dari kegagalan kita itu kita belajar untuk tidak mengulang lagi kesilapan dan tahu rahsia bagaimana untuk berjaya.

Senyum

Perancangan Allah itu memang terbaik.
Sangat terbaik.
InsyaAllah, jika kita yakin,
Kitalah yang bakal jadi terbaik.



Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...