Skip to main content

Exam Memang Penat.

Image result for unique image

Kadang kepala pening macam baru keluar dari spinner mesin basuh.
Kadang serabut berakar-akar bila banyak benda yang tak faham.
Kadang hati sakit macam kena tetak kapak gangsa zaman logam bila soalan yang ditanya tiada jawapan.
Kadang rasa bahu senget 30° bila nota banyak lagi tak buat dan buku banyak lagi tak digest dan absorb. Er.

Tak apa.
Belajar memang tak senang.
Sebab itu kita panggil jihad. Kita tak panggil game. Kan?

Senyum

Setiap susah kita, itu semua pahala.
Ilmu yang kita dapat, semua itu Allah suka. Sebab Allah memang cinta pada orang yang menggunakan usia yang diberi untuk menuntut ilmu.

Ingat. Ha za Jihad!
Kena kuat semangat.
Banyak dah duit yang kita keluarkan.
Start dari darjah satu , nak beli kasut, kotak pensil, penyepit rambut segala bagai tu sampailah akhirnya hari ni kita berjaya belajaQ sampai unibersiti.
Jangan sia-siakan penat kita study dari tadika dulu.
Degree is not everything but ilmu is everything.

Tajdid niat sokmo.
Solat istikharah, solat hajat, solat rawatib dan quran jangan pernah tinggal naa.. Manzil pun baca lah. Paling koman sehari sekali.

Jaga kesihatan, makan & minum.
Kalau rasa penat, banyak ingat Allah.
Kena selalu bersyukur,
Kita penat dengan ilmu,
Ada orang kat luar sana penat sebab setiap hari kerjanya kutip tin-2 di jalanan.
Ada orang di satu lorong cuma mampu hulur tangan tagih simpati pejalan kaki.

Syukurlah.
Susah ini tak sia-2 kalau redha Allah yang kita nk capai dan syurga Allah yang kita nak jejak.

Stay strong
Awak boleh. ;)

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...