Skip to main content

JANGAN jadi doktor macam tu tau

" Nanti JANGAN jadi doktor macam tu tau.
Kerana kelalaian seorang doktor, pesakit MENDERITA . "

Dia tinggalkan pesan. Berulang kali mata ini membaca mesej tersebut.

Sentap.

Pesakit berusia 16 tahun itu baru saja menjalani tonsillectomy sebulan yang lalu di sebuah pusat kesihatan.

Entah apa kecuaian yang berlaku, deria rasanya hilang sama sekali selepas pembedahan itu selesai!

Saya agak, mungkin Lingual nerve atau glossopharyngeal nerve yang telah diganggu gugat ketika pembedahan tonsil itu berlangsung .

Bila ditanya tentang masalah ini kepada doktor yang terbabit, respon yang diberi adalah...

" Tak mungkinlah. Saraf tu agak dalam. Tak mungkin terkena ."

Bila memang disahkan ada problem dengan saraf...

" Kes ini rare. Tak pernah jadi lagi kat Malaysia. Kes ini pernah berlaku di oversea saja.. "

Bila boleh sembuh ?

" Mungkin paling awal 6 bulan. Paling lewat 2 tahun "

Treatment apa kena buat ?

" Belum tahu. "

x,x

Bagai tiada harapan. Sedang si pesakit kian rungsing bertemankan hiba.

Baru sebulan beliau tidak mampu merasai manis masin makanan, selera makannya hilang, berat badan juga kian susut. Makannya hanya ketika benar² rasa lapar. Lidahnya cuma boleh detect peppery atau hot taste sahaja. Mujur masih ada deria bau yang masih berfungsi baik.

Tapi..
Bayangkanlah.
Makan tanpa rasa manis atau masin?

Hilang nikmat makan!
Tak ada rasa. Semuanya tawar belaka.

Memanglah hidup bukan untuk makan. Tiada deria rasa pun hidup masih boleh going on. Tapi, jangan dilupa bahawa kita makan untuk hidup. Makan tanpa deria rasa, ibarat tak makan. Tak makan - mati ; semangat mati.

Paling menyedihkan apabila ibu beliau bercerita bahawa beliau pernah terlajak letak 5 titik gula stevia dalam segelas air minuman namun air tersebut masih dikatakannya tawar!!

What the fishcake?

Padahal, gula stevia tu... kalau letak 2 titik pun dah jadi manis macam saya. Eh.

Mesej dia yang satu itu saya ulang baca.

..jangan jadi doktor macam tu..

Entah ini salah doktor itu atau salah siapa. Hm.

T-T

Terasa pundak ini makin memberat dengan sebuah makhluk yang dinamakan tanggungjawab.

Nak jadi doktor yang baik, ilmu kena cukup. Skill kena kemas. Attitude kena jaga. Lengkap 3 pakej itu, maka jadilah dia doktor yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Merenung kembali 2 bulan diri berada di alam klinikal, selalu saja rasa sempit di dada, rasa nak menyorok dalam peti ais bahagian beku.

Banyak material kena baca dan hadam, lebih 50+ lecture notes perlu dibelek dan dicerna. Itu belum tambah lagi dengan buku Medik Davidson setebal 1000 ms yang perlu juga dilihat sama. Si Macleod itu juga kadang meraung minta disentuh. Tak cukup kasih sayang gamaknya. Duhai.

Yang menariknya, lagi banyak saya baca, lagi banyak yang otak tak tahu.

Belum lagi masuk kes tertukar fakta dan kata.

Teringat rotation di hospital semalam. Kononnya nak buat PE kat patient.

" First, kita nak buat apa ya?

Hm. Okay. Check valve.

Didi, awak set jam.

Muhaimin, awak cuba pegang tangan dia, check valve ... " Saya bersuara.

" Valve ??? " Berkerut dahi lelaki itu.

Saya pun berkerut jugaklah. Check Valve la. Apa masalahnya ?

Saya menoleh pada Wiwi dengan wajah penuh tanda tanya, tak faham.

Wiwi bersuara, " Pulse kut? "

Ok foin. Pulse . Bukan Valve.Orang tak check valve pakai 3 jari.

Saya gelak sendiri. Geleng kepala banyak kali. Kepala fikir lain, di mulut keluar lain. Pening. " Pulse lah maksud saya. Bukan valve. "

" Okay, sekarang kita check pula capillary bed. "

" Capillary bed ??? " Sekali lagi dia berkerut.

Ye la. Capillary bed. Check kat jari patient macam dah pernah belajar sebelum ni.. Kenapa yang terkejut sangat ni?? Saya menoleh pula pada ShiShi. Dia dah tersengih.

" Capillary refill kut ye ? " Pecah ketawa mereka.

Ya Allah! Saya silap lagi. Benda simple pun boleh tersalah. Duhai!!

Itu belum lagi masuk masalah bahasa Arab saya yang masih lintang-pukang.

Hingga kini, saya masih lagi konpius dengan perkataan Hakkeh ( itchy ) dan kahil ( ankle ) . Selalu tertukar.

Semalam, hajat di hati nak tanya patient yang ada sakit Cellulitis — cuma nak tanya dia ada gatal² di tempat lain tak selain kakinya.

Ayat yang sepatutnya saya guna...

" 'Ammu, 'indak HAKKEH fil makan thani ? "

[Pak cik, ada tak gatal² kat tempat lain?]

Tapi, yang keluar dari mulut saya adalah ayat lain...

" 'Ammu, 'indak KAHEL fil makan thani ? "

[Pak cik, ada tak buku lali kat tempat lain?]

Maka, pecah lagi ketawa budak² group saya yang bertiga itu sedang kedua-dua kening patient Arab di hadapan kami ini kelihatan sudah bercantum ditambah kerutan di dahinya yang bagai white coat baru keluar spinner washing mechine ; memang tobat la dia tak paham soalan saya!

Aduhai.

Selalu tersilap. Tapi tu la... Confidence terlampau tinggi. Bercakap laju semacam sampai tak tertapis salah sana sini.

Saya masih mencuba untuk improve dari hari ke hari. Yakin bertapak di hati bahawa kita tidak pernah terlewat untuk belajar. Selagi roh tidak bercerai dari jasad, tiada istilah terlambat untuk memperbaiki kesalahan.

Belajar Medicine ini, bukan nak kira dapat Mumtaz, Jayyid Jiddan atau Jayyid sahaja. Harus terpahat di fikiran tentang persoalan ADAKAH CUKUP ilmu yang sudah terisi di dada kini untuk dipakai guna ketika terjun dalam bidang kerjaya kelak. Cukupkah ilmu sipi-sipi ini untuk membuatkan kita menjadi seorang doktor yang kompeten merawat hati dan fizikal manusia ? Yakinkah dengan ilmu yang ada ni maka kita tidak akan melakukan kesalahan yang tidak patut ketika memberi rawatan kepada patient? Dan boleh berjanjikah kita dengan ilmu kedoktoran ini bakal menjadikan kita doktor terbaik untuk ummah yang boleh pula memperbaiki ketenatan ummah kini ?

Selalu saya ingatkan diri sendiri, andai result memang cemerlang, jangan leka di zon selesa. Adab sebagai penuntut ilmu harus dijaga. Ingat, peluang yang Allah beri untuk menimba ilmu ketika di zaman Degree ini cuma sekali sahaja. Kelas jangan ponteng. Amanah kepercayaan yang ibu bapa kita beri untuk lepaskan kita merantau ke negara orang bagi meneguk secebis ilmu itu harus ditatang bagai Nasi Mansaf yang penuh di dalam dulang.

Bila dapat result, jangan lihat angka yang tercatat dalam rekod pelajar kita itu , tapi hitunglah berapa markah yang kita terlepas. Contoh, dapat 95/100 . Jangan dibangga dengan angka itu, sebaliknya lihat dan renung kenapa Allah tak bagi lagi 5 markah ? Di mana silapnya? Mungkin kerana ada lagi hak² kita dengan manusia atau dengan Pencipta manusia yang kita masih terlepas pandang. Refleksi.

Wahai dakatir sekalian !

Ikhlaslah dalam belajaq. Kalau kita belajaq sebab exam atau terpaksa, esok lusa ilmu di dada akan luntur tidak lekat. Tapi kalau kita belajar ilmu itu untuk dipraktikkan dalam hidup, ia akan kekal lama ; bagai permanent marker yang diconteng ke muka. Carilah keseronokkan dalam belajar, jangan terlampau stress . Kalau kita terlalu kejar pandangan manusia, memang kita akan penat, semput dan cepat menyerah.

Live life to the fullest. Do the best for your creator.

Pesan Fadhilatus Syaikh Dr Yusri Jabr hafizahullah pabila beliau ditanya bagaimana seseorang itu mampu berkhidmat sebagai doktor muslim yang hebat, katanya,

" Itu semua berada dalam hati engkau - 3x. Bermula dengan NIAT engkau. Jika engkau berniat nak jadi doktor untuk dapatkan kekayaan dan dunia, itu sahaja yang engkau dapat. Kau tak akan dapat selebihnya. Akan tetapi, jika kau berniat untuk berkhidmat kepada agama, setiap saat khidmat kau Allah akan hisab sebagai hasanaat...

Bermulanya seseorang hebat adalah dari cara belajar dan mengajar. Jangan kau kedekut ilmu yang kau ada. Kau ada ilmu sedikit, mulakan untuk ajar pada orang lain ilmu yang sedikit itu. Kelak, Allah akan ajarkan kau ilmu yang baru. Begitu juga jika kau ada secubit pengalaman, jangan kau lokek dengan pengalaman yang kau ada. Jangan jadi seperti segolongan manusia ; mereka ada ilmu dan pengalaman, tapi mereka sampaikan sedikit dan sembunyikan sedikit. Ilmu mereka itu tiada barakah kerana mereka tidak amanah dengan ilmu yang mereka ada.."

Tuan² Doktor, ingatlah misi kita.

Jangan jadi doktor yang biasa, tapi jadilah seorang doktor M.U.S.L.I.M. yang bakal kelihatan luar biasa.

M~MISSION (TARGET FROM NOW)
U~UNLIMITED KNOWLEDGE
S~SUHBAH DGN PROFESSOR & DOKTOR
L~ LOVES OTHERS AND LOVES TO SHARE
I~INTERNATIONAL LEVEL
M~MULTI-TASKING PERSON

Semoga kita semua menjadi Doktor M.U.S.L.I.M ! InsyaAllah. Takbir sikit?

Allahuakbar!!
Semangat terus.

Related image

09112016
Irbid, JO

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p