Skip to main content

PELAJAR CEMERLANG PERUBATAN : SITI MALIHAH ABDULLAH SATU-SATUNYA PELAJAR MELAYU YANG MENDAPAT MEDICINE FIRST CLASS HONOUR JUST

Siti Malihah Abdullah. Ini pertama kali saya mendengar namanya setelah 4 tahun menjadi ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid Jordan (PERMAI). Terserempak dengan beliau pun tak pernah. Oh, mungkin pernah, tapi kurang perasan. Penghuni Melayu di bumi Irbid ini terlalu ramai. Setiap batch pulak ada lebih dari 100 orang ahli. Nak sumbat semuanya dalam sebuah kapal terbang Royal Jordan pun tak muat, apatah lagi nak berhimpun semua sekali dalam rumah persatuan PUSKOM. Kemungkinan boleh retak bangunan tersebut. Jadi, mana mungkinlah saya dapat mengenal dan ingat semua ahli PERMAI sedangkan cermin mata sendiri pun saya asyik lupa letak kat mana.

Beliau mula mendapat perhatian saya apabila keluar satu poster penghargaan di page Majlis Mahasiswa JUST (MMJ) kepada tiga orang pelajar akhowat perubatan dan pergigian yang baru sahaja bergraduasi pada tahun ini. 

Siti Malihah Abdullah, satu-satunya senior perubatan kami yang mendapat First Class Honour dari Jordan University Science And Technology (JUST) untuk tahun ini. Wah, bangga!

Siti Malihah Abdullah. Nama ini terus bermain di fikiran saya. Muaddal ( peratusan akademik ) yang diperolehnya sepanjang tempoh pengajian membuatkan saya melopong kekaguman. Hebatnya! 

Tangan segera search akaun Facebooknya. 
Add.

Tak sampai beberapa minit, request saya diapprove. 
Alhamdulillah! Lajunya.

Inilah peluang saya!

Saya mengetuk messengernya. Tok! Tok! Tok! Assalamu'alaikum.. ade orang tak..? Ehehh.

Maka, bermulalah percikan keterpesonaan saya pada beliau! Sangatlah humble dan melayan saja soalan saya yang banyak dan panjang berjela itu.

Nak tahu apa perkongisan beliau sebagai seorang Pelajar Perubatan Melayu Paling MUMTAZ 2017 ini? 

Sini saya kongsikan segala tips daripada Saudari Malihah Abdullah. 

Q : Akak, next year saya dah naik ke tahun 5. Lepas tu tahun 6 , 7 , 8... Eh! Sampai tahun 6 saja. Boleh ke nak dengar nasihat dan tips belajar dari akak? 😙

A : Untuk 5th year (merujuk pada course Medicine di JUST) , baca saja SLIDES doktor dan buat PAST YEAR QUESTIONS. Kalau doktor buat discussions atau ajar apa-apa dalam klinik, terus CATAT LAJU-LAJU. Dia jadi macam nota kita lah. Tak cantik tak apa, asal awak faham.

Selain tu, akak (merujuk kepada diri beliau. Ini bermakna saya sangatlah muda dan comel serta masih sesuai untuk dipanggil adik. He he he) jenis kalau tiba-tiba rasa nak study, maka TAK AKAN HESITATE (serabutkan otak) nak fikir macam-macam ; tempat tak sesuai la, nak study apa dulu la. Akak akan terus saja capai apa saja nota atau slides atau apa-apa bahan bacaan yang ada BERSAMA AKAK dan TERUS BACA.

Bahan study akak bergantung pada subjects. Paling utama, LECTURE NOTES dan NOTA SENDIRI DALAM KELAS dan MASA ROUND (NOTA SENDIRI) . Akak tak baca buku melainkan bila akak tak faham sesuatu topik atau nota akak memang tak lengkap atau bilamana ada information yang clash antara doctors. Cuma kalau source study cuma dari slides, maka akak akan study SLIDES dan NOTA SENDIRI. 

Untuk nota sendiri, akak takkan habiskan banyak masa buat nota cantik-cantik. Apa yang akak tulis masa kelas atau round di hospital, itu sajalah yang akak akan BACA, ULANG dan SIMPAN sampai sekarang. Bila ada tambahan, akak stapler saja kertas tambahan tu di belajang nota akak. Kalau jenis doktor yang tak bagi menulis ketika dia mengajar, akak akan TERUS CATAT NOTA apa yang ingat selepas habis kelas hari tu. Kalau tak ingat, CALL KAWAN.

Akak selalu LETAK TARGET YANG SPESIFIK untuk habiskan berapa lecture note atau slide dalam masa SEHARI. Yang ini kena DISIPLIN. 

Kalau nak rehat antara masa study, akak TAK AKAN BIAR MASA REHAT YANG TERLALU LAMA sebab kita akan jadi susah bila nak mula study semula. Kita akan rasa malas. 

Akak jenis kalau nak bercuti, CUTI PUAS-PUAS. Bila dah mula hari kelas dan waktu untuk belajar, akak akan FOKUS dan STUDY BETUL-BETUL. Kalau cuti balik Malaysia atau cuti panjang di Jordan, akak memang tak buka buku langsung. Tapi, bila dah start kelas, akak akan STUDY WHOLE DAY SETIAP HARI kecuali PADA HARI KHAMIS CUMA HALF DAY. 

Jangan lupa SOLAT ISTIKHARAH dan TAHAJJUD selalu. Sebab berdasarkan pengalaman akak, kadang-kadang kita tahu whole things pasal sesuatu topik tapi ketika OSCE, MINI OSCE, atau bila nak jawab soalan doktor, akak selalu tak sure nak bagi jawapan yang paling tepat terutamanya soalan ' What is the best next step to do when patients bla bla bla.. Jadi, sangat membantu bila kita DOA BETUL-BETUL dan SPESIFIK.

MAK AYAH akak selalu SUPPORTIVE . Selalunya diorang akan SOLAT HAJAT 
dan BERDOA SEPANJANG TEMPOH akak exam (kalau tak ada apa-apa urusan yang menghalanglah.. ) Tapi, selalunya diorang akan KOSONGKAN WAKTU BILA ANAK-ANAK EXAM.

Teruskan SEMANGAT. JANGAN RASA MUSTAHIL nak capai certain markah yang kita nak. Bila rasa down, rasa nak give up, sentiasa ingatkan diri sendiri, " Tak apa. ALLAH TOLONG.. "

Q : Akak lebih prefer study setelah kelas atau ada prepare jugak sebelum kelas? 

A : Akak jarang prepare sebelum kelas. Selalunya akak study selepas kelas sebab senang nak tambah nota pada slide yang doktor dah explain dalam kelas. Akak prefer macam tu supaya tak buang masa fahamkan diri pada benda yang kurang penting. Berdasarkan pengalaman akak, akak pernah study before kelas tapi apa yang akak faham clash dengan apa yang doktor explain dalam kelas. Akhirnya, selepas kelas, akak kena study semula benda yang sama dan betulkan fahaman akak. (It takes time a lot)

Tapi, bila dah naik 6th year, sangat penting untuk prepare sebelum datang hospital sebab doktor dah expect kita tahu semua benda. 

Q : Akak pernah rasa down tak bila tengah study? Macam tiba-tiba tak ada mood nak study pada hari yang akak patut study. Jadi, apa yang akak akan buat pada hari itu untuk make sure akak habiskan jugak target study?

A : Rasa down atau malas nak study tu biasa. Macam akak, akak suka makan dan tengok drama atau kartun yang kelakar. Jadi, akak akan motivate dengan, " Study satu je dulu, lepas tu boleh makan itu, boleh tengok ini.." 

Akak selalu kalau tengah macam.. " Adoi, malasnya malasnya.. ", akak akan pujuk diri sendiri, " BACALAH DULU " atau akak baca sambil baring santai-santai atas katil. Bila dah habis baca, automatik akak akan rasa macam.. " Ala.. Okay je. Ada je mood nak study tu. Menarik je baca benda nih.. "

Kalau rasa nak give up selalunya biasa waktu sebelum exam. Jadi, hati memang tak tenang. So, apa lagi? BACALAH AL-QURAN 😊

Q : Markah akak sangat cantik setiap tahun. Akak ada buat target dari awal ke sasaran markah yang akak mahukan?

A : Akak dulu tak tahu pun possible dapat dean list. Akak jenis yang memang tak ambil tahu pun macamana nak kira markah dari awal untuk target certain markah akhir. Cuma bila exam, akak akan letakkan target contohnya nak dapatkan 43 marks untuk exam sekian sekian. Kalau untuk exam yang Akak confident sikit, akak akan TARGET DARI AWAL NAK DAPAT FULL MARKS untuk exam tersebut. Even untuk markah evaluation pun akak target nak dapat 10/10. Yang ini selalunya masa 6th year la sebab kita baru confident nak menjawab soalan-soalan doktor.

Q : Macamana dengan orang yang tak berani letak target yang tinggi sebab takut kecewa bila tak dapat seperti yang diharapkan?

A : TARGET KENA SEIRING DENGAN USAHA. Jadi, lagi tinggi sasaran kita, lagi double triple kita berusaha. Akak sendiri pun banyak saja kecewa sebab tak dapat capai target, tapi motivate diri sendiri.. ' Tak apa. Lepas ni mesti Allah bagi punya. ' Kalau yang seterusnya masih tak dapat, motivate lagi diri dengan motivasi yang sama. Yang penting, JANGAN BERHENTI DARI LETAK TARGET YANG TINGGI. Percaya saja, kalau tak sekarang, tak tahun ini, tapi mungkin dengan letakkan awak dalam habit yang macam ini sangat beneficial untuk final year nanti.

Q : Dari segi penguasaan bahasa Arab , macamana akak improve?

A : Akak pun tak terlalu fluent tapi kalau nak latih diri bercakap, biasanya akak akan AMBIL HISTORY SEORANG DIRI. Dari situ kita akan slow dan steady ikut pace kita sendiri. Kalau ada apa-apa words yang tak faham, TULISKAN dan TANYA orang. Kemudian, pastikan awak HAFAL balik perkataan-perkataan tu. Akak tengok kawan-kawan akak yang pandai cakap Arab ini semuanya jenis yang ramah dan suka berborak dengan sesiapa sahaja yang mereka jumpa di hospital ini. Akak pulak jenis yang MENDENGAR. Akak suka dengar orang Arab cakap sesama mereka dan akak akan cuba TANGKAP apa yang mereka bualkan dan cuba SEBUT macam diorang. Paling penting, JANGAN MALU.

Q : Macamana pembahagian masa akak untuk study dan berehat ketika hari kelas dan hari cuti? 

A : Akak jenis yang akan BUAT SATU-SATU. Kalau hari sekolah, akak balik dari hospital dan rehat-rehat kejap lepas itu baru study. Setiap hari, akak target habiskan 2 LECTURE NOTES dan NOTA SENDIRI YANG BERKAITAN. Tak kisah tebal atau nipis, yang penting kena habiskan 2. Tapi tengok jugalah soifi atau syita'. 

Masa antara dua study materials tu, akak akan rehat TAK LEBIH DARI 30 MINIT untuk elakkan momentum study hilang. Hari khamis saja akak tak study langsung dan hari itu akak akan keluar dengan housemate atau tengok movie dan buatlah apa yang suka. 

Kalau hari cuti akak memang akan study dari pagi sampai malam. In between, rehatlah juga untuk baca Al-Quran atau tengok Tiub Anda ( baca :YouTube. ) Tapi limit tak lebih setengah jam. 

Bila dah habis semua target hari tu, barulah akak akan fokus buat benda lain ; masak, berborak dll. Akak memang jenis fokus pada sesuatu perkara. Study memang akak utamakan sebab nak result cantik masa grad nanti. 

Kalau nak keluar pergi program, targetlah contohnya program pukul 2 petang. Awak target untuk habiskan 2 nota yang sepatutnya awak study hari tu sebelum awak keluar.

Q : Akak rasa phone tu ancaman tak? Whatsapp atau Facebook?

A : Whatsapp dan Facebook akak tak menarik. He he he. Phone akak memang silent memanjang. Notifications pun silent.

Q : Akak minat nak sambung apa-apa specialist ke?

A : Akak ingat nak further jadi oncologist. ( Jum sesama kita doakan Kak Malihah 😇😃 )

Q : Last but not least, akak ada apa-apa quote yang selalu jadi booster untuk akak?

A : Akak selalu ingat yang Allah yang letakkan akak di jalan ini. Moga, inilah jalan jihad akak sebab akak tak pandai nak buat benda lain. Akak jihad untuk bantu orang, kumpul pahala dan senangkan hari mak abah. 

والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا

___________________

Done! Thanks a lot Kak Malihah 🙃

Kesimpulannya, nak berjaya kena kerja keras, kena susah-payah, kena belajar. Kalau awak belajar awak menang, kalau awak tak belajar awak gagal. 

Never ever lose hope with Allah's mercy. Don't give up in Allah. He is there to ask upon, to help, to guide us. May Allah Allah keeps us firm in His Deen. May Allah make our good deeds heavy on the scale and may we all attain Jannah.

14072017 | Irbid, Jordan


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da