Skip to main content

Coretan Pengalaman Temuduga IPG 2013 ♫


Alhamdulillah.
Peluang turun dari langit lagi!
Kali ini saya dipanggil dan terpanggil untuk merasai pula pengalaman temuduga dari Institut Pendidikan Guru.

Ahah! Nak jadi cikgu pula ke Ms QS ni??
Tak lah. Cuma nak kutip pengalaman.
Boleh tambah kawan.
Lagipun kalau duduk rumah, takut bil internet melambung! 

Jadi, nak dijadikan cerita, saya mendapat panggilan temuduga di IPGK Tengku Bainun untuk kursus Matematik SK. Siapakah Tengku Bainun? Soalan itu menerjah di telinga saya sebaik sahaja selesai menjawab soalan INSAK. Ek, siapa ya? Alahai.. 

Ujian INSAK bermula jam 8.30 pagi dan calon diminta mengambil tempat di dalam dewan setengah jam lebih awal. Yang pasti, bukan dewan besar Aminuddin Baki tu tau. Saya tersesat masuk kawasan tu. Oh malu. 

Ok. Dewan tempat saya ambil periksa ni comel je. Tak besar macam PWTC tak kecil macam pondok pengawal. Sederhana,ada penghawa dingin,meja panjang berukuran 4 meter dan kerusi kayu boleh lipat.

Dah duduk kat situ, terasa macam nak ambil peperiksaan SPM la pulak. Cuma bezanya, kami boleh bawa masuk beg tangan sendiri. Calon yang ditemuduga rata-rata wanita muslim dan hanya sedikit sahaja kelihatan calon lelaki. Pensyarah yang jaga peperiksaan sempat bergurau,"Lelaki dah semakin pupus.....Isk3"

Saya senyum.

Soalan dan kertas jawapan OMR diedar. Saya diingatkan supaya menulis nama dan maklumat lain dengan menggunakan pensil 2B sahaja. Begitu juga untuk menghitamkan jawapan. Jangan guna pen,pesan panel.(Semua panel baikII. Tak garang. Penyayang.)

Dah dapat arahan menjawab,saya pun jawablah. Alhamdulillah, saya hanya menggunakan 20 minit daripada 30 minit yang diperuntukkan untuk menjawab soalan itu. Soalan tak susah pun. Bergantung kepada personaliti anda. Tak ada jawapan yang salah atau betul. 

Selepas tamat,kumpulan saya,KUMPULAN A, diarahkan pergi ke perpustakaan IPGK itu ditingkat satu. Wah... seronok betul perpustakaan tu. Sejuk. Tak ramai orang. Yang banyak adalah pelajar cina.

Saya naik ke tingkat atas perpustakaan itu. Bilik temuduga ada di situ. Ada empat bilik,A B C D.Saya kumpulan A. Jadi temuduga saya adalah di bilik A. Dalam kumpulan A terpecah pula kepada empat kumpulan. Saya kumpulan yang kedua. Kemudian kami dipanggil untuk menandatangani borang kehadiran secara serentak. Alahhh.. Tenyeh je.

 Satu kumpulan ada tujuh orang. Dalam kumpulan saya hanya ada seorang lelaki dan seorang perempuan cina. Ramai yang datang dari PERAK. Setiap orang diminta menulis nama di atas kertas berpelekat dan ditampal pada tudung. Lelaki kena tampal nama tu dekat mukanya. 

Eh. Salah.



 Lelaki tentulah tampal nama tu dekat bajunya. 
Ehem. Diorang tak ada tudung kan.

Saya tak ambil kertas itu sebab dah bawa nametag. Ada juga yang pakai blazer. Saya tak pakai pun. Yang pakai cuma sorang. Kalau anda rajin,bawalah. Tunjukkan keyakinan anda ya!

Selepas kumpulan pertama selesai, kumpulan saya terus serbu bilik temuduga tu. Tak sabar ni. Kumpulan satu kata temuduga tu best. Haha. Bertambah teruja dan gumbiranya saya di kala itu.

Apabila kami masuk, kami diminta duduk mengikut susunan nama yang telah ditetapkan. 



Ok.Tarik nafas..Lepas. 

Panel dua orang. Mereka baik lah . 
Jangan bimbang. 
Mereka peramah sangat
 (dan tak banyak cakap)

Fail diletakkan di atas meja panel sebelum kami duduk. IC kena letak sekali dalam fail begitu juga dengan dokumen yang lain. Nanti panel nak semak. Kata panel, seboleh-bolehnya sesiapa yang ada apa-apa penyertaan di peringkat kebangsaan,letak sekali salinan sijilnya, Ia dapat membantu. ♠

Selepas itu,panel bagi salam dan ucap selamat datang. 
Taraa.. 
Tengok kan. 
Mereka baik sangat. :p 

Sahabat saya, Salsabila Rabbani.. Sila jangan takutlah.

Awal-awal lagi mereka cakap, temuduga individu tak ada. Saya melompat dan bersorak dalam hati. Ya bedabedu. Yes Yes.

Kemudian,panel minta kami memperkenalkan diri secara ringkas.
 Tak rumit pun. 
Hanya nyatakan nama,tempat tinggal dan sekolah. 
Mudah kan? 

Selepas itu,kami ditayangkan satu video. Sebelum tu,panel tanya lagi ada masalah pendengaran atau penglihatan tak? Alhamdulillah, semua ahli kumpulan saya normal.

Video ditayangkan terus melalui laptop. Tak ada skrin walaupun LCD ada sahaja dalam bilik itu.
Video itu adalah selama 3 minit 50 saat.

Video tu mula-mula tayang budak-budak sekolah nyanyi lagu negaraku. Kemudian tayang satu demi satu babak aktiviti kokurikulum macam ikat anduh,aktiviti luar seperti flyang fox,kayak dan sebagainya. Yang terakhir sekali ada babak seorang ustaz sedang bagi ceramah macamana nak berwudhu.

Habis sahaja video itu, automatik otak saya memproses mengatakan video itu adalah berkaitan rapat dengan falsafah pendidikan negara yang ingin membentuk modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. 



Malam sebelum tu, saya baca sekali lalu tentang falsafah pendidikan negara,ipg,pelan pembangunan pendidikan,pelan induk pembangunan pendidikan, memartabatkan bahasa melayu,memperkukuh bahasa inggeris(mbmmbi) dan ppsmi.

Panel mula minta kami mulakan perbincangan. Beliau kata, temuduga ni tempohnya bergantung kepada kami semua la. Lagi banyak kami nak cakap nak kongsi,lagi lama lah. Mereka hanya melihat kami, dan mencatat. Langsung tak mencelah. Kami diminta mengulas apa sahaja berkaitan dengan video itu, nak kongsi pengalaman di sekolah atau PLKN. TERSERAH. Tak ada had,tak ada batas. Cakap sahaja apa nak cakap.

Apabila diminta berbincang, saya bukanlah orang pertama yang bercakap. Rakan sebelah saya dari SMKA Slim River memulakan ulasannya tentang apa yang dilihat tentang video itu. Kemudian disambung pula oleh orang seterusnya dan seterusnya. 

Walaupun tak diberi giliran siapa yang nak bercakap, alhamdulillah, kerjasama secara diam dapat dicapai. Kami bercakap tentang sesuatu perkara mengikut giliran. Selepas habis semua bercakap,perkara lain pula cuba dibincangkan.


Masa giliran saya, saya bercakap tentang apa yang saya nampak dalam video tu dan kaitkan dengan falsafah pendidikan negara. 



Yang pasti,ketika bercakap, tegakkan badan,bercakap dengan suara yang kuat, buat gaya, jangan kaku dan jaga eye contact dengan kawan-kawan yang lain. Sekali sekala tengoklah muka panel sama. Kerusi yang disusun separa bulatan memudahkan saya melihat wajah setiap orang.


Dah habis berulas tentang apa yang kami lihat, orang pertama yang memulakan perbualan tadi kembali bercakap tentang kepentingan kokurikulum pula. 



Dalam hati saya, uish..cam ni lama lagi la nak habis.

Dah habis semua bercakap tentang kepentingan itu, tiba-tiba semua diam. Macam dah tak ada idea nak cakap. Saya tak suka keadaan itu. Maka dengan tiba-tiba saya bercakap

"Ok,memandangkan kita semua sudah selesai melontarkan pandangan masing-masing,saya teringin pula nak dengar apa peranan seorang guru dalam nak memastikan aktiviti kokurikulum di sekolah berjalan dengan lancar."



Kikiki.

Lama lagi la kami nak keluaq kan kan.

Alhamdulillah. Semua memberi respon. Saya orang terakhir yang mengeluarkan pendapat tentang soalan saya itu.

Kemudian,kami semua pandang panel dengan mesej rahsia
'kami rasa kami tak tau nak cakap apa dah kut. Boleh dak kami nak keluar sekarang?'

Panel senyum seolah-olah mendengar soalan rahsia kami. Kikiki.



 Kemudian dia komen. Kumpulan kamu bagus. Dah nampak siapa yang ada potensi nak jadi guru tu. Semua berkeyakinan. Dia senyum lagi. 




Padahal ramai je yang bercakap tergantung-gantung,suara jadi ketaq-ketaq. Haha. Mujur bukan saya la.

Kemudian panel saja nak tanya. Nak isi masa lapang kut. Dia tanya sepanjang buat program koko kat sekolah ada tak masalah? Kami semua pun pakatlah cerita masalah itu dan ini. Ada yang kata cikgu tak datang,masalah cuaca,maklumat tak cukup dan banyak lagi la. Semua ada 7 alasan sebab kami pun ada 7 orang je kan. 

Panel yang tak bosan bertanya, bertanya lagi. Kalau ada kecederaan masa koko nak buat apa? Kami pun dengan semangat waja proton dan wiranya bagi pendapat itu dan ini.. Bla bla bla. 

Dan akhirnya....

Ada apa-apa lagi nak cakap? Panel bertanya.

Kami menggeleng.

Panel tanya,ada apa-apa nak tanya? Kami bagi peluang ni.

Semua diam. Masing-masing tengah fikir soalan lah kut.

Saya lantas mencelah suasana sunyi sepi itu. 



"Berapa orang yer yang akan dipilih untuk kursus matematik ni untuk seluruh Malaysia?"

Panel ketawa kecil. "120 orang sahaja."

Lepas tu barulah ada soalan lain yang dilontarkan iaitu mengenai UPSI dan lain-lain lagi la.

Kemudian panel ucap terima kasih. Kami pun cabut keluar selepas dah ambil balik sijil masing-masing.

The end.


Seronok !
Itu respon saya kepada calon yang belum ditemuduga.



 Macam bersembang sahaja. Cuma apa yang saya nak ingatkan adalah tentang dokumen yang diminta. Pastikan sudah disah. Tak perlu distepler. Klipkan sahaja. Nanti panel yang akan steplerkan.

Tadi, masa saya, ada je yang baru nak lekat gambar,photostet itu dan ini, minta gam, minta klip dan macam-macam lagi la.

Jadi, saya harap anda lebih bersedia dan mampu melakukan yang terbaik ya!
Moga kejayaan milik anda...

| Post ini diterbitkan semula setelah lebih 10k dibaca oleh pelayar belog |

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p