Skip to main content

Jadi pelajar, belajar. Bukan buat kerja lain .

Dalam belajar, kena kenal pasti kemampuan dan cara yang paling cocok dengan diri sendiri .

Buat senarai penuh tajuk yang hendak dibaca atau dipelajari . Bahagikan tajuk-tajuk itu setiap hari mengikut jumlah hari yang berbaki sebelum peperiksaan menjelma. Kalau dapat habiskan lagi awal, lagi comel.

Haruskah berjaga malam?

Jagalah malam kalau perlu. Tapi, sebaiknya bukan pada hari kuliah sebab dibimbangi badan akan kurang rehat dan tak bersedia untuk menuntut ilmu baru pada esok hari. Kalau nak stays up, buatlah hujung minggu. Jadi, esok paginya boleh cover balik waktu tidur. Yang penting, jangan terlepas subuh. Usah gadaikan akhirat demi duniya wahai teman .

Sangatlah bagus kalau dapat habiskan material peperiksaan secepat mungkin.
Kalau boleh mendahului silibus yang doktor ajar dalam kelas setiap hari adalah terbaik. Sebabnya, kalau habis awal, kita sudah ada general view untuk course tersebut. Bila doktor ajar dan kita tak faham, kita dapat bertanya direct kepada doktor dengan memberikan struktur soalan yang lebih bijak dan tersusun.

Paling best, kalau dapat habiskan material lebih awal, kita jugak akan apa? Akan dapat peluang untuk tambahkan pembacaan kita pada sumber rujukan yang lain. Kalau kau belajar perubatan contohnya, selain nota kuliah, kau dapatlah kesempatan nak belek juga buku medicine yang tebal dan awesome itu kalau kau ada masa lebih sebab dah habis study.

Study awal tak rugi . At least kalau dapat habiskan 2 atau 3 minggu awal dari tarikh exam adalah ahsan fil alam. Kita ada peluang untuk berbincang dengan kawan dan dapat pula ajarkan topik yang kawan-kawan belum strong. Last but not least, bila dah habis study, kita akan tend tu cari nota-nota tambahan di samping buat past year question. Pergh! Nampak tak keberkatan masa di situ? Kau boleh bayang tak bila malam exam menjelma, kawan-kawan BARU NAK START belek past year padahal kau dah khatam 2-3 kali malah malam tu kau baca past year untuk kali yang ke-4? Awesome right?

Jadi, tuntasnya, untuk cemerlang itu mudah. Kau cuma kena belajar dari awal dan teruskan pembelajaran walaupun dah habis belajar. Baca baca dan terus baca. Kerana lagi banyak membaca, kita akan jumpa fakta atau isi yang sama berulang kali. Harus diingat kawan-kawan, samada kau belajar medic atau apa-apa sahaja bidang sekalipun, pengulangan sangat penting!

Dengan pengulangan , ingatan bertambah kukuh .
Memori jangka panjang hanya memuatkan sesuatu yang sering diulang-ulang.

Sebab itu, penghafaz Al-Quran, harus ulang banyak kali hafazan.
Dah tasmi' , kena pulak murojaah. Kenapa?
Sebab dengan pengulangan, ingatan akan bertambah kukuh.

Paaaaaling muhim jiddan ,
Bila jadi PELAJAR, jagalah masa sebaiknya.

Yang jadi sebab kita tak habis belajar atau tak habis baca adalah disebabkan kita gagal menyusun masa dengan sebaiknya.

Jadi pelajar, belajar.
Bukan buat kerja lain .

Belajar sungguh-sungguh.
Result tu kekal dengan kita sedangkan susah-payah belajar cuma sementara.

Jaga masa, kawan-kawan.
Jangan buang masa.

Sebab pelajar yang bijak, dia nampak setiap detik tu bagaikan harta karun Qarun.
Setiap detik itu adalah peluang keemasan untuk menambahkan ingatan pada butir-butir ilmu.

Sekali lagi, jangan buang masa.
Sebab pelajar bijak, walaupun kat kelas kau nampak dia macam goyang kaki,
Kau tak tahu bahawa bila dia balik rumah, dia study macam esok dia nak mati - study gila-gila. Dia tak buang masa.

Image result for amazing photography

Sekali lagi, jangan buang masa.

Kau orang muda.
Jalan masih panjang .
Guna masa sebaiknya untuk mencangkul segala pengetahuan yang tertanam di lubuk ilmu tempat kau belajar. Jangan lepaskan peluang ini sebab sekiyan ramai manusia yang tak dapat duduk dalam kasut yang kau tengah pakai sekarang - kasut si penuntut ilmu.

.

11 Mei 2017:)

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p