Skip to main content

Pesan Banyak Kali Pada Diri

1 mesej mengetuk kotak inbox.

Ehem.

Elaun bulan 3 sudah masuk!

Image result for amazing photography

Senyum.

Syukur.

Betapa mudah sekali jadi pelajar tajaan.
Yuran tak perlu fikir nak bayar macamana.
Semua sudah diurus.
Duit belanja tak payah susah tanya mak ayah.
Setiap bulan dah masuk jumlah yang terlampau mencukupi untuk seorang pelajar yang tak berkomitmen keluarga seperti aku.

Entahlah.
Jika masih main², rasa bagai jadi hamba yang tidak kenal erti bersyukur.

Padahal, di luar sana,
Ramai yang terhimpit dengan masalah kewangan.
Setiap hari mencongak duit belanja , mengira duit di poket untuk menganggar belanja sara hidup.

Benar.
Allah uji semua orang dengan ujian yang berbeza.

Jika baik cara pandang,
Ujian nikmat diangkat kibar menjadi bendera kewaspadaan.
Ujian musibah pula dijadikan pendayung menuju ke pulau kekuatan.

Tapi,
Kalau buruk cara pandang,
Ujian nikmat lagi jauh menyesatkan.
Ujian musibah malah tambah meruntuhkan kepercayaan pada Tuhan.

Pesan banyak kali pada diri,
Allah pilih awak untuk tidak diuji dengan masalah wang. Boleh study dengan tenang tanpa perlu fikir kronik bagaimana mahu hidup di negara orang. Awak patut bersyukur.

Pesan banyak kali pada diri,
Allah pilih awak untuk lalui track hidup yang indah. Biarpun kadang-kala hidup awak pun ada turun naik, tapi tetap 'turun' awak tidak terlalu dalam dan 'naik' awak jauh lebih tinggi dari ketinggian dahulu kala. Awak patut bersyukur.

Pesan banyak kali pada diri,
Allah pilih awak untuk dikelilingi insan² yang sayang dan memahami awak terutama your parents. Mereka sentiasa ada di saat susah dan senang awak, sedia berkongsi rasa dan cerita, jadi penguat tatkala dibadai ombak stress dan tekanan berganda. Awak patut bersyukur.

Sungguh la.
Kalau lagi bertambah syukur,
Lagi Dia tambah nikmat dan rahmat,
Segala yang susah jadi mudah,
Hidup kian bertambah indah.

Usah dihitung susah yang Allah bagi,
Tapi hitunglah berjuta nikmat yang tidak terperi,
Dan di akhir hitunganmu nanti,
Aku yakin kau akan sedar,
Bahawa betapa Allah itu setia menumpahkan kasih dan sayang-Nya kepada insan kerdil seperti kau -
susah yang diberi malah mencerdikkan,
senang yang diberi tambah menenangkan.

Ketahuilah,
Dia ar-Rahman,
Tuhan yang baik dan sentiasa mengasihi mereka yang suka mensyukuri - apa adanya yang telah diberi.

26022017 | Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...