Skip to main content

Queen Or Library?

Contengan Fesbuk Bertarikh 27 November 2013

Queen? Hijab? Err.. Just an Edited image.


Lecturer english masuk kelas.

"Queen datang JUST jadi Kelas hari ni cancel"-katanya dalam bahasa inggeris.

Lecturer pun jalan balik keluar kelas.

Budak arab melompat girang ala-ala katak dengar bunyi guruh di langit. Semua pakat cabut balik.

Wahhai.. Lecturer ni datang semata-mata nak bagi tahu kelas tak ada. Bagus betul la.

Aku :
'Wah.. Hip hip horrey. Wahai queen, datang lah selalu lepas ni. Heaven rasanya!

*Tiba-tiba hati terasa eager nak jumpak dan tengok muka puan Queen secara live.

Tapi...

'Erm..nak tunggu queen tu ke atau nak ke library?

Library -> Study
Queen -> Gambar

Queen atau library?

Queen atau library? 

Haish..susah ni.. 

Hati berbelah bahagi.

Kena buat istikharah dululah macam ni..

Tapi,
Jap... 

Queen tu manusia jugak. Nak tengok dia, dalam gambar pun boleh kan! Kerja aku banyak lagi! Baik gi library!
Aula kan yang lebih utama. Masa tak banyak.

*Maka berjalanlah aku dengan berat hati..

Di library...
Ketika sibuk mencatat nota..
Terasa nak pandang ke kiri..
Dan..

Eh eh

Asal tiba-tiba ja ramai mr guard ni??

Eh eh

Kenapa Inche kameraman pun boleh wujud kat sini?

Ek.. Apakah yang ....

Tak lama kemudian
Mata aku terpandang seorang wanita muda berjalan betul-betul menghala ke meja yang aku sedang duduk sambil dikelilingi ramai mr guard bersut hitam.
Cuma aku seorang saja kat situ.
Aku pandang lama,tak kelip mata..
Dan..
Tak semena- mena,
Pandangan aku bertemu dengan mata dia.
Dia senyum. Tangan diangkat dan dilambai.

Aku balas senyuman dia.

Mata kembali tengok buku.

Aku senyum lagi seorang diri. 

Baru perasan..

-She is the queen-

Tu kan..
Allah munculkan terus dia depan mata aku tanpa susah-susah aku nak berebut tengok dia.

Senyum.

Allah tahu apa yang kamu mahu

Bila Allah uji kamu untuk memilih antara kemahuan dan keperluan, maka pilihlah keperluan.

InsyaAllah Allah akan datangkan zuppp! depan kamu apa yang kamu mahu.
Yang penting niat kamu tu. Biar lurus..

P/s: Tangan ni Berjaya snap gambar queen tadi. Malangnya, kerana terlalu takjub dengan aturan Allah, aku baru perasan kamera aku tangkap gambaq tangan sendiri. Alahai..


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...