Skip to main content

D.O.C.T.O.R - Dokter Paling Digeruni VS Aku Yang Selamba

Hari ni dikhabarkan akan round di hospital dengan doktor garang lagi menakutkan.

Kemungkinan lagi menyeramkan dari Pontianak Harum Sundal Malam atau Toyol Hijau Mata Tiga. 🙊

Doktor Shadi Hamouri.

Bukan kami budak Melayu saja yang bimbang dengan doktor ini, tapi pelajar Arab sendiri pon ketaq lutut.
Pelajar Arab jarang nak takutkan doktor tapi kalau diorang cakap takut pada satu² doktor itu, maka ia menunjukkan bahawa doktor itu memang menakutkan.

Group untuk round surgery kali ini lebih best dan osem.
Group baru ini hanya ada 4 pelajar perempuan Arab dan 7 pelajar lelaki Arab.
Campur saya dan 3 lagi kawan melayu, semuanya berjumlah 15 orang.
Inilah group B1, group yang sangat sempoi dan serius dalam belajar.
Tak banyak main² dan lebih beradab.

Tak sama dengan group yang sebelum ni, mereka begitu ramah, suka cakap banyak dan bersembang, suka berebut nak jawab soalan doktor menyebabkan sukar untuk saya menyelit jawapan, suka berdebat dengan doktor, suka datang lambat, suka tonton cinema dan suka selfie. Penat jugak nak melayan mereka.
Duhai.. Mujur segalanya dah berakhir.

Tepat jam 9.30 pagi,
Doktor yang dinanti telahpun terpacak di tingkat 5 di King Abdullah of University Hospital itu.
Bukan group kami saja jadi kecut perut,
Pelajar dari group lain pun lintang-pukang lari bila nampak doktor ini mari.

Cepat² kami butangkan white coat dari atas sampai bawah.
Pelajar yang tak pakai white coat, segera lari dan pakai segera pakaian putih itu.

Saya belum kenal dengan doktor itu.
Tak pasti di mana kegarangannya.
Yang terlihat, wajahnya memang serius.
Dia tidaklah marah² atau meninggikan suara.
Cuma wajahnya agak tegas dan persoalan yang dilontarkan kepada kami agak psycho.

Macam biasa, saya belagak biasa. Acah² srikandi pemberani yang tak takot mati gituh.

Beliau bawak kami masuk sebuah wad.
Ada seorang pak cik umur 50 baru admit ke situ. Chief complaint beliau ialah shortness of breath.

Doctor Shadi randomly point pada seorang groupmate saya ( Hamzah ) untuk ambil full history patient tersebut.

Sebelum Hamzah mula, doktor dulu bagi amaran " I will ask every single things from this history taking. You should listen it very carefully and if you dont understand, please STOP him and ask him to repeat again. Tafagna? "

Semua terdiam. Entah nak tafsirkan kata² itu sebagai peringatan atau amaran.

Kami cuma mengangguk.
Saya dah bersedia dengan buku dan pen di tangan. Susah kalau tak menulis sebab banyak points yang perlu diingat dari history patient.

Habis saja Hamzah ambil full history, doktor point pada Faisal yang berdiri di sebelah saya. Dia kena ulang semula A to Z history yang Hamzah dah ambil. Mujur si Faisal ni menulis , tapi saya lihat, tangannya vibrate macam tengah letak atas mesin urut elektrik.

Tak lama selepas itu, saya pulak doktor point — ulang lagi sekali history tersebut. Weh. Bayangkanlah, Hamzah dan patient tu bercakap 100% dalam bahasa Arab. Bukan kerja mudah untuk saya faham semua sekali apa yang diorang bualkan.

" The patient was admitted today from ER. "

" From where??? " — Soalan doktor menghentikan suara saya. Gulp!

" Erk. ER doctor. "

" Are sure?? " — Matanya mencerlung ke arah saya. Saya buat² steady. Lex lah.

" Im sure doctor. I wrote the information here. " - Yakin je menjawab.

" Ask him again. "

Pelik. Namun spontan saya angguk dan memandang patient.

" Min ayyi thoriq enta dakhil la mustashfa ? Min toware' wa la 'iyadah? " ( Pak Cik masuk hospital dari mana? ER atau dari klinik ? )

" 'Iyadah. " ( Klinik ) — Ngee. Saya menghela nafas panjang. Gigit bibir. See? Kan tersalah faham. Main dengan bahasa yang bukan bahasa ibunda ni, memang beginilah yang selalu jadi. Salah faham. Dan tak faham.

Doktor pandang saya.
Saya pandang doktor.

Hehe. Sengih saja lah yang mampu.
Muka doktor masih serius.
Saya buat tak peduli.
Terus saja sambung baca history tadi.
Kus semangat..

Image result for professional photography

Serius, habis round hari ni, saya bersyukur sangat dapat Dr Shadi yang merupakan Pakar Bedah Thorax. Beliau ajar kami tentang history taking yang betul untuk surgery kali ini.

Kami diminta menjawab soalan yang susah.
Then, konfem la kan memang salah jawapan yang kami bagi.
Tapi, kemudian beliau keluarkan jawapan yang betul. Maka, dari situlah kami belajar dan pastinya pembelajaran macam ini lebih membumi di ingatan. Siapa yang boleh lupa salah sendiri , kan ?

Walaupun ramai yang takut dengan doktor ini, bagi saya doktor ini adalah doktor yang terbaik yang saya pernah jumpa.

Inilah doktor yang sangat pentingkan attitude seorang doktor;
Dia tak bagi sandar atas dinding masa tengah round.
Dia tak bagi masukkan tangan dalam poket dan belagak macam anak hartawan yang harta dunianya bertingkat mengalahkan Qarun.
Dia tak bagi kami menyorok belakang kawan - berdiri mesti pastikan dia boleh nampak setiap orang.
Dia suruh kami pakai white coat dengan kemas.
Dia tak bagi kami melepak dan duduk buang masa dekat ruang legar hospital.
Dia jugak tak bagi kami guna lif supaya kami tak bersesak dengan patient di hospital itu ( walaupun saya tetap degil dan menyelit jugak masuk lif . Kah! )

.

Beliau juga sangat tinggi common sense;
Beliau tak bagi kami sebut perkataan 'cancer' depan pesakit.
Beliau jugak tak benarkan kami suka-suki panggil patient dengan gelaran pak cik atau mak cik sampai kami sendiri bertanya apa gelaran yang sesuai untuk dipanggil pada setiap patient.
Beliau jugak menegah kami ambil history patient sambil lewa.

Begitulah.
Dan akhirnya saya tahu kenapa pelajar Arab banyak yang takut/tak suka dengan doktor ini — sebabnya beliau sangat cakna dengan perkara² yang tidak selalu diambil berat oleh pelajar Arab di sini.

Amalan tak pakai white coat, suka-suki berdebat dengan doktor atau lawan cakap doktor, datang hospital lewat, sembang dengan suara yang kuat, dan segala attitude yang tak patut ada pada seorang doktor agak sebati dah pada kebanyakkan budak Arab. Ia bagikan budaya dan adat yang sukar dibendung.

Itu sebablah bila doktor ini menegah mereka melakukannya, maka mereka rasa doktor ini cuba menentang arus dan menarik ruh dan jasad mereka keluar dari zon selesa.

Paling best adalah doktor ini akan tanya SETIAP orang soalan yang luar biasa tapenah dengar dan doktor bagi peluang dan dengar saja dengan sabar setiap jawapan kami walaupun entah betul entah salah . Dia tak kritik. Dan dia jugak tak puji.

Kalau jawapan betul dia akan komen.
Kalau jawapan salah dia akan tanya orang lain.

'Ala kulli hal, bagi saya, inilah doktor terbaik yang pernah saya jumpa;

Mengajar kami
benda yang betul
dan membetulkan
segala perbuatan kami
yang tidak betul.
Syukran, duktur..! :)

14032016 | Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p