Skip to main content

Wahai Penuntut Ilmu! Dakap Cemerlang Erat-Erat.

Asal bergelar pelajar, memang kita tak lari dari rasa ingin sentiasa jadi 'pelajar genius' , 'pelajar harapan guru, ibu bapa, nenek moyang dan jiran tetangga eskelator tali rapia' atau paling lekehpun ' Pelajar No 1 dalam kelas '

Pernah juga disearch pada Sheikh El-Google Tahu Semua pada zaman kain sekolah warna biru terang dahulu kala.

' Tips menjadi Cemerlang Gemilang Terbilang '

' Cara jadi genius tanpa baca buku '
' Petua meningkatkan ingatan walaupun Selalu Tertelan Semut Kerengga '
' Bagaimana mahu ke menara gading tanpa ambik UPSR, PMR dan SPM? '

Pengsan.

Memang banyak pun yang Sheikh El-Google boleh bagi.
Banyak sampai tak terhitung dengan kalkulator apatah lagi jari tangan dan kaki.
Semuanya dibaca sekali lalu. Tak lekat. Mungkin sikitlah kut yang TERgum tanpa sedar dan TERamal tanpa mahu.

Kengkawan pon pernah dan banyak jugak berkongsi,

' Weh, ada orang bagi tahu aku. Nak study, kita kena tutup aurat ( tutup kepala bagi akhowat ), ngadap kiblat. Cepatlah sikit nak melekat apa yang kita baca. Tanda berkat. '

' Doa jangan tinggal teman-teman. Bacalah doa penerang hati, penerang jantung, penerang kegelapan minda di kala lampu jalan semuanya rosak.. ' Err.

' Adab dengan guru. Jaga molek. Adab dalam kelas. Peghati sokmo. Tugas cikgu bagi, buat bersungguh. Ingat pesan Imam Syafi'e tu. Nak dapat ilmu tu dengan 6 perkara. Apa? Haa. Sebut sikit satu per satu. Aku ingat je, tapi kaulah sebut dulu. Sebut 6. Nanti aku sebut yang ke-7 ' Lol.

' Ada orang yang memang genius semula jadi. Kau? Kau jangan perasan genius. Nak tak nak, memang kena usaha. Ingatkan kata-2 yang selalu kita dengaQ ?Usaha tangga kejayaan. Tidak dapat tidak, kau sendiri kena lawan rasa malas tu, usaha usaha usaha untuk bermulazamah dengan ilmu tu. Rajen. '

Begitulah.
Adat si tholibul ilm. Sentiasa terasa mahu buat yang terbaik.
Kadang ada yang kita buat, tapi masih Allah tak bagi keputusan seperti yang kita nak. Sabar. Mungkin di hujung ada sinar.

Dulu kita pernah cemerlang dan sekarang Allah uji kita dengan result yang tunggang-langgang. Tak apa. Biar kita asuh diri pula untuk menjadi orang yang rendah hati tak takbur. Itu jugak tanda Dia nak didik supaya usaha lagi tekun.

Moga Allah simenkan ilmu yang diterima dalam dada kita. Bukan takat baca dari buku, lekat sat sat, habis exam terus tak ingat.

Teruskan melangkah wahai pejuang.
Allahuyusahhil in shaa Allah.
Allah menjadi saksi setiap kerutan dahimu tika mahu menghadam ilmu.
Mudah-mudahan ada ganjarannya.

BiidzniLlah. :)

01032016
Syimali, Irbid, Jordan

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Panduan Lulus Temuduga Biasiswa

Anda mungkin sedang tercari-cari biasiswa untuk menyambung pelajaran anda. Mungking juga anda telah menerima jemputan untuk menghadiri temuduga untuk biasiswa tajaan kerajaan terutamanya MARA. Menghadapi temuduga terutama kepada anda yang baru pertama kali pastinya sesuatu yang mengelisahkan anda. Di sini saya ingin mengongsikan berberapa panduan atau tips untuk mendapatkan biasiswa khususnya kepada pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dan memerlukan bantuan kewangan terutama daripada biasiswa kerajaan. Tips ini adalah hasil daripada beberapa orang kawan dan atas pengalaman diri sendiri. Justeru tips ini lebih menjurumus kepada biasiswa MARA memandangkan ianya lebih kepada kaum bumiputera. Berikut antara nasihat dan panduan saya kepada anda. Khusus kepada pelajar yang akan ditemuduga oleh MARA secara individu, namun boleh juga kepada pembaca yang lain untuk pengetahuan tambahan. Bawa Kelainan Contohnya, bidang kedoktoran. Mestilah kena bersedia deng...