Skip to main content

Tiru Waktu Tidur Cara Nabi

Nabi ajar kita cara hidup sihat,
Namun kita pandai ajar diri sendiri
dengan rutin hidup yang tidak sihat.
.

Rasulullah SAW itu kebiasaannya

tidur mubasyarah selepas Isya'
dan bangun di awal pagi .

Dalam kata lain, Rasulullah SAW
bangun awal dan tidur awal .

Dalam hadis Bukhari , no hadis 568,
Rasulullah SAW melarang orang yang tidur
sebelum waktu Isya' dan melarang sahabat-sahabat
bersembang atau bergosip atau melakukan
perkara yang tidak bermanfaat
selepas waktu Isya'.

Rasulullah SAW sendiri hanya
berbual sedikit dengan para isteri dan
kemudian terus tidur atau jika
ada perbincangan masalah
dengan para sahabat,
baginda akan duduk bersama dan
setelah selesai akan langsung tidur.

Bangun awal?
Ya, untuk bertahajjud.

Tahajjud itu adalah solat yang kita buat
selepas kita tidur.

Waktunya?
Kita bahagikan malam itu kepada tiga bahagian.
Awal malam, pertengahan malam dan akhir malam.

Tahajjud dibuat pada pertengahan atau lewat
sikit dari pertengahan malam.
Dengan syarat, kita sudah tidur selepas Isya'.
Kalau solat yang dilakukan selepas Isya' dan kita
belum tidur, itu adalah solat malam.

Pada waktu sekitar 15 minit sehingga 30 minit
sebelum Subuh, itu adalah waktu akhir malam.
Dalam Al-Quran menyebutkan, waktu itu
adalah waktu untuk beristighfar kepada Allah.
Perbanyakkan istighfar dan bukan lagi solat Tahajjud.

Nabi mengajar kita cara hidup yang sihat ;
Tidur awal dan bangun di pertengahan malam
untuk bertahajjud. Tahajjud itu digambarkan sebagai
solat sunat yang sangat spesel sehingga
memancing ramai orang untuk bangun awal
bagi melakukannya. Why?

Pada tahun 1982-1988, seorang pakar Kanser
melakukan kajian tentang hubung kait tidur manusia
dengan pertumbuhan kanser dalam badan.

Hasil yang dibentangkannya,
Tidur 8 jam - risiko kanser 17%
Tidur 5-6 jam - risiko kanser 8%
Tidur Tidur lebih 10 jam - risiko kanser 34%

Tercengang?
Takjub?
Terbeliak biji mata?

Whatever.
Tahu tak?
Jika dihitung tempoh masa
daripada selepas Isya'
sehingga ke pertengahan malam,
tempohnya adalah
sekitar 5-6 jam .

Maka, tak hairanlah kenapa Rasulullah SAW
ajar kita supaya tidur selepas Isya'
dan bangun buat tahajjud.

Kak, kalau kami ni ada study group dan meeting selepas Isya',
Macamana??
Boleh ke kami skip semua aktiviti selepas Isya'
atau pergi saja study group atau meeting
sambil angkut bersama bantal dan selimut??

Kah!
Soalan yang baik.
Jangan angkut bantal dan selimut, dik.
Angkut sekali katil dan tilam. Ahah!

Begini...

Sebagaimana yang sudah diterangkan di atas,
Nabi juga menangguhkan waktu tidurnya sebentar
jika ada perbincangan penting bersama sahabat.

Jadi, anda sendiri harus buat pertimbangan.
Jika aktiviti yang bermanfaat dan very important,
Lakukan saja dengan senang hati dan usaha percepatkan.
Kalau sudah selesai, langsung terus tidur.
Tak payah heret baldi ke toilet nak basuh baju
atau letak pan atas stove nak masak maggie.

:)

Easy right?
Sediakan waktu tidur yang selayaknya.
Nanti, bakal lebih bertenaga untuk hari esoknya
untuk terus beribadah kepada Allah Ta'ala.
Kerna tujuan hidup kita cuma satu,
Untuk beribadah kepada Allah.

Segala kerja buat kita itu ibadah.
Biarkan ia sentiasa jadi ibadah yang paling berkualiti
dan paling disambut meriah oleh Allah.

Hidup mulia ada mati sebagai syuhada'.

:)

Qásrús Syúhadá
31032017 | Irbid, Jordan.

Image result for beautiful photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...