Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Di Sebalik Dinding Klinik Pembedahan

" Kamu datang sini nak kerja atau tidak ??! Kalau tak nak, baik tak payah datang hospital! "

Alamak. Pesakit dah menjerit. Dia keseorangan dalam cubicle. Semua doktor lari ke cubicle lain. Dia keseorangan.

(Nak harapkan kami lima orang lagi? Kami ni student lagi. Mana la tahu buat apa-apa. Kami cuma tercangak kat pintu cubicle tunggu kalau-kalau doktor nak suruh buat apa-apa atau ajar apa-apa)

Pesakit hari ni pulak punya la ramai. Padahal, doktor pakar yang nak check diorang cumalah seorang - Dr Raed. HO yang assist doktor pulak ada 2 orang saja ; laki dan perempuan. HO perempuan tu kelihatan masih baru, macam janggal nak buat prosedur-prosedur di klinik.

Pertama kali menjengah ke klinik surgery , boleh dikatakan saya sangat teruja dan gembira. Dari minggu pertama round dalam surgery,saya dah memang pasang tinggi tinggi niat dalam diri mahu terjah ke klinik. Namun, selalu saja hajat di hati dipinggir sepi. Hanya setelah sampai ke minggu ke-8 ( minggu ini ), barulah peluang ini datang bergolek ke kaki.

*Lompat bintang*

Dalam klinik, saya benar-benar disergah realiti kehidupan manusia samada dari kaca mata seorang pesakit kepada doktor atau dari view seorang doktor kepada pesakit.

(Sekali lagi, saya cumalah seorang kanak-kanak perempuan kecil yang setiap hari sarungkan white coat ke badan dan bawa pen serta buku nota mengemis ilmu dari doktor-doktor yang ada di hospital. Saya pembelajar dan pemerhati. )

Memandangkan HO cuma dua orang sedangkan pesakit datang bertali arus bagai sudah berjemaah merancang mahu serbu klinik serentak, maka terpaksalah saya yang tak tahu apa-apa malah ilmu masih di bawah kerak bumi ini membantu apa yang patut.

Klinik hari ni membawakan pesakit yang semua ada luka di kaki. Luka diabetes, gangrene, luka potong kaki, luka ulcer, luka sebab tertembak kaki sendiri dan banyak lagi jenis luka.

Doktor pakar yang seorang tu pulak hanya terus bagi arahan pada doktor-doktor yang bertugas bersamanya , " Kamu cuci luka dia dengan normal saline, tanpa iodine, kemudian buat dressing "

Belum pun habis doktor settlekan dressing satu patient, doktor pakar cari HO lagi dan bagi arahan yang sama untuk patient di cubicle lain pulak. HO tu sampai garu kepala sebab dia pun tak tahu nak buat macamana untuk layan semua pesakit yang memerlukan perhatian dan kasih sayang itu. Dah la nurse pun cuma seorang!

Saya tersengih. " Ini ke benda yang awak kena buat setiap hari sepanjang di klinik? "

Dia tersenyum menampakkan baris gigi yang putih bersih. Wajahnya masih tenang walaupun dah serabut dengan kerja di klinik. " Saya baru hari kedua di klinik surgery. "

Saya angguk. Mujur awak agak cekap. Lebih cekap dari rakannya yang seorang lagi.

Saya pakai glove yang tak disterelize. Membantu apa yang patut. Hulurkan barang yang perlu dan potong apa yang diminta.

Menjenguk ke cubicle sebelah, seorang wanita muda datang bersama ibunya yang ada diabetic foot. Dia tak perasan saya melihatnya dari luar pintu. Bila dilihat tiada doktor ataupun pelajar perubatan dalam cubicle itu, sepantas kilat tangannya mencapai bungkusan gauze yang ada dalam bilik itu lalu disumbat pantas dalam handbagnya.

Saya terlopong tidak percaya dengan apa yang lihat. Dia bertudung dan berjubah hitam. Air mukanya tampak lembut dan beriman. Rupa-rupanya dia sepupu kepada syaiton. Eh. Astaghfirullah.

Cuma menggeleng kepala. Tak mampu nak sergah beliau sebab saya pun tak tahu nak tegur dia dalam bahasa Arab macamana. Kebetulan, cuma saya seorang yang menjadi CCTV di kala itu. Setelah dia melaksanakan aktiviti 'meminjam' gauze hospital itu , dia kemudian belagak tenang duduk di katil pesakit sambil silang kaki.

Ewah kau!

Saya tarik kawan Melayu yang bersama di klinik tika itu dan kami berkomunikasi dalam bahasa melayu.
Betul-betul di hadapannya.
Betul-betul guna suara yang kuat!
Sengaja. Sambil-sambil pandang dia.

" Dia curi gauze hospital la. "

" Gauze je? Tak ada yang lagi mahal dari tu ke yang dia nak curi? "

Saya tergelak spontan. Pandai pulak kawan aku ni buat lawak.

" Saya tak bercakap pasal mahal atau murah. Tapi gauze tu tetap bukan miliknya. Tak berkat nanti walaupun dia nak guna untuk bantu cuci kaki mak dia yang dah gangrene tuh.. "

Kerana terbakar dengan kelakuan wanita itu, saya masuk ke cubicle lain.

Seorang anak lelaki bersama si isteri setia menemani ibu mereka yang ada kudis teruk di kaki. Dia memerhati HO wanita membalut luka ibunya. Bila ada yang tak kena, dia pula yang menegur. Malah, dia jugak yang mengajar HO itu membalut luka dengan cara yang betul. Garu kepala saya dibuatnya. Siapa lagi doktor sebenarnya ni? Kelihatan jelas bahawa doktor wanita itu agak terkial-kial bila pertama kali disuruh doktor pakar untuk membersihkan luka pesakit.

Lain dengan anak pesakit itu. Beliau tampak dah biasa dengan kerja-kerja menguruskan dan membersihkan luka ibunya. Tak terasa atau terlihat riak geli atau takut pada kudis yang merah itu. Wanita tua itu ditatang rapi dan diurus elok malah semua keperluan dressing juga dia dah siap bawak dari rumah!

Betapa saya tersentuh dengan lelaki ini. Dia anak yang berbakti, dia anak yang lemah-lembut dengan orang tuanya. Beruntung sekali ibu bapanya kerana memiliki sosok anak seperti beliau.

Realiti yang terbentang di hadapan mata membuatkan saya insaf.
Dalam hidup ini, kita akan jumpa manusia bermacam ragam.
Apatah lagi untuk seorang yang bergelar doktor. Patient bukan satu dua yang ditemui setiap hari tapi, banyak sekali.

Satu benda atau perkara yang harus disemat rapi,
Tugas doktor bukan sahaja merawat fizikal pesakit, tapi juga rohaninya.

Doktor adalah superman.
Yang menyelamatkan fizikal manusia.
Juga doktor adalah hero.
Yang membangkitkan rohani pesakit yang lesu agar tidak runtuh setelah diuji sakit.

Menjadi doktor, tidak hanya perlu kukuh pada ilmu dan kecerdikan akal.
Tapi, skill sangat penting. Sikap apatah lagi.

Doktor bukan saja kena berpakaian kemas, tapi kerjanya juga kena teratur.
Silap-silap, pesakit pula yang akan mengajar doktor buat kerja bila kerja-kerja doktor nampak serabut dan tunggang-langgang.

Doktor bukan saja kena pandai bentang history patient, tapi caranya berkomunikasi juga mesti ada cara dan pandai psikologi.
Silap-silap, pesakit pula terasa doktor ni macam pegawai penjara yang garang dan tak mesra.

Sebab itu, saya lihat , banyak aspek perlu diselak dan diteliti rapi - terutama untuk saya seorang doctor-to-be.

Image result for amazing photography

Okay Qasrus. Today , awak belajar something.
Belajar dari mereka apa sahaja yang baik.
Sempadankan diri dari benda yang kurang baik.

Jadi doktor, bukan sekadar study study study buku.

Kamu nanti harus melayan pesakit dengan baik bukan sebab takut sakitnya tak sembuh.
Kamu harus melayan pesakit dengan baik sebab dia adalah manusia yang ada hati dan jiwa.

Prepare yourself very well, dear . Jadi doktor yang baik dan enjoy dengan tugas sebagai perawat.

.

GadisWhiteCoat.KlinikSurgery.OrangArab

Qásrús Syúhadá
02052017 | Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da