Skip to main content

Semberono Menembak Itu Bahaya !

Menegur kesalahan orang lain itu amalan yang baik.
Bertepatan dengan seruan Surah Al-Asr.

Kita tahu,
Siapa je nak berlama-lamaan buat salah?
Apatah lagi perbuatan salah yang dia sendiri tak tahu bahawa itu adalah salah.
Maka, pastinya teguran tentang salah laku itu adalah satu emas yang bernilai.

Cuma , kenali dulu karakter orang yang mahu ditegur .

Ada orang boleh menerima teguran direct di hadapan orang lain. Tapi, ada orang yang cepat koyak kalau dia ditegur di hadapan orang meski dia suka menerima teguran. Jadi, approach atau tegur salahnya dengan metod yang lain ; Personal approachment atau guna orang yang akrab dengannya atau jika tekad nak tegur di hadapan orang lain, gunakan ayat yang bijaksana lagi membina .

Cukup juga menyentuh salah yang pokok, tak perlu hurai lanjut tentang salahnya andai si salah sudah mengerti salahnya. Bimbang andai dirobek detail salahnya ( apatah lagi salah yang sudah dibuat dan tak mampu diubah kembali pada keadaan asal ) , maka ia bakal mencincang perasaan .

Saya jadi teringat kisah Rasulullah SAW dan seorang sahabat tatkala mereka baru pulang dari satu peperangan yang jauh dari Madinah. Mereka berhenti di satu tempat untuk berehat dan ada satu sahabat volunteer nak berjaga dan berkawal sampai Subuh. Tapi kerana keletihan, beliau juga akhirnya tertidur dan akibatnya satu kumpulan tentera tak bangun Subuh. Pabila esoknya, Rasulullah sendiri mengejutkan sahabat yang tertidur itu hingga berasalah dia sangat bersalah kerana telah tertidur. Semua tentera mahu salahkan sahabat yang telah tertidur itu tapi tidak bagi Rasulullah. Rasulullah tahu bahawa sahabat itu memang dah didera dengan rasa bersalah dan keadaan juga tak bisa diubah, lantas baginda cuma komen , " Tidak mengapa. Sesungguhnya kamu juga kepenatan seperti kami ... " dan baginda arahkan kumpulan tentera itu berjalan hingga sampai ke satu sumber air dan mereka qadha solat Subuh - Dari buku Enjoy Your Life ( Dr 'Abdur Rahman )

Hati-hati.

Ada orang, tatkala dilukakan, luka luarnya boleh sembuh. Parut yang tinggal akan jadi ingatan supaya dia dapat elak dari dilukakan atas sebab yang sama. Cuma mungkin lukanya yang di dalam agak lama untuk dipulihkan.

Semborono menembak itu, bahaya. Strategi kena pasang. Usah nanti tembakan cuma mencederakan sedangkan tangkapan tetap lolos .

Cuma Ingatan untuk diri sendiri. Sebab diri ini tak suka buat pada orang lain - apa yang diri sendiri tak suka.

Kali pertama kena, kita cool dan rawat sendiri luka dalaman hingga hampir pulih. Tapi, bila dah kena lagi sekali, tak boleh cool dah. Terpaksa tukar kaedah rawatan kerana luka lama kembali terkoyak. Andai dibiar emosi ini remuk, dibimbangi lama-lama akan cepat futur.

Tak boleh futur!
Tak boleh manja!
Qasrus kena kuat!

Sebab tanggungjawab lain masih banyak terpikul di pundak.

Image result for real amazing pictures of the world

When things get hard, don't stop moving.
When things get easy, don't stop growing.

_______________

Uninstall beberapa aps untuk satu tempoh - mencari ruang ketenangan dan tajamkan kesabaran .

18112016
Irbid, Jordan


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p