Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Hari Pertama Round

Study lebih 6 jam sehari , baca hampir semua benda , tapi bila depan patients , terdiam saya tak terkata apa-2 , terlupa semua benda .

Al-kisah hari pertama round hospital di ward Internel Medicine. Ditemani 3 groupmates yang sangat baik Allah kurnia ; Rahaf , Lara dan Nudail.

Pada mulanya, sedikit tak senang dengan CR bila saya diarahkan berkumpulan dengan Rahaf dan Lara. Mereka tak bertudung dan begitu fashionista. Bimbang saya tak boleh 'masuk' dengan mereka ; bukan sebab saya tak suka , saya ok ja, tapi risau mereka yang tak selesa dengan saya yang bertudung labuh. Em..

Meleset. Mereka ternyata luar biasa! Mereka baik sangat hingga tak terasa ada jurang langsung dengan mereka. Tatkala di hadapan patient dan saya begitu gagap nak bertutur bahasa Arab , mereka segera menenangkan dan bersedia untuk explain semula apa yang patient cakap dalam bahasa Inggeris. Mereka bantu saya, tidak selfish.

Memang dihentam rasa rendah diri dan kalah bila lidah ini tak fasih macam orang di Jordan untuk bertutur Arab, namun mujur ada kawan-kawan Arab yang terus-terusan menaikkan semula semangat diri ini agar memuncak .

Taking history about 52 years old female yang ada cardiomegaly dan palpitation. Mak cik ni hisap syisya . Di bumi Syam ini, tidaklah aneh apabila lihat perempuan bertudung yang hisap syisya atau merokok. Bersepah.

Setelah satu jam lebih ambil history patient, kumpul satu group yang berjumlah 17 orang ( 7 lelaki semuanya Arab dan bakinya perempuan, 4 melayu ) untuk group discussion tentang history taking. Doktor cakap macam-2 tapi semuanya dalam bahasa Arab. Tercungap-cungap nak menghadam namun mujurlah Allah kurniakan juga kefahaman biarpun sedikit. Sudahlah dengan batuk yang belum reda hasil demam yang beransur pergi. Sungguh sengsara. Lara tak habis-2 pandang saya untuk pastikan keadaan saya ok sentiasa.

Jam 12.00 pm , saya bergegas ke bahagian kecemasan untuk naik bas pulang ke Universiti. Perjalanan mungkin makan masa kira-kira 20 minit. Saya kena cepat. Sebelah petang ada clinical skill lab lagi pada jam 1.00pm. Hanya tinggal sejam.

Sampai saja di bahagian kecemasan, hanya kelihatan ambulans di hadapan mata! Tak ada bas biru yang selalu angkut pelajar!

Dah kena tinggal!!

" Qasrus, jom naik ambulans? Awak kan batuk? " Najwa sempat bergurau.

Amenda la naik ambulans sebab batuk. Habiskan minyak ambulans saja.

Saya, Najwa, Diyana dan Syeeda berlari melintas seberang jalan untuk ambil teksi agar dapat segera ke stesen bas. Terpaksa gerak sendiri ke universiti. Jam sudah berada di angka 12.10pm.

Tepat jam 12.50pm baru sampai di universiti. Berlari menuju ke bangunan Medicine menggunakan jalan dalam. White coat masih ditubuh. Tak sempat bukak. Ini pertama kali saya pakai white coat di tempat awam. Saya main redah saja ruang legar King Abdullah University Hospital yang begitu sesak ketika itu sedang mata mencari arah untuk ke Pathology Museum yang terletak di aras paling bawah bangunan Medicine.

Semput dah ha..

Rupanya..
Lab bermula jam 1.30pm. Lol !

Mujurlah sempat juga sampai lebih awal. Better early than late. Better late than never. Nah. Itulah prinsip saya pegang.

Untuk clinical skill lab, ada 3 sessions yang membincangkan tentang physical examination. Ye. Esok adalah round untuk buat PE, jadi hari ni kena la belajar dulu basic.

Bermula session satu, genaral PE. Doktor perempuan yang baru grad dari JUST itu menerangkan detail tentang observation, inspection, palpation, percussion dan auscultation yang mana semua step ini penting untuk dipraktikkan dalam round Internel Medicine, Surgery dan Pediatric kelak. Pesan doktor, kalau kamu baca dan hadam buku Mecleods, full marks dalam tangan. Kalau baca.

Session kedua adalah tentang cara nak PE bahagian thyroid. Syabab Arab dari group kecil saya dijadikan model. Kami diajar macamana nak palpate sebarang mass di bahagian thyroid merangkumi juga part of neck.

Session ketiga adalah tentang breast examination. Doktor masuk bilik kecil berpenghawa dingin itu dengan sebuah patung separuh badan yang ditutup kain. Itulah model yang digunakan untuk mengajar kami. Hanya bahagian breast. Kami diajar macamana nak inspection sebarang mass, scar, symmetrical of breast dan type of skin surface di breast itu. Kemudian cara palpation untuk mengesan sebarang mass yang ada pada patient samada ia firm, hard, soft, mobile atau immobile. Malu la jugak belajar benda alah ni sebab ada syabab bersama kami. Tapi, dah nama pun belajar, kedapkan rasa malu dan terus belajar sampai faham.

Begitulah hari ini. Hari pertama saya jejak kaki ke hospital. Itulah kehidupan budak medik.

Penat? Memang penat. Tapi tak boleh layan sangat. Tak boleh manja. Ini baru hari petama. Belum lagi selak helaian hari berikutnya. Entah apa yang bakal menerjah menjadi cerita saya .

'Ala kulli hal, mohon doakan saya, ya!
I try my best to survive in this medical school.
Kalau dulu masa zaman SPM saya pening kepala sebab tak pandai bahasa Inggeris, hari ini saya sudah tak ada masalah lagi dengan bahasa ini. Cuma kini, berganti bahasa arab yang menjadi cabaran untuk saya kuasai agar mampu 'hidup' dalam dunia klinikal.

Image result for amazing pictures

Ia tak mudah tapi perlu saya hadap. Biar hari ini masalah saya sudah dikenalpasti, tindakan pembaikan akan diusahakan lagi, mudah-mudahan pada esok hari , saya boleh isytihar bahawa to talk in Arabic is very easy. :)

25092016
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...