Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Uskuti !

" Akak tak sempat telefon suami akak hari ini... " - Kak Ann

Seusai solat maghrib , dia menutur kata .
Memang. Saya menjadi saksi kesibukkannya hari ini .
Pada jam 3.00 petang semalam, saya kalut jalan kaki nak pulang dari universiti menuju ke stesen bas . Tup tup terserempak dengan Kak Ann ( housemate ) saya ini sedang berjalan menentang arus.

" Eh, akak! Nak pergi mana? Dah jam 3.00, tak balik lagi? "

" Belum. Akak nak pergi klinik . Nak cari patient. "

Dia tergesa-gesa berlalu pergi meninggalkan saya tercengang sendiri.

Pelajar dentist memang begitu. Tambah untuk Kak Ann yang sudah di tahun akhir Dentistry. Mereka kena cari patient sendiri kemudian baru boleh buat rawatan seperti yang diwajibkan doktor. Kalau tak jumpa patient? Markah zero lah jawabnya.

Pulang dari universiti, bergegas Kak Ann memasak untuk ahli rumah. Hari ini gilirannya. Saya tak membantu banyak kerna saya sendiri sibuk dengan pelbagai kerja. Mujur sempat juga ringan kerja Kak Ann dengan membantunya membereskan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Hanya apabila azan maghrib berkumandang barulah tugas Kak Ann di dapur selesai. Tentulah ketika ini warga Malaysia semua dah tidur. Malaysia awal 5 jam dari Jordan! Maka, Kak Ann kechiwa sendiri tak sempat hubungi suaminya di Malaysia. Kasihan pulak saya lihat. Suami Kak Ann merupakan MO yang berkhidmat di Malaysia dan bakal jadi specialist dalam Pediatric. Baru sebulan mereka berkahwin, dah kena PJJ. Duhai!

Itu halnya pelajar dentist.

Untuk hal saya si budak medik. Hmm.

Hari ni round lagi wad Pediatric. Bercadang nak jumpa Aus ( patient saya yang mengidap hidroceph dan spinal bifida serta lower limb paralyzed. Chief complaint adalah severe vomiting for 2 days) . Sampai saja saya di bilik 414 , katil no 1 di wad pembedahan kanak-2 , tidak kelihatan kelibat si kecil Aus di situ. Rupanya dia dah discharge semalam. Katilnya kini berganti budak baru. Budak terlajak aktif.

" Syus mik? " ( Siapa nama awak? )

" Uskuti! Uskuti! " ( Diamlah. Diamlah )

Ceh. Eksyen ye dengan ana.

Kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun berbulu mata lebat yang bernama Rahil ini sedang riang ria melompat atas katil. Dia baru admit ke hospital jam 9.00 am hari ini. Chief complain Glucoma associated with hypertension. Awal usianya 5 bulan, doktor dah buat pembedahan di mata kanan dan buat laser di kedua-dua matanya. Kasihan.

Saya keluarkan roti yang dibeli untuk lunch . Korbankan sajalah. Asal dia nak duduk senyap. Kalau tak, susahlah nak ambil history dari emaknya.

Saya Hulur roti kepadanya.

Dia tersengih. Laju tangan mengambil.
Seminit dua kemudian, barulah reti nak duduk diam-2. Budak kecil, begitulah.

Esok last round di wad ini. Esok juga kena hantar report history. Saya dah tekad nak buat history tentang Aus. Walau baru jumpa dua hari, terasa rindu kepada si cilik bergigi 4 itu. Semalam saya dah lihat belakang badannya yang dibedah ketika dia beumur 15 hari. Ngeri. Parut besar melintang di pinggang dan naik 2 inci ke medial sternum line.

Tabah ya , dik. Semoga sihat untuk kehidupan seterusnya.

Image result for amazing pictures of the world

Oh. Mohon teman-teman doakan saya juga. Biar tabah lagi gagah. Cuma tinggal seminggu, saya akan berentap dengan imtihan sedang bacaan saya masih belum khatam dan masa saya dicantas dengan komitmen yang pelbagai.

Tidak mengharap apa-apa, cuma inginkan keberkatan masa. May Allah ease.

:)

05102016
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p