Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Apa Kehebatan Pelajar Arab?

Doctor terus bercakap . Dah sejam lebih kami berdiri di wad itu. Pinggang macam nak patah. Lambat lagi round nak habis. Lagi sejam kena berdiri .

Saya yang tadi menyorok di line belakang, maju ke line hadapan. Dekat dengan doktor. Betul² depan katil pt. Konon mahu lebih fokus.

Kata Dr Dawood last week , " You should stay in the first line " . Okay. Saya cuba .

Baby di hadapan saya itu kelihatan nyenyak tidurnya. Comel sangat. Sangat ! Baby Arab kan . Kulitnya cerah macam pepasir pantai disinari cahaya matahari, muka bulat macam donut, bulu mata dia pulak lebat macam berus make up pengantin.

SubhanaLlah. Takleh describe tahap kecomelan level berapa. Sangat comel lah. Yang pasti, lagi comel la dari anda yang sedang membaca post ini. 🙊

Kerana asyik melihat patient kecil ini tidur, telinga dah tak dengar doktor cakap apa. Terbabas perhatian.

Tangan buat² tulis nota, tapi mata masih tak lepas melihat wajah si kecil itu. Comeeeeeel. Geramnya. Bangunlah cepat!

Perlahan-lahan, tangan kanan menggoyang katil hospital bersaiz kecil itu. Agenda nakal.

Bangun... Bangun... Bangun...
Wake up, baby.
Jum la main.
Asyik tido je, tak bestlah.
Bangunlah . Kita lawan gusti.

Baby 6 bulan itu tetap terus dan masih nyenyak tidur tergolek atas katil.

Tetiba. . .

" Yaaaa Qasrus!! "

Ah sudah. Doktor tengok saya. Tepat.

Alamak.

Doktor nampak ke aku goyang katil baby ni?

Takkan laa..

Saya tengok doktor. Sedikit terkejut tetiba nama kena panggil.

" Why we should worried when neonates come with high indirect bilirubin. "

Gulp.
Pernah saja baca benda ni.

Tapi.. Mind block.

Yalla. Habeh la.

Tu la. Main² lagi. Tak fokus . Kalau tak tumpukan perhatian, memangla doktor aim untuk tanya soalan

Saya sengih pada doktor.

Hajat nak cakap je ke doktor , Ma be'rof . ( saya tak tahu doktor )

Tapi, belum sempat bercakap , Lara ( si genius ) dan Muna ( si bookworm ) lagi laju menjawab. Serentak.

Mereka menjawab, " because it can across the blood brain barrier!! "

Waa. Amazing.

Otak spontan macam ni cuma boleh dilihat pada budak -2 Arab.

Superb.

Doktor mengangguk. Saya sengih lagi. Tangan laju mencatat point ini. Tak boleh lupa dah! Dan takkan lupa!!

Baby tadi masih nyenyak tidur. Membiarkan saya ternanti-nanti kapan bakal buka matanya.

Geram dengan si kecil ini tak habis lagi tapi kenalah fokus pada doktor. Doktor hari ini tak malignant. Bersungguh dia mengajar . Ilmunya juga tinggi. Tahu detail setiap perkara tentang baby espeseli tentang neonate.

Kagum.

Tapi, nyata kekaguman saya lebih menyerlah kepada ahli group saya. Hampir 20 orang kesemuanya. 4 orang saja Melayu. Yang lain Arab.

Apa hebatnya mereka ?
Apa yang para penuntut ilmu di dunia ini harus contohi bangsa Arab ?

Mereka juhud. Mereka berani. Mereka tidak malu.

Related image

Mereka juhud dalam menuntut ilmu.
Walaupun tulisan rumi budak darjah 3 lebih lawa dari tulisan mereka, mereka sangatlah komited dalam menyalin nota . Kalau tak jelas atau tak tahu, mereka directly tanya doktor. On the spot.

Mereka tak macam budak Melayu, tunggu kelas dah habis, semua orang tak dak dan baru la nak approach doktor untuk tanya soalan .

Mereka berani. Mereka tak takut untuk memposisikan diri mereka di hadapan ketika menuntut ilmu. Lagi doktor kenal mereka, lagi doktor tahu nama mereka, lagi mereka suka. Mereka tak takut pun doktor tanya soalan pada mereka walaupun mereka tak tahu nak jawab apa. Mereka akan tetap perah otak dan bagi jawapan . Mereka dengan apa yang mereka jawab walaupun hakikatnya jawapan yang mereka beri membelok dari jalan yang lurus .

Mereka tak macam budak melayu. Walaupun tahu jawapan yang betul, masih ragu dan tergaru-garu. Berfikir nak jawab ke tak? Berfikir betul ke jawapan tu nanti? Berfikr kalau salah macamana? Berfikir mesti orang gelak dan pandang sinis kat aku kalau salah . Hm. Fikir tu tak salah. Tapi, banyak fikir macam ni, memang la masalah ! Aduhai.

Mereka tidak malu. Mereka tidak malu untuk menjadi orang yang juhud. Mereka tidak malu untuk menjadi orang yang berani. Untuk ilmu, memang mereka tak kisahpun nak bermusyarakah dengan doktor ketika sesi perbincangan.

Mereka tak macam budak melayu.
Kita masih malu pada tempat yang salah.
Anehnya kita tidak pula merasa bersalah apabila kita tidak malu di tempat yang salah .

Tak malu bila malas belajar.
Tak malu bila datang kelas lewat.
Tak malu bila ponteng kelas.
Tak malu bila orang belanja megi, mintak pulak ayam golek berempah kari .

Eh.

Inilah antara kekaguman saya dengan pelajar² di negara Arab. Pelajar Melayu tidak ramai yang ada confidence dan kesungguhan macam ini. (Tapi, budak Melayu juga acap kali disebut muhtarom oleh doktor-2 kerana kami di sini agak nerd dan lebih beradab dengan doktor.) Tetap tidak kalah , ukey! ^__^

Iktibar dari mereka berdarah arab ini saya kutip untuk dijadikan pedoman buat diri sendiri. Mengubah diri agar mencontohi apa yang baik pada orang di sekelilin.

Kerna saya pegang pada satu prinsip.

Tidak Allah hadirkan seorang makhluk pun dalam hidup kita melainkan untuk kita belajar sesuatu dari dia atau dia belajar sesuatu dari kita.

Selamat menjadi penuntut ilmu yang juhud, berani dan tidak malu !

Semoga terus dalam panduan hidayah dari Tuhan. :)

17012017
Irbid, Jordan.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p