Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Pertama Kali Masuk OT

Pembedahan buang rahim. T-T

Saya melangkah ke Operation Theater yang pertama. Hysterectomy. Patient ini ada multiple fibroid dan rahimnya harus ' ditanggalkan ' dari tubuhnya. Duhai! Sedihnya. Kalau dah buang, mana boleh beranak dah :(

Patient yang masih sedar itu dipasang branula oleh Pakar Anesthetic yang berkaca mata dan ada iras Dr. Rozaimi. Wanita berumur 30-40 an itu pejam mata tatkala kulitnya ditembusi jarum yang agak panjang . Auch. Sakit mungkin. Saya pun pejam la jugak mata. Cubaan menghayati rasa sakit yang sama.

Tidak lama selepas itu, pesakit disuntik dengan cecair jernih yang saya pun taktau benda apa ( ubat tu untuk tahan sakit sebab IV Anesth tu ada burning sensation ) dan setelah itu barulah dimasukkan pulak Propofol Intravenous Anesthesia yang berwarna putih pekat. Kurang dari 1 minit — pesakit dah pengsan. Infusion selesai.

Terus setelah itu, saya melihat si doktor meletakkan pulak oxygen mask ke mulutnya untuk tujuan maintenance sebab pt takleh bernafas sendiri dah dan kemudian endotracheal intubation process dilakukan yang mana doktor guna besi untuk pastikan glottic terbuka sebelum memasukkan tiuh getah ke kerongkong sebab nak pastikan airway pt stabil sepanjang patient tengah GA. Habis intubation, seorang doktor perempuan datang dan memasukkan urine catheter untuk mengawal ' lalu lintas ' air kencing.

Pesakit dah ready untuk dioperate ! Datang pulak seorang doktor berbadan besaq bersama mangkuk besi yang terisi Iodine di tangannya. Sambil menyanyi riang, dia sapu iodine ini kat perut patient macam kita sapu jem kat roti . Nyum nyum. Dahlah saya nampak Iodine ni macam Nutella. Lapaqnya...!

By the way, Iodine ini disapu setiap kali sebelum kita belah perut patient untuk prevent infection.

Saya berdiri di hujung kaki patient. Datang doktor pakar yang dah sedia dengan sut birunya untuk buat surgery. Dibantu 3 orang doktor lain, doktor pakar tu start kerjanya dengan buat hirisan memanjang dari atas pusat hingga bawah sikit dari pusat ( I guess ). Diorang guna api ( i dunno what kind of alat yang dia guna tu ) untuk bukak setiap lapisan abdomen. Selama ni saya ingat depa guna pisau potong ayam. Lul. Rupanya tak! Kalau guna pisau, akan lagi banyak bleeding.

Akhirnya, tibalah ke destinasi yang ditunggu. Uterus. Saya melihat rahim patient. Pelik. Aneh. Ada bonjol² macam kulit raksasa dalam cerita Ultramen tu la... Saiz rahimnya jugak agak besar dari biasa.

Doktor yang membantu doktor pakar macam dah tahu kerja masing-2 . Ada yang tolong tarik muscle dengan gunting, ada yang sedut darah dengan penyedut yang disambung ke balang di sisi katil operation dan ada jugak yang tolong hulur² barang . Anesthesiologist hanya relax di belakang sambil pasang earphone. Saya fikir dia tengah dengar alunan Ayat Quran untuk menenangkan diri. Sekali sekala dia bangun meninjau keadaan pt.

Doktor dah berjaya keluarkan sikit rahim tu. Saya ingat senang saja nak keluarkan rahim tu dari tempatnya. Oh, Rupanya tak semudah yang disangka. Lama jugaklah doktor ikat bahagian tertentu rahim tudengan benang, gunting sana sini dan last sekali baru la tertanggal rahim tu.

Hmdulillah!! Good job doktor! Saya pulak yang berasa mahu lompat bintang kegirangan.

Tak nak tunggu doktor menjahit luka pembedahan, kaki melangkah keluar dari OT itu. Menjengah pulak bilik OT di sebelah. Hah! Surgery hidung. Kes ini melibatkan patient yang ada chronic sinusitis. Saya tak faham benda apalah yang doktor tu buat kat hidung patient. Kejap jolok hidung pt dengan besi, kejap dia keluarkan semula besi tu. Masa besi dikeluarkan, nampaklah ketulan kecil warna putih bercampur darah. Surgery tu dilakukan dengan bantuan nasal endoscopy. Bolehlah nampak jelas bulu hidung dan saluran sempit dalam hidung tu di screen.

Doktor pakar yang buat nasal surgery tu sangatlah baik. Bila tym dia rehat kejap dan pass endoscopy pada doktor MO yang ada di situ, dia datang pada student kerdil yang memerhatikan kerjanya itu dan terangkan tentang sakit patient dan tunjukkan pus dalam tabung uji yang dah berjaya dikeluarkan.

Fuh. Menarik sangat!

Malas nak menanti sampai bila hidung patient akan bersih dari segala mass yang ada, bergerak la kaki ini ke OT ketiga — kali ini lagi menarik!! Neurosurgery. Tapi mak aii! Garang sangatlah si Neurosurgeon tu. Berkali-kali saya disuruh keluaq dari bilik OT tapi mujurlah ada MO yang baik yang asyik nak back up student hingusan macam ini. Maka kekallah beberapa detik untuk melihat procedure pembedahan. Itu pun tak boleh bising-2 . Maybe sebab kerja yang melibatkan nerve ni lagi kompleks. MO yang turun membantu jugak lebih ramai .

Lain sikit prosedur untuk neurosurgery ini berbanding hysterectomy sebab kali ini patient akan dibedah di bahagian belakang badannya (spine vertebrae) untuk release nerve yang tercompress. Patient akan berada dalam ground position ketika pembedahan itu berlangsung. Stepnya lagi susah. Saya perhati satu per satu prosedur itu dari sebelum patient sedar, diberi GA , intubation , catheter , seterusnya diletakkan dalam ground position , dipakaikan pembalut angin di kedua-dua kaki untuk elakkan DVT dan dilakukan X-ray di bahagian pinggang serta ditutup seluruh badannya kecuali bahagian yang nak dibedah. Paling best bila tym doktor MO yang baik tu dah mula buat pembedahan. Tenang saja dia. Tak adalah gabra semacam walaupun operation tu agak lain dari yang lain. Mantiap.

Setelah 3 jam di OT, saya mula beransur mahu pulang. Pengalaman menakjubkan itu saya heret pulang bersama.

Keluar saja dari line merah bilik OT, sut biru berserta plastik kasut dan mask yang harus dipakai ketika berada di OT saya tanggalkan dan buang.

Penat sebenarnya berdiri berjam-jam. Pelajar medik tahun 5 yang round Anesth lagi la lama kena berdiri. Dari jam 8 pagi kut! Tapi, berbaloilah jugak sebab dapat tengok surgery depan mata. Selama ni hanya tengok di Youtube saja. Surgery Paling menarik pernah saya tonton adalah autopsy otak ; koyak kulit kepala dan gergaji tengkorak mayat. Awesome.

Banyak betul ilmu baru yang saya dapat tadah hari ini. Jenis² Anesthetic dan jenis tiub intubation adalah antara yang masih lekat di kepala.

Rupanya, kalau untuk Pt bawah 10 tahun, cara nak tahu saiz tiub yang boleh digunakan adalah dengan buat sedikit calculation.

( Age / 4 ) + 4.5

Kalau untuk pt male adult, saiznya selalu antara 7-8 mm. Kalau pt female adult, saiznya antara 6.5-7 mm.

Saya jugak belajar cara kendalikan mesin anesthesia dari segi kawal atur O2, respiratory rate, dan banyakkk lagi lah.

Kesimpulannya, memang best jadi surgeon. Teringin pulak nak jadi surgeon tapi tak nak langsung jadi patient yang nak dibedah! Serem banget sih.

Image result for amazing pictures of nature for facebook cover

By the way, Doktor surgery pun tak adalah stress sangat masa mereka buat surgery ( kecuali yang neurosurgery tu ) dan saya lihat , antara benda yang kena ada pada seorang surgeon adalah sabaq , tahu teknik, boleh guna kedua-dua tangan dengan cekap , boleh berdiri lama dan memiliki kasut crocs yang chummel dan selesa untuk dipakai dalam bilik OT. Nak lari-2 pun senang.

:)

That's all for today. Thanks for everyone yang sudah menginspirasikan saya dan mengukuhkan minat saya dalam bidang ini. Tapi, minat saja tak cukup. Kata Cik Mega semalam , effort pun kena tinggi. Follow your heart but take your brain with you.

Ganbatte Sakinah!!
Bittaufiq Seniyor JUST yang exam Anesth lusa. :)

15112016
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da