Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Pesakit Hernia Yang Berjaga Di Meja Surgery

Terkejut

Kepala pesakit yang tengah baring atas katil bedah itu pusing ke arah saya bila saya melangkah masuk ke bilik paling dekat dengan red line ini.

.

Eh? Patient tu tengah kelip kelip mata la...
Dia sedar??

Doktor tengah buat operation dalam keadaan patient sedar?!

Saya terkejut. Seram pulak rasa (walaupun patient tak nampak pun kerja-kerja doktor di perutnya.)
Sebab selama masuk OT , selalunya pesakit pasti akan dipengsankan dengan genaral anesthesia.

Doktor tengah sibuk menjelajah abdomen patient.
Doktor pakar di sebelah kanan.
MO jarahah di sebelah kiri.
Ada seorang assistand di sebelah doktor pakar, tugasnya hulurkan pekakas pembedahan yang diperlukan. Seorang pakar bius yang berbaju biru gelap juga ada bersama.

" Mak cik, batuk kejap mak cik. "

Berkali-kali doktor minta dia batuk.

Baru saya faham.

Pesakit yang sudah berusia ini ada indirect inguinal hernia. Ini operation hernia.

Hernia terjadi bila ada lapisan abdomen yang lemah lalu menyebabkan ada isi perut / organ yang terbabas keluar. Disebabkan tubuh kita ada lapisan kulit, jadi apa yang terkeluar tu tak adalah kelihatan di mata kita. Yang kita boleh nampak hanyalah bonjolan di tempat lapisan abdomen yang lemah itu. Bonjolan tu akan lebih obvious kalau pesakit tu batuk.

" Doctor, awat tak pengsankan pesakit? "

" Sebab kalau dia tidur, susahlah kita nak suruh dia batuk. Kita suruh dia batuk supaya kita dapat kesan kat bahagian mana yang 'bocor' tu. "

Angguk.

Doktor suruh dia batuk lagi sambil dia menarik deep ring dari inguinal canal pesakit.

" Tak larat nak batuk dah la doktor. "

Saya tersengih di sebalik mask yang dipakai.

Inguinal hernia selalu jadi pada pesakit kanak-kanak. Selalunya congenital ( masalah sejak lahir )

Kalau jadi pada orang dewasa terutama orang yang sudah berusia, ia adakah disebabkan tubuh badan yang sudah lemah menyebabkan lapisan abdomen juga sudah tidak kuat dan mudah tembus. Tambah lagi, kalau pesakit ada batuk yang berpanjangan ( macam COPD ) , sembelit , meneran ketika buang air kecil dll. Jadi, selain operate bukak abdomen pesakit, doktor jugak akan masukkan mesh untuk menampung dinding abdomen yang sudah tak kuat. Ini namanya reconstruction.

Related image

Sebab itu, lagi bertambah usia, lagi kena jaga pemakanan untuk membina tubuh badan yang sihat.

Yer la. Memang tubuh badan orang tua tak akan selamanya sama dengan tubuh badan orang muda even selepas dah jaga makanan.Tak sama kekuatan tubuh orang berusia 20-an dengan yang sudah berusia 50-an. Tapi, at least, kalau kita jaga makanan, kesihatan dan kekuatan tubuh badan tak adalah cepat sangat merosot dan merudum .

Itu kesihatan fizikal.

Nak sihat dan kuat dalam jangka masa yang lebih lama, kena jaga makanan.
Lagi lama nak hidup sihat, lagi kena tingkatkan kesedaran diri tentang kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat.

Kalau kesihatan rohani, macam tu jugaklah.

Sepatutnya, lagi dewasa, lagi kena banyak amalan diri sendiri.
Sepatutnya, amalan kita ketika usia 20-an harus lebih berganda dari amalan kita ketika di zaman bangku meja sekolah.

Kalau masa sekolah dulu kita baca Al-Quran sehari 1 muka surat,
Bila dah makin dewasa ni, haruslah berganda peningkatannya.

Kalau masa zaman sekolah, kita asyik nak fokus puasa ramadhan,
Bila dah makin dewasa ni, hendaklah fikirkan juga puasa sunat yang lain.

Kalau masa zaman sekolah, kita hanya buat solat 5 waktu sehari semalam,
Bila dah makin dewasa ni, mestilah tambah pula solat sunat rawatib sebelum atau selepas solat fardhu.

Lagi kita dewasa, lagi banyak dihentam masalah dunia.
Lagi kita dewasa, lagi kronik dan rumit urusan yang kita akan berhadapan dengannya.
Sebab itu, kena lagi kuat amalan rohani.
Amalan zikir, solat sunat, Al-Quran, solat malam, puasa, sedekah atau hadiri majlis ilmu usah dipandang sepi.
Sebab ini diet untuk kesihatan rohani.

Kalau sakit fizikal kita boleh start enjin basikal, kayuh ke hospital untuk jumpa doktor dan dapatkan rawatan.
Kalau sakit rohani?
Kita belum ada hospital yang menyediakan rawatan untuk penyakit rohani atau kefuturan.
Kita sendirilah harus menjadi doktor - rawat diri dengan ubat yang dibina atas kudrat diri sendiri.

Kita semua doktor :)

Qásrús Syúhadá
27042017 | Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p