Skip to main content

Cinta DUNIA, Takut MATI ( DM-3 )

Mujahadah .

Bahasa senangnya, lawan nafsu .

Syurga.

Bahasa senangnya, tempat tinggal abadi di akhirat . Jika mana-2 anak adam tidak berada si syurga , maka dia akan berada di tempat satu lagi. Neraka.

' MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS '

Nak dapat syurga tidak mudah. Harus berjuang. Harus berkorban. Harus menahan rasa dari godaan dunia. Harus berpedih hati menapaki ujian dunia. Harus .

Ahli syurga itu adalah orang-2 yang qawiyy.

Qawiyy di sini bukan bermaksud anda kena ada otot berketul-ketul , dada bidang seluas sawah padi di belakang rumah nenek anda dan kena lengkap dengan 6 packs di bahagian abdomen .

Tak. Qawiyy tidak hanya pada fizikal.

Qawiyy di sini bukan bermaksud anda harus beradu kekuatan , bergusti dan berkung fu dengan singa berambut blonde keperang-perangan di Afrika sana dan kemudian naik pentas untuk dikalungkan medal juara lawan singa dunia .

Tak. Qawiyy tidak hanya pada tenaga.

Qawiyy yang dimaksudkan di sini adalah kuat dalam melawan nafsu . Kuat dalam meninggalkan maksiat . Kuat dalam melakukan ibadah dan ketaatan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin.

Nyata tidak senang . Kerana dunia hari ini menghidangkan aneka jenis kemanisan yang luar biasa enaknya sehingga ramailah manusia yang telah di diagnosis dengan diabetes mellitus -3 .

Dalam perubatan, takdak DM-3. Tapi DM-3 ni kategori penyakit baru yang saya wujudkan - Cinta DUNIA, Takut MATI ( DM-3 )

Yang terkena penyakit ini bukan saja umat di zaman sekarang. Hatta umat zaman Nabi sebelum-2 ini pun dah terkena penyakit ini. Ada yang tak sembuh sampai mangkat dijulang keranda. Masuk kubur tidak tertolonglah nasibnya di sana. Kasihan.

Boleh rujuk kisah Firaun , Qarun , Raja Namrud , Abu Lahab , dan ramai lagi lah pesakit DM-3 ini .

Related image

Memanglah sukar untuk mujahadah. Iman turun naik. Kadang-2 , manusia yang terlihat alim, warak dan kuat mujahadah itu juga kerap kali dihempap ujian iman yang tetiba jatuh merudum. Nak bangkit semula sangatlah payah .

Memanglah sukar untuk mujahadah. Kerana selain nafsu dalam diri, kita juga sering diganggu gugat oleh syaitan dan iblis. Tambah-2 kalau yang duduk di negara Syam ini. Saya maksudkan Jordan. Iblis kat sini lagi advance dan profesional dari Iblis di Malaysia. Mereka ni dah ada pengalaman menyesatkan umat-umat Nabi terdahulu. Bukankah pengalaman itu menjadi pengajaran terbaik untuk menjadikan seseorang itu hebat? Ya! Menjadi warga di bumi yang pernah ditelangkupkan oleh Allah lautnya ( laut mati sekarang ) , lagi mencabarlah ujian iman kami. Bukan senang nak bertarung dengan iblis-2 kat sini. Sedang iman masih senipis pampers baby yang sudah digunakan.

Tapi, ingatlah. Kekuatan kita dari Allah.
Sebab itu, minta terus dari Allah agar diberi kekuatan untuk terus berada dalam ketaatan.
Minta terus dari Allah agar dihindarkan jalan yang terhampar di atasnya pelbagai maksiat dan dosa.
Minta kekuatan hati.
Minta redha dan barakah.
Minta. Minta.

Ini pilihan kita .
Mahu jadi baik , pilihan kita.
Mahu jadi jahat, pilihan kita.

Ada sahabat yang hidup ketika zaman Rasulullah SAW, dapat solat bersama Nabi. Dapat bertemu dan mendengar suara Nabi. Tapi tak semua yang benar-2 beriman . Masih ada yang munafiq. Kerana apa? Kerana dia sendiri memilih untuk tidak beriman dengan sebenar-2 iman. Walaupun dia tahu orang munafik itu, tempatnya di neraka yang paling bawah, paling panas, dia tetap dengan dirinya . Itu pilihan dia .

Memilihlah dengan bijak.
Anda mampu mengubahnya.

Okay dah.
Saya nak pegi hospital.
Muhun doakan saya - agar mujahadah dalam belajar juga :)

Selamat menjadi orang yang bermujahadah.
Kerana syurga tujuan kita. =')

18012017
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...