Skip to main content

Albania Boys In Qatar Airway

Dah dalam flight Qatar.
Akan bertolak di Doha.
Seat kali ini bersebelahan dengan 2 kanak² Arab lelaki.

Diorang asyik tengah pilih movie.
Tiba² screen tayang doa naik kenderaan.
Cepat² aku angkat tangan. Doa.
Dia tengok aku.
Dia pun angkat tangan.
Haha. Comel.
Macam adik dah tengok budak² ni.

Tiba² dia toleh padaku.
" How to put this remote to its place? "

Tali remote stuck.
Aku try.
Try lagi.
Niat nak bantu.

Dan akhirnya, berjaya..!

Dia senyum.
" Thanks "

Perjalanan kali ni agak menarik.
Ada adik yang boleh dilayan. :)

__


" What is the best? " - Spontan saya gelak bila mendengar soalannya.

Pramugara itu merendahkan badan untuk bercakap dengan budak umur 11 tahun itu.

" We have bread with chicken that mix with vegetable of tomyam flavour . "

Terkebil-kebil mata Suhail memandangnya.

" Just give me what you have said. "

Saya gelak lagi.
Lagi kuat.
Lawaklah budak ni.
Nampaklah dia pun tak faham menu apekah itu.
Pramugara itu pun tersenyum melihat respon saya.
Dia beri Suhail set chicken itu.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Doha selama 7 jam kali ni sumpah memang osem.
Walaupun kelihatan saya travel sorang², tapi budak² ni banyak menghiburkan hati ini.

Suhail , abang paling sulung. Bersamanya si Freid, adik lelakinya.
Dia ada lagi dua adik iaitu Hiba (5 tahun) dan si kecil yang saya tak ingat nama berumur 1 tahun ( yang saaaangat la aktif mengganggu gugat saya dan abang²nya di seat belakang. )

" Where do you wanna go? "

" To my country. "

" Where is it? "

" Europe. How about you? "

" Im going to Jordan."

" Jordan??! " -Dia menjerit kesukaan. Mata bersinar-sinar.

" Yeah.. why? "

" I was born in Jordan! "

Selepas lama bersembang, tahulah saya bahawa mereka satu family ni dah lama tinggal di Malaysia.
Hampir 5 tahun.
Nyata, ia bukan tempoh yang sedikit.

So, my typical question is...
" Can you speak malay ? "

" Sikit-sikit. " - Dia jawab.
Saya gelak. Comelnya awak ni.

Suhail datang Malaysia sebab ayahnya buat pHD di UM dalam bidang Syariah dan Undang².
Kalau nak tahu, ayahnya yang bernama Dr. Klodjan Adriatik Zaimaj merupakan pengasah Al-Imam Ibnul Jazari Academy iaitu pusat pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab di Syah Alam.

Disebabkan lama duduk Malaysia, Suhail,Freid dan Hiba memang totally speaking English .
Dia bersekolah di International School di Selangor.
Kini, mereka telahpun tinggalkan Malaysia dan akan pulang ke negara asal mereka di Albania.

Related image

Suhail rupanya minat nak jadi pilot.
Banyak dia bertanya dan minta saya cerita pasal tragedi yang berlaku pada dua pesawat Malaysia Airline.

" I wanna be a pilot but Im afraid. "

" You're afraid of high? "

" No. Im not afraid of high but Im fear of crush. "

Oh.. Thats why you nak tahu sangat pasal crush tu.
Dia siap tanya kalau pilot tu terlatih, kenapa aircraft boleh terhempas..?
Macamana pilot makan kalau tengah drive kapal terbang.
Puas berbelit otak saya nak brain karangan jawapan.
Last² I said to him, " You can search on Youtube and see how they handle the aircraff. "

Tak cukup dengan itu, banyak lagi benda saya kena syarah pada budak² baru nak membesar ni .
Ye la.
7 jam dalam flight- tak ke punya banyak modal dia nak sembang .. ?

Saya ceritakan tentang hero kegemaran saya iaitu Ibnu Firnas, pengalaman saya masuk OT dan tengok baby dilahirkan dan tergelak besar saya bila dia cakap " I hate the doctor. They use blade.. " sambil buat muka annoying haha! , saya cerita pula pasal lapisan bumi, pasal kenapa wifi takdak dalam kapal terbang, pasal kenapa adik dia yang 1 tahun tu terlampau aktif, pasal kenapa sakit telinga bila pesawat nak mendarat, pasal pertukaran waktu yang semakin ke belakang bila pesawat semakin menuju ke timur dan tentang flight dan negara yang dia suka.

Beli kering air liur saya nak bercerita, saya tembak pulak soalan pada dia ; apa yang awak suka dekat Malaysia dan dia cakap Nasi Lemak, negara mana awak dah pergi dan dia cakap Afghanistan, China, Egypt dan banyak lagi,tanya dia suka Malaysia tak dan dia cakap dia taksyabar nak balik Albania sebab kat Malaysia takdak salji dan dia confess " I love snow but Malaysia doesnt have snow! " haha, dan berjuta topik lain yang saya dah bualkan dengan budak 11 tahun ni.

Topik paling best adalah tentang Quran. Dia buka mp3 Sheikh Misyari dan mainkan surah Yusuf.
Katanya, dalam banyak² surah yang dia dah hafal, dia sangat suka surah ni.
Sengaja nak menguji dan membuli, saya minta dia ceritakan tentang Surah Yusuf atau lebih tepat tentang kisah Nabi Yusuf.
Yang hebatnya, sambil dia dengar alunan ayat quran dari surah itu, sambil pula dia bercerita pasal Nabi Yusuf dalam bahasa Inggeris kepada saya.
Daebak..! Cerdik..!

Habis dengar Quran, saya layan Suhail dan Freid main game. Suhail beriya-iya suruh
saya pun join sekaki. Duhai..! Maka berkanak-kanaklah juga jadinya saya.

Paling best bila si Freid yang kelaparan berkali-kali tanya saya, bila diorang nak bagi lunch. Banyak kali jugak tanya saya jam pukul berapa.
Bila dah dapat lunch, lunch pulak hanya snek ringan iaitu roti inti ayam dan kek pandan. Saya kenalkan kek pandan pada mereka berdua dan ternyata mereka sangat suka.

" I want more..! " - Tercengang saya bila Freid yang masih belum habiskan makanannya itu meminta lagi makanan. Freid ni sedikit berisi berbanding abangnya.

" You can take my meal. Im full enough. " - Saya offer.

" No. I will ask the stewardess to bring me another set of lunch. " - Fuh. Yakin banget sih kamu.

" You finish first your meal and ask the stewardess later. I will pray for you so she will bring you the new one. " - Serentak dengan itu saya mengangkat tangan dan pejam mata . Benar² berdoa..!

Lastly, memang sungguh dia dapat set baru lunch . Stewardess tu pun layan saja budak² ni . šŸ˜…

Bila dah sampai Hamad International Airport, hati diserbu sebak yang menebal.

Begitulah, adat pertemuan pasti ada perpisahan.
Kalau sayang, usah terlalu sayang kena pabila berlaku perpisahan, sayang itu bertukar jadi sakit.

Habis 7 jam dalam Qatar Airways, perjalanan kami menemui pengakhiran. Saya rasa, inilah trip paling best , rare dan menghiburkan yang pernah saya lalui sepanjang ulang-alik dari Jordan-Malaysia atau Malaysia-Jordan. Biarpun kali ini berseorangan tanpa teman, Allah selalu hadirkan insan² luar yang tak pernah aku kenali lalu dikenalkan saya sepanjang perjalanan ini. SubhanaLlah..! Maha Suci Allah..

Sebelum saya keluar dari pesawat, steward yang asyik perhatikan saya melayan kerenah 4 adik-beradik ni tersenyum.

" Thank you for serving us. " - saya.

" Yeah. I hope you enjoyed this journey. " Dia garu kepala buat pula muka bersalah.

Haha. No worry man.
Saya malah bersyukur dapat seat dengan family ni.
Dapat main dengan budak² yang saya sayangi.
Dapat pulak speaking tunggang-langgang dengan budak yang macam English Native Speaker ni.
Fuh..! Thorbaik.. Cobaan berani mati.
Siap boleh buat story telling pada budak² ni.

What the sweet moment in this life..!

Thanks Allah,
You make my day. :)

12032017 | Hamad International Airport, Doha

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p