Skip to main content

Wanita Syria Hamil 9 Bulan

Wanita berjubah hitam itu menghampiri aku .

Gulp !

Perutnya buncit ke depan .

Kawan aku baru ajar, perut buncit macam tu kita sebut sebagai 'baby bump' . ( Selama ni aku ingat 'baby bump' tu macam 'baby kick'. )

Mukanya kelihatan penat sekali.
Macam baru lepas balik dari memotong getah di waktu tengahari yang mataharinya menegak bagai tengah berada di padang mahsyar. Bezanya matahari tu jauh dari kepala , sedang matahari di akhirat nanti cuma sejengkal dari kepala kita.

" Tolong saya "

Hm .
Aku perhatikan wanita ini .
Minggu lepas macam dah pernah jumpa..

Ya! Betul sangat.
Dia wanita yang sama.
Hari ini kami bertemu lagi - juga di tempat yang sama iaitu di Masjid Jami'ah Yarmouk.

Aku tak jadi menyambung bacaan Quran. Kitab suci itu aku tutup dan pegang erat dalam dakapan.

" Tolong apa ? " Aku cuba meminta penjelasan.

" Saya kena pergi hospital jam 8.30 malam nanti. " Wanita lewat 20-an yang berasal dari Syria itu menerangkan dalam nafas yang kian semput. Tercungap-cungap. Aku malah jatuh simpati. Beg kiri kanannya aku perhati.

Aku melihat jam tangan jenama Zuofun yang membelit erat pergelangan tangan kanan aku. Baru pukul 7.00 malam. Isya' belum masuk. Pengajian di masjid oleh Sheikh masih berjalan tika itu. Suara beliau yang bertutut fasih dalam bahasa Arab jelas kedengaran di corong speaker . Kalau semalam kuliah maghrib cerita tentang Nabi Daud, kuliah kali ini aku tak pasti pulak apa isinya ; sebab otak aku kali ni letih nak cuba dengar teliti dan translate semula ke bahasa Melayu. Ya aku letih. Sangat letih. Letih dengan masalah dunia. Letih dengan rutin padat setiap hari. Aku datang masjid sebab nak duduk rehat berseorangan. Masjid menjadi medan aku melepas lelah , sementara mahu kembali ke rumah untuk sambung menelaah pelajaran selepas isya' nanti.

" Jadi, awak nak saya teman ke hospital ke ? "

" Tak. Bukan.. Anak dan suami saya ada di luar. Saya cuma perlu tambang untuk ke hospital. Saya tak ada duit. "

Aku terdiam. Hari ni baru 22 Mac. Kalau tak salah, minggu lepas ketika sempat berborak dengannya, due date untuk beliau lahirkan baby adalah pada 25 Mac ini.

" Bukan ke awak kena beranak 25 Mac nanti. " Dengan begitu lurus, aku bertanya soalan.

" Saya kena jumpa doktor. Kalau tak boleh beranak lagi, saya akan balik semula. "

Aku angguk faham . Tapi, otak sedikit pusing. Lagi ligat berpusing mengalahkan gasing yang baru dilontar lepas dari tali .

Hm. Tak silap aku, aku keluar rumah tadi memang sehelai sepinggang. Dalam beg cuma ada Al-Quran dan air mineral. Handphone pun aku tinggal di rumah — mahu beribadat dengan penuh khusyuk kononnya. Duit? Satu qursh pun takdak. Aduh..!

Em. Tapi kan...
Tabung masjid ada je tuh.
Cuma, takkan aku nak bongkar peti besi tu kot? Mencuri untuk bersedekah itu harom!

Macamana ni?

Aku menoleh sekeliling masjid. Tiba² mata jatuh pada sosok dua budak melayu yang kebetulan tengah bersembang di belakang masjid.

Aku memandang wanita yang kelelahan ini. " Tunggu sekejap ya.. "

Bingkas aku bangun meninggalkannya. Kaki melangkah lincah menuju ke budak Melayu berdua itu.

" Sorry ganggu. "

" Eh, mana ganggu pun. Ada apa , kak ? "

Baru perasan, aku mengenali kedua-dua mereka. Mujurlah. Jadi, tidaklah janggal sangat nak mintak bantuan.

" Korang bawak duit tak? Nak pinjam boleh ? Mak cik Syria tu macam nak beranak dah. Nak pegi hospital tapi tade duit.. "

" Boleh caye ke? Saya selalu nampak dia kat masjid mintak duit.. "

Aku memandangnya lama. Ya, dia memang selalu di masjid. Meminta simpati dan huluran duit dari pelajar Melayu yang kerap berkunjung ke masjid itu.

Aku putus fius. Tapi...

Aku teringat kisahnya. Kebetulan ketika pertama kali aku bertemunya, ada seorang doktor gigi bersama aku. Doktor itu pun kawan merangkap jiran rumah aku. Salah seorang anak kepada wanita itu pernah jadi patient beliau.

Kata doktor ini, wanita Syria ini dah ada anak seramai 4 orang. Yang 'paling dewasa' umurnya 8 tahun. Paling belum dewasa umurnya 1 tahun — baru pandai jalan. Suaminya ada sakit psikitri. Kalau tak makan ubat, dia boleh bertindak di luar kawalan — pukul anak² .

Ketika bersembang tempoh hari, beliau ada menunjukkan satu sijil akuan bahawa mereka pelarian Syria. Ada di situ gambar suami dan anak-anaknya .

" Awak kahwin umur berapa ? "

" 17 tahun. " Mulut kami ternganga.

" Sekarang umur berapa? "

" 25 tahun. " Pergh!

Sorang kawan aku dari bidang Ekonomi dan Perbankan Islam mencelah, " Kamu umur 17 tahun dah ada 'habibi' , sedang kami dah umur 22 tahun , habuk pun tadak.. "

" 'Ala Allah. 'Ala Allah.. " Wanita Syria itu beriya-iya membalas . Dia sambung lagi, " Masa sekarang ni, kamu fokus saja belajar. Belajar sungguh-sungguh, ilmu itu penting dari segala-galanya. Nanti lepas habis belajar, Allah pasti akan berikan kamu jodoh yang terbaik. Sekarang jangan bimbang lagi. Fokus dulu pada pelajaran. Kalau kamu kahwin nanti, dah ada anak, semua anak² asyik nak meragam pada kamu , asyik sebut mama mama, jarang nak pergi ke ayah.. Kamu akan jadi seorang yang sibuk waktu tu.. Sangat sibuk.. "

Aku angguk kepala. Membenarkan kata-katanya..

" Kak? Nak bagi berapa kat dia? " Satu soalan membunuh lamunan aku yang sudah melencong jauh.

" Em.. " Aku cuba mencongak . Pergi balik mungkin lebih dari 3 dinar. Salah seorang dari mereka dah sedia nak menyerahkan wang kertas bewarna biru . 10 dinar!

" Bagi akak 5 dinar, cukup. 10 dinar banyak sangat tuh.. "

" Cukup ke, kak ? "

" InsyaAllah, cukup tu. "

Masing² menyerahkan wang 2 dinar dan 3 dinar. Semuanya dah cukup 5 dinar. Aku bingkas bangun dengan duit yang yang sudah di tangan. " Nanti akak bayar balik ye kat korang.. "

" Eh. Takyah la kak. Sedekah je. "

" Serius ni? "

Mereka mengangguk dan tersenyum.

" Ok. Terima kasih. "

Aku berjalan menghampiri wanita tadi.

" Nah, ini 5 dinar. Awak dah boleh pergi hospital . "

" Terima kasih banyak.. Awak dah bantu saya. Semoga Allah merahmati awak. Doakan saya. Doakan anak saya.. "

Aku mengganguk. " Awak nak pergi sekarang ke? " Aku bertanya bila dia macam nak bangun berdiri.

" Belum lagi. Saya masih ada masa. Saya nak jumpa keluarga saya di luar. "

" Ok baik. Semoga selamat semuanya.. "

Aku menghantar pandangan mengiringi beliau yang semakin sayup hilang dari pandangan.

Tuhan, semoga Engkau kuatkan dia.

Kekuatan dia sekarang pun sudah cukup mengkagumkan aku.
Harus jaga suami, harus layan anak², nak tahan penat mengandung — semuanya memerlukan kekuatan dalaman yang kuat. Tiada siapa boleh nafikan.

Tuhan, semoga Engkau murahkan rezeki dia.

Dengan title sebagai pelarian, tanggungan keluarga yang ramai, suaminya kemungkinan tak ada kerja tetap — pastinya sulit untuk dia menanggung biayaan kos bersalin nanti. Tentu pening mahu memikirkannya.

Namun, aku yakin, Tuhan sentiasa membuka jalan untuk hamba-Nya yang lemah.

Tuhan, semoga Engkau mudahkan urusannya.

Kisah semalam ; 22032017 | Irbid, Jordan

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p