Skip to main content

Tahajjud is S I M P L E !

Tahajjud is S I M P L E ! :)

Beberapa hari lepas, bertemu seorang wanita Arab Muslim 40-an, tidak bertudung di epot QAIA, Jordan. Beliau bercerita betapa dia bermujahadah untuk bangun subuh dan buat Qiam.

Paling best bila sebut tentang tahajjud, beliau beria-ria terang bahawa tahajjud ni kena buat selepas bangun dari tidur. Kalau tak tidur selepas isya', walaupun sekejap, tak dikira tahajjud.

Kagum
Tsaqofahnya agak baik.
Didoakan semoga Allah curahkan bergelen-gelen hikmah dan hidayah dalam dirinya. Mana tahu, selepas 5 tahun nanti, dia bakal bertudung pula? :)

Tahajjud. Is. Simple.

Hatta, mak cik Arab tu pun kelihatan suka benar nak bertahajjud.

Masih ramai yang tak tahu macamana nak buat solat yang simple tapi osem tahap 7 petala langit ni.

Meraikan request dari cikgu PLKN tersayang, Adwa Juani (^-^), saya coretkan seringkas mungkin tentang solat ini.

••Boleh buat apabila terbangun pada 2/3 malam. Atau selepas bangun dari tidur sesudah lepas waktu isya'. 10 minit sebelom Subuh pon sempat je lagi nak buat tahajjud.

••Sekurang-kurangnya 2 rakaat. Kalau lutut masih tak goyang, semangat masih membintang, boleh buat 8 rakaat atau 12 rakaat juga. Takde hal.

••Niatnya lagi mudah !
'Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah taala'

••Rakaat pertama baca surah Al-Kafirun. Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas. Sujud terakhir ada bacaan tertentu, ada dalam hinzib. Kalau tak tahu, doalah apa-2 pun.

••Doa selepas solat tahajjud? Lagi muuudah! Search je As-Syeikh el-Google dot com. Macam-2 ada. ^-^

Senang kan? ;)

Tahajjud ni solat sunat yang paling afdhol. Macam kalau anda yang tersesat di padang pasir selama 7 hari 7 malam tanpa ada bekalan dan kemudian turun dari langit nasi ayam madu dan roti salut nutella. Anda nak pilih nasi atau roti??

Dua-2 sodap kan?
Tapi... Tentu nasi la kan yang anda pilih walaupun anda pernah pasang impian mahu diet. Eh.

Tika tahajjud juga, doa dimakbul Allah, tenang dan rasa Allah saaangat dekat. Orang yang buat tahajjud akan dapat keistimewaan dari Allah. Hanya dia yang tahu dan rasa keistimewaan itu. Allah juga akan bantu dan merahmatinya.

Tahajjud juga membantu tika sesi menimbang amal dan 'berjalan-jalan' di atas titian sirat kelak .

Osem?
Ye. Sangat!

Jom tahajjud! ^-^

Image result for amazing photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...