Skip to main content

Feedback Kepada Seorang Qasrus

Pertama kali memberanikan diri meminta feedback kerja dari orang yang mengenali diri dan pernah bekerja dalam satu program yang sama.

Ini bukan macam minta komen untuk testimoni kempen pilihanraya macam sebelum ini pernah saya buat.

Tidak!

Ini memang directly tanya secara peribadi komen seseorang terhadap diri kita setelah beberapa tempoh masa bekerja bersama.

Berdebar .

Kerana saya ini adalah seketul manusia yang takut sangat untuk diperbetulkan atau dikritik depan depan . Bukan tak mahu diperbetulkan tapi bimbang diri diperbetulkan dengan cara yang tidak menyenangkan . Kerana hati ini terlalu tisu , mudah terobek dan terkoyak bila tersalah bentuk . Pendek kata, begitu mudah terasa hati.

Sebab itu , bila pertama kali ambil langkah berani mati ini, menggigil jugak risau . Takut bila hati bakal terguris andai komen yang diberi sangat sentap atau tak kena cara , maka nanti marah akan menguasai saya lalu ia akan dipendam sendiri sampai sakit bernanah dalam hati . Itulah saya , suka memendam.

Feedback yang dinanti masuk ke kotak mesej.

Image result for amazing photography

Dup dap dup dap.
Mata terus meneliti baris baris kata yang ditulisnya. Muhasabah.

"Cume 1 perkara sje yg sy nk ingatkan, harap jangan pendam perasaan andai kita tak puas hati dgn seseorang. Terus tegur, jgn simpan dendam dsb. Sebab biasenya bile insan yang kuat berkorban untuk org lain, dia mudah untuk pendam ape yang dia rase. Last skli, dia akan rSa sKit seorang, bahkan mgkin akan futur bile dia terus dengan sikap sedemikian."

Ya robbi! Memang pap! Kena terus pada batang hidung sendiri. Tak pernah ada orang sentuh atau berbisik secara langsung tentang point ' pendam perasaan ' . Saya fikir, hanya saya yang tahu tentang perihal ini dan selalu berusaha sebaik mungkin menyembunyikannya dari diketahui manusia lain . Hatta dari ibu sendiri! Malah, kadang-kadang saya menafikan sikap ini wujud dalam diri saya.

Memang benarlah, walaupun kita kenal diri sendiri, mungkin ada waktu kita sendiri terlepas pandang melihat beberapa sudut peribadi kita.

Maka, tidak mesti tidak, pastilah orang di sekeliling yang lebih cakna dan mampu melihat sisi yang kita terlepas pandang itu.

Tak sia-sia .

Tak sia-sia bertanya minta feedback orang tentang diri.
Maka, baru kita nampak ada benda yang perlu diteliti dan diubah. Ada perkara yang kelihatan kecil namun boleh meranapkan diri sendiri andai terus disimpan dalam diri.

Hmdulillah, muslim yang baik sentiasa mahu berubah menjadi lebih baik dari semalam. Sentiasa buat pembaikan, sentiasa mahukan yang terbaik. Terlalu besar kegembiraan dan rasa terima kasih saya kepada beliau atas komen yang jujur itu.

Dan untuk kawan-kawan di Fesbuk, andai terlihat kurangnya saya atau lemah di mana-mana, besar hajat di hati ini agar kalian juga dapat menegur dan bisikkan ke telinga saya nasihat dan kritik yang membina - semoga menjadilah saya muslimah yang selalu mahu berhijrah mendakap kebaikan demi mahu gembirakan Tuhan.

JazakumuLlahu kheir. :)

12 Mei 2017

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...