Skip to main content

Bila Rasa Bersalah, Maka Berubah. HijrahLah!

Kadang-kadang kita lihat ada kesalahan yang kita terus-terusan buat.
Kita tahu ia salah.
Kita mahu berubah.
Mahu berhenti dari melakukannya.
Mahu segera cuci tangan dari dosa dan noda.

Namun, faktor dunia selalu menjadi penghalang dari niat kita mahu berubah.
Kadang-kadang, faktor ini mendominasi dan menguasai, sampai kita lupa atau menjadi lupa ingatan pada konsep yang seharusnya kita pegang,

" Do something because of Allah.
Do anything for the sake of Allah.

Not for duniya.
Not for human.
Not for popularity.
Not for money.

Only for Allah. "

Kita bimbang kalau kita berubah,
Kita hilang manusia di sekeliling kita.

Kita bimbang kalau kita berubah,
Kita seolah-olah sedang menongkah arus adat manusia yang so-called moden dan terkehadapan

Kita bimbang kalau kita berubah,
Kita bakal lenyap dari seronok-suka yang kita miliki sekarang.

Padahal,
Kita muslim.
Semua kebaikan kita harus kejar dan buat.
Semua kejahatan kita harus tinggal dan henti.

Kerana Allah suka pada orang yang bertaqwa ; melakukan kebaikan kerana-Nya, meninggalkan kejahatan kerana-Nya.

Orang yang bertaqwa, tempatnya di syurga.

Syurga - tanah kebahagiaan untuk orang yang menang ; Menang melawan nafsu dan berjaya lari dari ketewasan dek tersungkur di kaki dunia.

Andai kita tak faham perihal ini,
Kita akan terus terus terus istiqomah buat kebiasaan yang tidak benar.
Kita akan takut mahu melakukan perubahan.
Kita akan letih diamuk konflik mahu berubah tapi bimbang akan susah dan hilang apa yang dimiliki.
Lebih membimbangkan, kita akan jadi biasa dengan benda yang salah sehingga tiba-tiba pemikiran kita bertukar arah ; menganggap benda yang salah itu benar kerana ia sudah biasa dan sebati dalam kehidupan. Na'uzubiLlah!

Tapi, bagi hati yang ada iman,
Dia terlalu sensitif dengan dosa.
Pabila disentak rasa tak selesa dek perbuatan yang salah, dia akan cuba cari cara untuk bertaubat dan berhenti dari terbuat benda yang sama kerana dia tidak mahu jatuh ke lubang yang sama untuk kali yang kedua.

Bila mana dia kalah untuk berubah, dia malah tidak putus asa.
Senjata doanya dihunus selalu.
Siang dan malam.
Pagi dan petang.
Baik ketika ribut taufan atau ketika pelangi sudah bercahaya di kanvas langit.

Kerana apa?
Kerana dia punya iman,
Kerana dia faham agama,
Kerana dia tahu,
Misinya adalah untuk memburu syurga, dan bukannya mahu selamanya bertapa di dunia.

Akhirnya, Allah bukakan cara dan tunjukkan jalan.
Allah hantar manusia sebagai wasilah petunjuk dari-Nya kepada kita.
Allah bentangkan masa yang cocok hingga kita tidak lagi ragu mahu berubah.

Kerana...

Allah SAYANG pada hamba-Nya yang sudah berbuat salah, tapi dalam hatinya sentiasa ada RASA dan USAHA mahu berubah.

=)

Kisah semalam masih segar dalam ingatan.
Praktikal kesalahan dan Teguran On The Spot dari Tuhan.

Mungkin ini turning point untuk diri kembali pada diri yang lama ; lebih tertutup untuk menjaga. ( Walaupun diakui sangat, nak move on dari satu karekter kepada karekter yang lain itu adalah sesuatu yang sukar malah menyakitkan. Penuh kebimbangan, penuh keraguan. )

Allah maha mendengar setiap doa kita. Hmdulillah, doa selama ini sudah direspon Dia.

Teruskan berdoa dan lakukan solat malam. Jangan pernah berhenti.

Semoga Allah limpahkan keberkatan dan rahmatnya dengan memberi hidayah, taufiq dan hikmah kepada kita.

Kerana kita manusia yang lemah,
Sedang Allah sangat kuat dan hebat.

Qásrús Syúhadá
22042017 | Irbid, Jordan

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...