Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Rectal Examination

Dua hari lepas, butang white coat tercabut dan saya masih simpan dalam poket. Berhajat nak jahit semula butang tersebut pada hujung minggu nanti.

Tup tup.

Hari ini satu lagi butang tercabut dan bergolek bawah katil patient. Hilang. Duhai!

Yang satu belum sempat dijahit, yang lain pulak hilang bergolek-golek.

Inilah petanda. Aura kedoktoran saya nyata terlalu kuat hingga tercabut jahitan di baju putih itu. Poket kanan coat juga dah terungkai jahitan di hujungnya. Contengan pen biru di pergelangan tangan pula kian menyerlah. Dah macam tembok tadika, tempat yang penuh dengan contengan. Tak sedar bila saya menconteng. Padahal baru pakai seminggu.

Asyik. Begitu asyik melihat patient yang terlantar di hospital setiap hari. Langsung tak sedar apa yang jadi. White coat menjadi tanda bahawa doktor yang sorang ni sangat bersungguh ronda hospital tengok patient-patient di sana.

" Who want to test his symmetrical of trachea ? "

" Me. " Saya meredhakan diri. Volunteer. Kalau tak hulurkan diri untuk mencuba untuk peluang yang datang ini , skill tak akan lekat pada diri sendiri. Skill is very important for any doctor in the world.

" Do you have hygiene? "

" Yes. I have mine. Wait a minute. " Saya keluarkan botol kecil berisi liquid anti-bacteria ( hand sanitizer ) . Membersihkan tangan samada menggunakan hygiene atau air dan sabun step yang sangat ditekankan sebelum dan selepas menyentuh patient. Penting untuk keselamatan diri sendiri dan penting juga untuk patient. Kalau doktor tak menjaga kebersihan, dia mungkin boleh pindahkan kuman kepada patient atau pindahkan kuman dari satu patient ke patient yang lain ( sebab doktor selalunya akan 'ziarah' lebih dari satu patient )

Selepas meminta keizinan untuk membuat pemeriksaan dengan kalam ' biddi afsahak ' , saya meminta patient angkat sedikit kepala lantas saya meletakkan jari telunjuk di bawah halqum pak cik ini. Bila dah sentuh trachea, saya buka jari telunjuk dan jari hantu, letakkan di tengah-2 sisi trachea untuk melihat samada trachea beliau sedang berada di kedudukan yang betul atau tidak. Normal. Hmdulillah.

Pak cik ni telah menginap hospital kira-2 29 hari. Kedua kakinya bengkak ( lower limb edema ) yang mana bila kami tekan kulit kakinya, macam bantal empuk! Lambat sangat nak kembali ke ketegangan asal. Doktor belum dapat kenalpasti penyakitnya ( underlying disease ) yang sebenar. Dah 17 test dibuat tapi semuanya mengecewakan. Diagnose pulmonary edema pun salah, hyperthyroidism pun salah. Kasihan pulak dengan pak cik yang dah melangkaui separuh abad ni.

Hari ini round di Hospital Basmah, di tengah pekan. Saya banyak jugak jumpa patient yang ada sakit berkaitan jantung. 2 jam setengah berdiri. Pinggang bagai dipijak gajah 150 kg. Rasa dah rapuh mahu patah menyembah bumi. Aduhai.

Doktor Cardio ajar cara mudah nak ingat abnormal murmur pada cardiac patient.

MSAR ; Early Dystole, Non-radiating, Decrease sound
MRAS ; Mid Systole, Radiated, H/CD
TSPR ; Early Dystole, Non-radiating, Increase sound
TRPS ; Mid Systole, Radiated, H/CD

Discussion dengan doktor sampai buat PE pada patient habis agak awal. Terus kami bergegas ke bahagian kecemasan untuk tunggu bas. Harus bergerak pulang ke universiti untuk clininal skill lab pada jam 1pm.

Praktikal dalam lab hari ni jugak agak menarik. Digital rectum examination. Examination ini penting untuk mengenalpasti stage tumor pada prostate yang ada pada kaum lelaki.

Doktor bawak masuk patung punggung manusia. Jugak patung bahagian alat sulit lelaki. Diajarkan kami macamana nak check testis dan seterusnya praktikal untuk check prostate. Untuk check prostate, saya take part. Stepnya sangat mudah. Exciting!

- Inspection
- Tone
- Rectum
- Prostate
- Stool

Pakai saja glove getah dan letakkan ubat pelincir di jari telunjuk. Kemudian masukkan jari ke bahagian dubur ( tapak tangan mengadap diri sendiri ) . Di sini akan palpate rectum. Kemudian pusingkan jari 180 darjah anti-clockwise untuk palpate pula rectum. Keluarkan jari dan periksa stool samada ada blood atau benda-2 abnormal yang melekat.

Easy kan?
Tapi kalau tak cuba buat sendiri, macamana nak rasa seronok dan excited?

:)

Formulanya mudah. Involve diri dalam proses pembelajaran. Kamu akan belajar lebih banyak dan akan faham lebih cepat. Walaupun hanya dengan cara mengajar kawan-kawan , buat nota dan kongsi dengan kawan-kawan , semua itu sebenarnya usaha untuk membantu diri sendiri.

Paling penting, sentiasa kena ada willing untuk mencuba. Redah saja kalau tak tahu. Ia bukan satu jenayah bila kita terbuat silap. Kesilapan adalah pembelajaran yang paling berkesan .

Jangan pernah ragu untuk buat sesuatu. Cabar diri untuk buat perkara baru tanpa perlu fikir panjang, on the spot. Biar kadang kita tahu ada risiko, tapi sebenarnya once kita dah cuba buat, kita sebenarnya tengah ajar diri kita untuk menjadi seorang pemberani.

Jadilah pelajar yang berani!
Jangan takut menyumbang. Usah gentar mencuba.

Image result for amazing pictures of the world

28092016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...