Skip to main content

Sumpah, PERTAMA iTU Memang BEST!


Bagi Pertandingan Terjemahan Artikel Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu, tempat ketiga, jatuh kepada ...

Saudari Qasrus Syuhada!

Serentak dengan pengumuman itu, tepukan gemuruh memenuhi ruang Mudarraj Hussein, Universiti Al-Bayt, Mafraq itu.

Tercengang.

Serius! Tak sangka nama saya boleh terlolos dalam senarai nama pemenang. Saya bangun dari kerusi dan berjalan menuju pentas. Berdebar-debar. Dah lama tak naik pentas. Huh.

Hati menghela nafas lega sebab muka bertutup. Jadi tak nampaklah sangat riak muka saya yang gabra tahap wanita nak bersalin. Tak Sangka Kehadiran last minute  saya dalam program PERTAMA IX ini telah Rupanya Mencipta Kenangan yang indah Pertama di Jordan. Kira indahlah kan bila dapat naik pentas dan ambil hadiah.

Dapat buku percuma! Alhamdulillah. Hadiah apa yang lagi osem dari buku? ^ _ & Lt;

Saya masih ingat beberapa minggu lepas, selepas tamat kertas final yang terakhir bagi semesta satu tahun dua perubatan; Pathology, saya ambi keputusan nak release tension dengan menterjemah artikel bersempena Pertandingan Terjemahan Artikel anjuran BK Akademik & amp; Intelek MPMMJ. Laju saya 'tanya' kepada Sheikh El-Website Google artikel bahasa Inggeris apa yang sesuai untuk diterjemahkan. Cari punya cari, akhirnya saya memutuskan untuk memilih artikel yang bertajuk
The Power Of The Mind: How To Train Yourself To Be More Successful.


Inilah artikel terjemahan yang entah macamana telah berjaya menambat hati juri. 

Lebih dari 5 jam saya berusaha menterjemah artikel yang boleh tahan panjang berkilometer itu. Setelah ditokok tambah bahagi dan darab sampai puas hati, saya segera menghantar artikel yang sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu ini kepada BK berkenaan. Mujurlah Karya boleh Dihantar dalam Bentuk softcopy Sahaja. Alhamdulillah, lebih mudah.

Hanya beberapa hari selepas itu, saya mendapat respon dari BK.
Namun respon yang diterima itu tidaklah kosong dan sepi tanpa apa-apa makna.
Respon yang saya terima itu nyata cukup menggugah kekuatan emosi dan menghempas kaca kekecewaan yang paling dalam hati ini.

Isk Isk.

Rupa-rupanya, hanya peserta yang mendaftar sahaja yang boleh menghantar karya terjemahan. Dan saya adalah dalam kalangan orang yang tak mendaftar. Rasa nak Baham Tombol pintu Bilik Karya bila saya yang telah Dikarang dengan Penuh rasa Chenta bahagia dan itu telah di reject ! Huwaaaaa ..!



Masa terus berputar dan hidup perlu diteruskan. Saya dengan hati yang masih berkocak berusaha untuk berlagak tenang.

InshaAllah, pasti ada hikmahnya. Hati berbisik walaupun jauh di satu sudut, ia mengeluh penat. Macam sia-sia sahaja habiskan berjam-jam menterjemah artikel yang panjang itu. Sudahlah bahasa Inggeris saya pun masih di tahap tadika.

Alahai.

Sabar dan yakin dengan Allah. Kuat diri ini memujuk diri sendiri. At least aku berjaya juga baca artikel tu sampai habis kan? Tidak sedikit kot input baru yang aku dapat dari artikel tu.

Senyum. Ketenangan kembali mengambil tempat.

Seminggu berlalu dan saya dah pun lupa apa yang berlaku.

Tup tup, satu mesej dari BK mengetuk lagi kotak mesej muka buku saya.
Kali ini membawa berita yang tidak disangka-sangka!


WaAllahi! Sahaja hanya Allah yang tahu apa Setinggi level  bila saya tak Percaya Membaca Mesej di atas. Perlahan rasa syukur dan 'Wah-Allah-memang-osem !!' menyelit di jiwa. Tak rugi meyakini setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Alhamdulillah.

Masa pantas lagi bergerak. Hari demi hari berlalu dengan pelbagai peristiwa menggoncang dunia media.

14 Februari 2015 tiba. 
Itulah tarikh PERTAMA IX (Persidangan Tahunan Mahasiswa Sejordan Ke-9) 

Tahun lepas, PERTAMA IIX yang pertama kali saya hadiri di Amman, Jordan membawakan tema Pendidikan sebagai isu yang dikupas.

Tahun ini, MPMMJ menampilkan pula tema lain bagi PERTAMA IX yang saya kira sangat istimewa dan mendapat tempat di hati saya.

'Rasulullah SAW: Qudwah Hasanah Sepanjang Zaman'
Itulah dia tajuk yang begitu mengujakan. Apakah topik paling menyeronokkan daripada topik berbicaranya kita tentang manusia biasa yang luar biasa ini?


Kebetulan pula program ini Jatuh pada Tarikh 14 Februari, Tarikh Valantine Day.  Saya terasa Bersyukur kerana Allah Pilih untuk saya dan cinta Meraikan Mengenang kembali Sirah Kekasih Agung yang di Paling hebat Kalangan Penduduk langit dan bumi ini pada Tarikh Sedangkan ini di Luar sana Ramai sangat Manusia yang mabuk dilambung ombak cinta sedang mengisi kelapangan dengan masa dengan aktiviti raikan cinta yang terlarang. Allah ... Moga Allah tarik kembali mereka dalam pelukan hidayah.


Beberapa coretan telah berjaya saya semakkan dalam buku nota comel saya sepanjang program berlangsung. Bagi saya, menulis dan mencatat itu perlu kerna otak saya bukanlah hebat mana pon nak ingat semua isi penting yang terlafaz oleh si penceramah. Albert Einstein yang bijak itu pun belum tentu dapat ingat semua perkara kalau dia tak mencatat idea penting yang Allah ilhamkan kepadanya itu dimana-mana lembaran yang boleh ditulis. Maka buku dan pen adalah aset penting yang pasti akan saya bawa setiap kali kaki melangkah ke majlis ilmu.

Saya tertarik dengan beberapa kalam yang diucapkan 2 penceramah jemputan yang hebat ini.

Kadang-kadang saya tersentap. 
Kadang-kadang saya terkagum. 
Berbaur-baur perasaan bila mendengarnya.

"Quran yang sama telah berjaya membuatkan kaum musyrikin memeluk Islam.
Quran yang sama telah berjaya memberi peransang hingga kaum muslimin berjaya menguasai 2/3 dunia. Tapi kenapa ya Quran yang sama tak mampu membentuk diri kita seperti manusia di zaman itu ?? Nyata, bukan Al-Quran itu yang salah, tetapi ada yang tak kena pada hati kita ini .. "

Allah. Sumpah sentap. Saya mengiyakan.


"Sesiapa yang sudah berusia 40 tahun, tapi dia belum menjadi apa-apa,
Maka dia bukan lagi siapa-siapa "

Deep. Dalam sampai Kerak bumi! Hidup kita singkat. Saya tertanya-tanya apakah sumbangan diri sendiri pada agama? Apakah amal saya dah cukup nak dipersembahkan pada Tuhan yang Esa kelak ??

"Perbuatan kita yang tidak sopan dan buruk itu sebenarnya telah memalitkan lumpur kepada peribadi Nabi Muhammad SAW. Nabi tak ajar buat macam itu tapi kita degil. Kita buat juga sampai orang salah faham pada ajaran Nabi Muhammad SAW. Bila ada karikatur buruk tentang Nabi kita, kita patut marah pada diri sendiri dahulu sebelum marah kepada pembuat karikatur itu! "

Betul. Nanges. 
Sudahkan aku mempersembahkan akhlak yang terbaik kepada manusia di sekeliling?
Allah ...

"Nabi Muhammad SAW pon kena bersusah payah nak dapatkan sesuatu. Nabi adalah manusia biasa yang sama macam kita cuma Nabi selalu dapat bimbingan dan sokongan dari Allah melalui wahyu. Allah selalu bersama Nabi kerana Nabi kita beribadah dengan taat dan tekun. Kalau kita pun nak capai sesuatu, rapatlah dengan Allah. Beribadahlah dengan bersungguh-sungguh. Nak berjaya macam Nabi, ikut cara Nabi. Ingat Allah selalu dan tawakkal. Ibadah yang kuat akan melahirkan ketenangan dan menambah keyakinan dan kebergantungan kita pada Allah. "

"Nabi ada kucing kesayangan yang bernama Muezza. Nabi tak ada bayangan. Fakta sebegini yang tidak didokong dengan dalil yang soheh ternyata telah memberi tanggapan yang tidak benar pada Nabi kita! Nabi juga manusia biasa yang boleh kita contohi. Meletakkan Nabi lebih dari realiti sampai buat kita rasa tak mampu nak praktikkan cara Nabi adalah satu kezaliman yang besar. "

Sangat terkesan. Selalu saya fikir, susah nak contohi Nabi sebab Nabi adalah Nabi sedangkan saya manusia biasa. Ternyata cara fikir itu salah. Nabi sendiri pun beribadah dan taat sangat pada Allah, jadi sebab itu Allah pasti akan bantu Nabi. Kalau saya pun cuba menjaga ibadah dan hubungan dengan Allah macam yang Nabi buat, maka tidak mustahil Allah akan membantu saya! Allah tidak akan sia-siakan hambanya yang taat! 


"Satu ketika, kita perlu fokus dan jauh dari gadjet. Cara fokus bagi muslim adalah dengan membaca Al-Quran. Kita kurang fokus kerana lebih banyak bersama gadjet dari bersama Al-Quran. Bila kita tidak fokus sekali, kita akan lagi bertambah susah nak fokus untuk kali yang seterusnya. "

Betul! Hari-2 tak boleh lekang dengan gadjet. Teruk sekali bila ada orang yang tak boleh mula kerja selagi tak tengok Facebook, Whatsapps dan Insta. Kita patut ubah. Kita tak boleh jadi hamba gadjet dan biarkan pemikiran dikongkong tabiat ini!

"Nabi akan duduk di tempat solat selepas Subuh sampai terbit matahari dan berzikir antara tempoh itu. Kita? Lepas subuh, lompat katil tarik selimut. Ibn Taimiyyah ikut cara Nabi yang inib dan anggap amalan ini sebagai sarapan yang tidak boleh ditinggal. Sarapan yang akan menguatkan jiwa dan menjadikan tubuh kuat. Ibn Taimiyyah bila susah nak faham sesuatu yang sukar, dia akan solat 2 rakaat dan berdoa, Ya Muaallim Ibraahim, 'allimni. "

Hurm. Alhamdulillah amalan ini sudah ibu sebatikan dalam hidup saya sejak kanak-kanak. Walaupun kadang-kadang tergolek juga atas katil, tapi bukanlah amalan saya untuk tidur lepas Subuh. Kata ibu, rezeki tak masuk nanti.


"Kata Ummu Darda 'Sughro kepada Abu Darda', 'Sebagaimana kamu meminang aku ketika di dunia ini, maka aku ingin sekali nak meminang kamu di syurga kelak sebagai suami ku,'. Kata Abu Darda 'pula,' Jangan menikah setelah kematian aku nanti . Aku pernah mendengar bahawa Nabi pernah berkata yang Isteri akan menjadi isteri kepada suaminya yang terakhir di syurga kelak. "

Senyum. Fakta ini telah buat peserta akhowat program ini ber'OOOO 'secara berjemaah. Saya sendiri pernah mendengarnya cuba baru tahu siapa yang melafazkan dialog ini.


"Jangan kita belajar untuk jadi doktor dan balik Malaysia; hanya pasang satu niat. Besarkan impian dan matlamat .."

Allah ... Bukan mudah nak membina impian yang besar tapi kata seorang teman kakak suatu ketika dulu, 'beranilah bermimpi besar kerana ia akan mendekatkan kamu dengan kejayaan.'

"Bila ada seseorang tanya kepada kita soalan yang tidak penting. Jawab sahaja sebagai meraikan dan tarik fokusnya pada persoalan dan perkara yang penting"

Nice point!  Diam-diam saya Pasang Niat untuk Mempraktikkan. Anda juga! Jom, sesama. ^^

"Seorang pelajar itu perlu kepada bantuan dari Allah pada setiap saat tambah-2 pelajar luar negara. Perlu ada wirid di tengah malam. Hati yang cinta kepada benda yang Allah suka, maka Allah berjayakan kita. Allah cinta pada orang yang bangun di tengah malam dan tidur kembali. "

Hurm. Muhasabah juga buat diri yang kadang-2 lemah nak istiqomah bermunajat cinta dengan Rabb di malam hari. Adeh, Ya Allah, kekuatan itu dari engkau. Kuatkan aku! Pilihlah aku sebagai orang yang beruntung dapat bertemu dengan-Mu tatkala nyenyaknya manusia lain diulik mimpi.

Sebenarnya, banyak lagi nota yang sempat saya catat tapi tak termampu lah saya mencoretkan kembali di sini. Biarlah sedikit yang saya kongsikan, yang paling istimewa dan terkesan di hati ini mudah-mudahan anda yang membaca turut dapat mengambil ibrah dan buat perubahan.

Alhamdulillah ya Robb.
Program sehari yang tak akan saya lupakan!
Moga Allah pilih saya lagi untuk mengunjungi majlis yang memperingati Dia dan Kekasihnya yang Agung.

Allahumma Ameen. 

n_n

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da