Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Doktor Neuro

" Mak cik umur berapa ? "

" 42 tahun "

" Dah kahwin? "

" Tak. Saya tak pernah berkahwin. " Tenang saja dia menjawab.

Saya menjeling wanita muda di sisi katilnya. Saya fikir itu anak perempuannya. Rupanya sangkaan saya meleset. Itu anak saudaranya.

Dilanjutkan pertanyaan tentang sebab utama dia masuk ke hospital dan beberapa soalan lain yang penting hingga akhirnya saya bertanya tentang menstruation cycle.

" Saya tak pernah datang period. "

Hah? Ternganga saya dibuatnya. Tapi dah umur 40-an??

Dia menyedari kedut-kedut di dahi saya yang kalau digosok dengan iron pun saya pasti tak akan hilang. Dia menyambung, " Saya tak ada rahim . . "

Tersentak. Saya terdiam lama sambil memerhatikan wajahnya dalam-dalam. Tidak tersangka ada orang yang begitu tabah sepertinya! Dia berpelajaran sampai Diploma dan ada pekerjaan yang baik.

Benarlah. Tidak diberi ujian melainkan kepada ahlinya. Lagi berat ujian kepada seseorang, itu bermakna Allah tahu dia kuat atau sedang dibina kekuatan untuk dirinya. Saya termuhasabah sendiri. Entah bakal kuat atau tidak diri ini andai berada di tempatnya.

Image result for amazing pictures of the world

Kaki ini bergegas turun ke wad pediatric di tingkat 4 hospital. Hajat mahu mencari pesakit neuro sebab hari ni, topik yang bakal dibincang dengan doktor masa group discussion dan clinical skill lab adalah neuro system.

Menarik sangat!

Berpeluang jumpa sendiri dengan pakar bedah saraf yang memang dikagumi ramai. Bukan senang nak duduk dengan doktor pakar hanya dengan jarak 1 meter lebih dan dengar dari mulutnya sendiri ilmu-ilmu neurology. Saya juga turut takjub.

Takjub dengan sibuknya dia angkat banyak call dari bahagian kecemasan sepanjang kelas sedang berlangsung.

Takjubnya dengan penerangannya tentang neurological system tanpa apa-apa buku, nota atau slide bersamanya. Segalanya pop pop pop keluar terus dari mulutnya dengan laju dan lancar.

Takjub dengan kerendahan hatinya yang tak ragu menyebutkan ' betulkan saya kalau saya salah ' biarpun tahu ilmunya banyak berbanding anak murid yang baru nak bertatih panjat tangga hospital ini.

Takjub dengan white coatnya yang lagi banyak terconteng dengan pen biru berbanding white coat saya. 😂

Paling saya tidak lupa,

" Kamu belajar sungguh-sungguh untuk bulan ini. Introduction course is very important untuk kamu survive pada rotation major akan datang. Kamu di Tahun 4 tak perlu pun fikir macamana nak diagnose patient. Itu bukan level kamu lagi. Sekarang hanya kuasai cara nak approach patient dengan baik, nanti exam OSCE , skill kamu itu yang akan bagi markah. Cuba kuasai teknik untuk buat differential diagnosis saja. Ingat juga bahawa kamu kena tahu setiap soalan yang kamu tanyakan kepada patient dan significant perkara itu ditanya.

Sebenarnya, yang kamu belajar untuk sebulan pertama ini semua basic clinical saja walaupun kelihatannya kamu macam tak tahu banyak benda lagi. Tapi, ketahuilah bahawa nanti masa round department major, lagi detail yang kamu akan belajar. Jadi, gunakan masa introduction course ini untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya pun masa mula-mula masuk course neurological surgery, saya banyak tak tahu . Banyak benda kena belajar semula. Everything you will get it by time. Just keep walking dan study hard... Dampingi Macleod, jangan lupa! "

" Sorry guys. I have to go now. "

Menamatkan kata-katanya,
dia berlalu pergi dengan begitu bergaya.

Emergency room.
Itulah destinasinya.

You're very awesome, doctor.
Very humble .

Tabik spring dengan doktor!

29092016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...