Skip to main content

Notis Untuk Muslimah FB : Kerana Gambar Aku Tak Boleh Ke Syurga?

Assalamualaikum dunia!


Anda yang telah tiba di penulisan ini.. 
Sebelum membaca, pastikan anda sudah redi fizikal dan mental. Pastikan juga di sebelah anda tersedia tamar atau sky juice. Takut anda lembik dan tak bermaya ketika membaca tulisan ini kerana ia boleh tahan panjang berkilometer juga.

Okay sekarang, tarik nafas..


(Selepas 2 minit 12 saat)

Lepas...

Ulang lagi sampai anda rasa mood anda stabil,ok?


Insyaallah, buat perkongsian kali ini, saya masih nak menumpukan dan memfokuskan kepada sahabat akhowaties mahbubah yang comei belaka macam patung Barbies.

Penulisan ini dirujuk dari kitab yang telah dibeli oleh Inche adik (bakal ulama' Islam, in shaa Allah) ketika Lantunan Mahabbah baru-baru ini. Kitab karangan Sheikh Muhd Zainul Asri Bin Hj. Romli itu berjudul KIAMAT BUKTI DAN ALAMAT.. 

GULP! 
Seram sebenarnya membaca bait penulisan dalam kitab ini.

Dinukilkan kisah benar, terhangat, daa boom pada zaman komtemporari ini yang benar-benar berlaku kepada seorang muslimah.


Wanita ini yang saya terpaksa merahsiakan namanya kerana saya juga tak tahu namanya telah bermimpi bahawa dia dan ibunya akan dimasukkan ke dalam syurga.

Saat sampai di gerbang syurga yang nian indah dan penuh latar kehijauan itu, dia melihat ibunya telah terlebih dahulu menapak ke dalamnya. Apabila dia cuba menuruti langkah ibunya, dia telah dihalang oleh seorang perempuan untuk masuk ke syurga tadi.

Muslimah ini berasa sedih dan cukup terkilan kerana dia tidak dapat bersama dengan ibunya untuk menjengah ke tempat yang Masyaallah cukup indah itu sedangkan dirinya sudah benar-benar di hadapan gerbang tempat yang terindah yang pernah dilihatnya itu.

Muslimah ini lantas bertanya kepada perempuan yang menghalangnya untuk masuk ke syurga tentang perihal mengapa dia tidak dibenarkan masuk sedangkan ibunya begitu mudah sekali masuk ke dalamnya.

Perempuan itu berkata:
"Kamu tidak akan sesekali masuk ke syurga kerana wajahmu terpampang di laman facebook. Sekiranya kamu membuang gambar tersebut, pasti aku tidak akan menghalang kamu untuk masuk ke syurga."

Sahabat fillah, saya sambung cerita saya apa yang terjadi seterusnya kepada muslimah ini sejurus terjaga dari tidurnya. 

Muslimah ini kembali menatap satu persatu gambarnya di dalam mukabuku sama ada yang dimuat naiknya dan yang ditag oleh kengkawan seangkatan. Dia mendapati bahawa gambar-gambarnya adalah samar-samar dan tidak jelas figuranya. 

Kalau gambar yang tak jelas pun tak boleh masuk syurga, kalau yang jelas macamana??

Sesungguhnya hidayah Allah itu tidak mampu kita jangka bila menjelma wajahnya. Bentuk kedatangannya juga tidak kita ketahui.Wanita ini lantas tersedar. Gambarnya mungkin bisa menjadi virus fitnah yang mampu menggempur masyarakat suatu hari nanti lantas segera jarinya memadam satu per satu gambar yang tersimpan.

____________________

Anda yang masih setia membaca,
perasaan suka pada berlainan jantina itu fitrah namun perlu diingat, jika tersalah langkah ia boleh mendatangkan fitnah. 

Ya! Kita selalu mendengar bahawa kaum kerabat anak menantu cucu cicit Hawa ini merupakan fitnah yang paling besar di akhir zaman. Tahukah anda bahawa akhir zaman itu ada tiga fasa dan kita sedang berada di fasa yang ketiga. Jelas dan nyata sekali, bukan? Anda dan saya sendiri sudah melihat realiti hari ini, bagaimana wanita memang menjadi fitnah atau ujian kepada kaum Adam. Tidak cukup dengan figura wanita yang menjadi bahan tayangan di internet, majalah, kaca TV rumah nenek kita juga di dunia nyata, kita juga saban hari berpelung melihat sendiri dengan bantuan pupil yang Allah beri ini betapa rakan-rakan dan hadek-beradek kita juga pun dah jadi bahan ujian secara tidak sedar.

Ini bahaya, kawan-kawan! Bahaya.

Berdasarkan peristiwa tak terduga yang dialami oleh wanita ini, cuba kita fikirkan sama-sama.
Apakah keperluan kita nak haplod gambar dalam fesbuk itu? Saya pernah terbaca status seorang makhluk Allah yang memiliki fesbuk macam anda juga. Katanya, 'Orang yang memuat naik gambarnya ke laman fesbuk memang niatnya dalah untuk TUNJUK. Sama ada dia nak tunjuk dengan tujuan yang baik dan munasabah atau dia memang nak menunjuk-nunjuk.'

Betul. Saya setuju. Tak akan kita haplod gambar melainkan memang kita nak orang tengok gambar kita. Betul kan?

Kita tak haplod gambar kita ketika sedang berhempas-pulas memerah tenaga ketika sakit perut menyerang kita di tandas. Err. Sebab apa? Sebab kita tak akan mahu nak tunjuk pada orang betapa 'manis'nya wajah kita ketika itu. Dan, ada ke yang sempat berselfie ketika waktu meruncing begitu? Err lagi sekali.

Sahabat, usah bermudah-mudah memuatkan gambar ke laman sosial untuk tatapan  umum. 

Janganlah anda hanya berakarkan perasaan "saya rasa" sahaja untuk menjadi hujah setiap kali anda menghaplod gambar.

"Saya rasa gambar ini okeyh sahaja kut. Tak mungkin boleh mencambahkan fitnah.. Hurm, yakin sangat tanpa sebarang syubhah."

"Saya rasa gambar ni tak pe kot sebab walaupun jelas, tapi gambar beramai-ramai. Takde masalah lah!"


"Saya rasa gambar ini paling cute dan ada potensi nak dapat like banyak ni..Yargh! Upload cepat! Huhu..tak sabar nak dapat notifikesyen like yang banyak!! " Jangan tiru aksi ini dirumah.




Anda mungkin 'berasa' itu dan ini tetapi jujur saya ingin tanyakan pada anda, adakah 'rasa' yang anda miliki sama dengan 'rasa' yang dimiliki oleh orang lain sama ada lelaki dan perempuan?

Bukankah Lain gelanggang futsal, lain saiz kaki yang bermain di atasnya?

Pandangan dan firasat orang lain adalah berbeza dengan anda. Apa yang dirasa kaum lelaki mungkin sama dan mungkin tak sama dengan apa yang dirasa oleh kaum wanita. Allah ciptakan kita punya 1001 rasa yang berbeza! Mungkin anda merasakan gambar anda biasa-biasa sahaja tetapi bagi orang lain yang melihat, boleh jadi sahaja mereka berasa... 'Wow! Gambar ini sungguh luar biasa figuranya!' 

Adakah anda ingin memperjudikan nasib anda di akhirat kelak hanya kerana picisan gambar itu? 

Mintalah fatwa hatimu..

Anda yang bertudung,
maruah anda bukan beharga 1$ 100$ 1000$ 10000$ 1000000$. Ia ak mampu juga ditukar ganti walaupun dengan sepuluh buah kereta Ferrari dan sebotol air rebena.

Ingat! Maruah anda tak ada harga yang mampu digandingkan. Maruah anda sangat berharga. 

Jujur saya katakan profil saya bersih dari kaum Adam. Namun begitu, bersih tak bersih bukanlah menjadi lesen kepada saya untuk memaparkan sebebasnya gambar saya. Saya sentiasa memastikan profil saya keleaaar dari sebarang gambar sama ada yang ditag ataupun yang dimuat naik.. 

Sebab apa?


Saya fikir mungkin kaum adam tak mampu nak melihat gambar itu kerana mereka tidak tersenarai sebagai kawan saya di MukaBuku tetapi adalah tidak mustahil pihak pengurusan MukaBuku yang kita tahu tentu sahaja terdiri dari (kebanyakannya) kaum Adam mampu mengaksesnya meskipun kita menetapkan dasar privasi pada setiap gambar kita!

Tidakkah anda terfikir tentang itu?

Anda wahai cik muslimah adalah perhiasan dunia yang cukup indah persis bunga ros yang tumbuh liar di Zoo Negara anda. Peliharalah diri anda sentiasa dengan hembusan syariat Islam yang  syumul dan tidak menyesakkan. Sentiasa! Bukan separuh masa!


Jadi, sebelum saya menokhtahkan penulisan ini, saya menyeru dengan penuh semangat waja (sambi mengibarkan bendera Malaysia) agar anda hindarilah hobi memuat naik gambar diri anda, famili anda atau sahabiyyah anda ke laman internet. 



Sesungguhnya gambar wanita itu lebih menarik perhatian umum berbanding gambar lelaki. Tak kira sama ada kita fikir gambar kita itu buruk atau lawa, tetaplah ia satu keralatan andai kita sesuka hati mempamerkan pada orang secara awam.

Sekali lagi saya ingarkan, janganlah kita membina album istana pasir berposterkan gambar-gambar yang tidak berpermit mengikut syara' di pantai Mukabuku kerana takut-takut dihempap ombak Tsumurka Allah yang keras. Semoga Allah campakkan kebenaran dan melenyapkan mazmumah dari dalam diri kita.

Allahua'lam


P/S: Gambar yang tidak menimbulkan fitnah adalah harus diletakkan di facebook seperti gambar pengajian, guru-guru masyaikh, program-program agama dan seuniform dengannya.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p