Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Exam Intro Story

Duduk tenang di komputer 48. Aku berjiran dengan meja komputer 49 yang diduduki oleh seorang perempuan Arab ; bukan Jordanian.

Dia sibuk menggaris dan membulat kalimah di dalam lecture note dengan pen biru. Sesekali dia mendengus. Dahinya berkerut-kerut menatap baris perkataan atas kertas putih itu.

Jarang² aku terserempak dengan budak arab yang tak habis study. Ini pertama kali. Selalunya mereka lagi advance bab study , siap boleh buat nota untuk dikongsi .

" Erk. Excuse me. What is Colaric Test ? " Dia menoleh kepadaku , bertanya soalan.

" It is something like you enter the cold or warm water or air into your ear canal. " Aku menterjemah pemahaman aku pada ayat yang mudah. Dia angguk.

" What is Rinner Test ? "

" You vibrate the tuning fork against the patient's mastoid bone " Dia angguk lagi. Halaman lecture note itu diselak laju. Aku tahu, masanya makin suntuk. Cemas dan debar rancak menari dalam jiwa.

Tiba² terdengar pengumuman yang mengarahkan kami letak phone di belakang dewan exam. Pertama kali sejak 3 tahun aku berimtihan di JUST, phone tak boleh ada bersama. Aku akur sahaja. Diri bangun meletak phone di belakang .

Tak lama kemudian , dengar lagi pengumuman supaya calon peperiksaan letak semua material exam di belakang dewan. Siapa tak bebuat demikian , " You will be fired " kata doktor yang menjaga dewan. Kali ini , budak arab sebelah aku tu mendengus kuat. Dia tutup nota dan sumbat dalam beg lantas bingkas bangun meletakkan beg di belakang .

Exam bermula .

80 soalan untuk 1 jam 20 minit.

" Ya rabbi. Ya rabbi. " Melantun zikir dari pemilik komputer sebelah. Sesekali dia menggaru-garu kepala .

Aku faham. Itu adalah antara zikir untuk menemani beliau dalam membelah keserabutan menjawab soalan. Dia tak tau yang aku pun berzikir " Ya Tuhan. Ya Tuhan. "

Bahasa kami berbeza tapi pergantungan kami pada suatu kuasa yang sama.

Tamat 1 jam 20 minit , kami melangkah ke belakang dewan untuk cabut balik rumah. Aku sempat bertemu jiran sebelah komputer yang sorang ni...

" How's your exam ? "

" Ugh. That's very bad. Im too fear and anxiety. " Dia pegang tangan aku. Serius. Sejuk. Macam baru keluar dari bilik mayat .

" Its okay. Everything has done. Did you finish your study or not ? "

" No! There is one more lecture that I didnt study it yet. "

" What's the topic ? "

" Ulcer and wound. "

" Oh ya? I think there are some questions asking about it. "

" Yeah. Fortunately only two or three questions. Im not so regret for them . But.. hey! Why you are so cool..? Your hands are warm , not like mine. Haha.."

Aku senyum. Diam cuma.

I just remember what my Naqibah PINTAR Fasyiha Abdul Razak said to me yesterday.

" Banyakkan berdoa. Allah tak pernah meninggahkan hamba-2 Nya. Dia sentiasa ada, dan segalanya boleh berlaku dengan kuasaNya. "

Dia juga ingatkan saya supaya tak putus bertemankan ayat 1000 dinar.

..dan segalanya boleh berlaku dengan kuasaNya..

Indeed. I have finished answering all questions 20 minutes earlier . I have time to recheck some answers and correct here and there. This is not the thing I want to discuss but the main thing is how Allah gives me perasaan relax yang menyebabkan aku terhindar dari kacau-bilau emosi ketika menjawab exam.

Tak peduli banyak betul atau lagi banyak yang salah. Tapi yang lebih penting bagaimana , keif, how , to gain satu feeling yang dinamakan 'ketenangan' bilamana segala-galanya diserahkan totally kepada Dia.

Menghadapi soalan exam yang susah dalam keadaan tenang adalah lebih baik daripada menjawab soalan exam yang sama tetapi dalam keadaan yang cemas bersulam resah .

Dalam dewan peperiksaan , ia cumalah detik antara kamu dan Dia. No one can help you except Him. Kadang-kala ilmu yang melekat dalam otak juga gagal diperah keluar ketika exam jika Allah tidak izin. Dan ada kalanya Allah hadirkan bantuan dan ilham untuk menjawab soalan exam ( melalui pelbagai wasilah ) biarpun ilmu di dada belum mapan membumi.

One of my friend told me that ada sorang doctor yang jaga dewan exam tadi membisikkan jawapan kepadanya.

" Tenesmus. Tenesmus. "

Woa..

Siapa sangka pertolongan datang disaat emosi berkecamuk berperang dengan cabaran soalan yang dahsyat ketika peperiksaan berlangsung. Pertolongan yang tidak diduga dari orang yang tidak dikenali siapa. Ini baru satu kisah dan sebenarnya banyak lagi cerita ajaib dalam dewan peperiksaan yang pernah diri dengar.

..dan segalanya boleh berlaku dengan kuasaNya..

Faidza ' Azamta Fatawakkal ' :)

May Allah ease for the next rotation — Internal Medicine.

Image result for amazing pictures of the world

16102016
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p