Skip to main content

5 Cara Perangi KEMALASAN

5 Cara Untuk Memerangi Kemalasan .

1- Tutup Mulut Apabila Menguap .

Force yourself to close your mouth and make a sound aaah.. bila menguap. That's sound from shaytan and you have to avoid it as our Prophet had taught us before. This is mujahadah !


2- Makan 1/3

Bila makan banyak, kamu jadi malas, kamu akan menguap dan kamu akan tidoq macam mumia . Gempa bumi berskala richter tinggi pon tak dapat nak bangunkan kamu dari tidur. Duhai!

Ingat. Pesan Nabi, 1/3 isi perut dengan makanan, 1/3 dengan minuman dan 1/3 lagi untuk nafas.

3- Dampingi Energetic People

Kamu akan menjadi seperti orang-2 yang kamu dampingi. Cari orang yang baik, yang soleh, yang alim, yang warak, yang tinggi mujahadah dan cuba rapat dengannya . They will spread their positive charge to you.

4- Seek Allah Protection

Cari Allah untuk meminta perlindungan dari shaytan. Malas itu dari shaytan , hasutan shaytan. Usah tewas dengan suntikan racun malas dari shaytan yang sangat rajin memalaskan manusia untuk beramal soleh.

Nabi ajar baca isti'azah atau boleh juga baca ' A'uzubika minal 'ajzi wal kasal ' . Just practice this simple one! Very easy kan..

5- Jadi Orang Yang Jujur.

Jujur dengan diri sendiri. Jujur dengan Allah. Jangan mengelat, jangan beri alasan. Allah tak suruh buat apa yang kita tak mampu buat. Bila mana ada benda yang Allah suruh, maka sebenarnya benda itu berada dalam ruang lingkup kemampuan kita. Bila Allah arahkan kita solat, solatlah. Bila Allah suruh kita cari ilmu, cari sungguh-2. Jangan main-2. Orang yang jujur, dia akan jalankan tanggungjawabnya . Maka dialah orang yang berjaya

:)

Hapuskan kemalasan ! Hapuskan ! Hapuskan !
Cuba cari jalan. Usah biar diri tenggelam dalam zon selesa.

Andai masih tak mampu, mintalah keampunan dari Tuhan. Kadang-kadang , punca kemalasan adalah disebabkan dosa kita yang bertimbun.

Memalukan sekali. Di saat orang lain memuji dan menjulang nama kita setinggi awan, sebenarnya hanya diri kita yang tahu betapa tebalnya aib kita yang Allah selindungkan. ='(

Semoga dipadamkan kemalasan yang menebal. Tugas kita sebagai da'ie masih membukit tinggi. Masakan kita boleh terus bermalasan ?

Image result for amazing pictures of nature for facebook cover

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...