Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Patient Terlajak Sporting

Pesakit 64 tahun, begitu kelakar lagi terlajak sporting hingga hampir bikin saya gelak berguling atas lantai wad.

Beliau seorang bekas pensyarah di International Irbid University dan dia tahu di mana letak duduknya negeri Pulau Pinang. Dia cakap anak dia ada buat phD Science Computer di Malaysia.

" So, she can speak Malay ? "

" No. No. "

" Eh ? She cant speak Malay. So, She speaks English ? "

" No. She speaks BAHASA . "

😂

Ok foin.

" You have SOB , right? Did you have fever or fatigue or feel weakness ? "

" No! Saya sihat kut. Pagi tadi je saya jalan² kat luar wad. Nak tengok saya boleh jalan ke ? Jom!! Sekarang pun boleh. "

😂

Okay okay. Awak sangat sihat.

Anak dia menyampuk , " Jangan tanya soalan ni. Ayah saya memang macam ini. " Kami gelak berjemaah.

" Selera makan okay ke pak cik ? "

" Saya makan okay. Makan semua benda. " Dia semangat minta anak perempuannya ambil sebuah beg. " Ni makanan saya. Banyak kut. Nah ambil sorang satu snek ni. Letak dalam poket coat tu. Boleh makan bila rehat nanti. "

" Wallah ??! " Hadiah dari patient. Saya kutip saja masuk poket. Rejeki dari Tuhan.

:)

" Pak cik sesak nafas je ke ? Ada sakit kat dada tak ? "

" Tak ada. Semua okay"

" Ada khofakhon ( palpitation , abnormal heart rate, rasa berdebar-debar semacam) tak ? "

" Saya okay. Saya cuma ada khofakhon filqalb bila tengok isteri saya. Sekarang saya memang tengah khofakhon sebab isteri saya ada kat sini . Eh, tulis tau kat buku awak tu, saya ada khofakhon. "

Cantek punya jawapan.

😂😂😂

" Ada bunyi tak bila tarik atau hembus nafas ? "

Dia geleng.

"Suara bertukar tak ?"

" Awak nak dengar ke ? Kejap saya nak nyanyi. "

" No ! No need. "

😂😂😂

Semua normal saja pak cik ni.

" Ada sakit kat perut tak ? Kembung perut ke ? Bengkak ke ? "

" Ada. Bila saya makan banyak, perut saya jadi macam ni ( membesar ). Macam orang hamil. "

Semua manusia macam tu, pak cik.
😂😂

" Ada berpeluh tak "

" Bila saya bersukan, memang la berpeluh "

" Waktu syita', ada terasa panas tak? "

" Mana panas. Awak rasa sejuk, saya pun rasa sejuk lah. "

😅

" Nak habis dah ni. Pak cik tinggal kat Irbid kan? Rumah atas tanah atau bertingkat ? "

" American style house. "

" Pengudaraan okay?"

" 100% mumtaz "

" Ada bela haiwan tak ? "

" Ada burung. Tapi kat atas pokok kat luar rumah . "

Itu bukan haiwan peliharaan pak cik .. 😂

" Pak cik merokok ? "

" No! Im not a smoker. Smoking is not allowed! "

Okay . The end.

Saya tamatkan history taking sampai situ saja. Waktu hampir jam 10.00. Kejap lagi doktor akan datang. Perlu masa sikit nak siapkan report patient.

Jam 10, doktor datang. Hari ni I got a strict doctor. 2 jam berdiri dan otak tak boleh switch off sikit pun. Dia akan tanya siapa je yang dia suka dan semua orang pun takkan terkecuali. Orang yang ditanya kena jawab soalan tu dan tak siapa dibenarkan bantu. Fuh.

" Bukan belajar la kalau tak penat "

You know, even just for degree of medicine, we are struggling to death to make it. Because it is not easy.

But, its alright. All is well. Redah saja la. You know what's in your past but only Allah knows what's in your future.

Don't lose hope. Keep drawing near to Him through patience and prayer. ;)

Ayuh, semangat terus!

Image result for amazing pictures of the world

1112016
KAUH, JUST.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da