Skip to main content

Saya Ketawa, Awak Menangis. Lawak la Awak Ni!

Pesawat QR 852 yang akan bertolak dari Doha ke Kuala Lumpur itu saya naik setelah 7 jam bertapa di Hamad International Airport. Dup dap dup dap, harap perempuan la kat sebelah.

Saya duduk di seat column sebelah kanan pesawat. Seat sebelah kanan saya masih kosong. Saya memandang ke kiri, di column tengah. Di situ, saya nampak awak. Comel sangat awak. Saya suka sebab dapat duduk dekat dengan budak secomel awak. Sebelah kiri awak ada ayah awak dan sebelah kanan awak ada seorang lelaki asing.

Datang satu couple Arab. Mereka pemilik 2 seat di sebelah kanan saya . Si isteri mahu duduk di sebelah tingkap, ini bermakna si suami yang akan duduk di tengah, yakni di seat bersebelahan dengan saya. Oh, alamak! Dia pun nampak serba-salah. Mujur. Mujur, lelaki asing yang duduk di sebelah awak tu rupanya anak lelaki kepada couple tadi. Segera saya minta tukar tempat dengan beliau. Berjaya! Akhirnya, saya pindah seat di column tengah, atau lebih tepat lagi, di sebelah awak! *Senyum* 

Saya malu nak tengok awak sebab takut awak la segan dengan saya. Tapi, sebab awak comel sangat, saya jeling jeling jugak sambil senyum tengok keletah manja awak. 

Untungnya awak, ayah awak sangatlah baik. Baik yang sangat sangat tu! Dia layan saja awak. Dia panggil awak 'baby' , saya rasa sesuai saja dengan awak sebab awak pun macam baru umur 4 tahun. Saya fikir mungkin awak adalah anaknya yang paling bongsu sebab saya lihat ada lagi 2 orang gadis yang tubuh mereka lebih besar sedikit dari awak. Mereka duduk di row sebelah awak bersama ibu awak. Rambut mereka sama dengan awak, lurus, berwarna perang separas leher.

Bila pesawat dah berlepas, ayah awak pegang kedua-dua kaki awak. Sejuk. Dia cepat-cepat ambilkan selimut dan menyelimuti tubuh kecil awak. Banyak kali saya tengok ayah awak peluk awak, dan kiss dahi awak dengan penuh kasih sayang. Untungnya awak ada ayah macam tu padahal ramai anak Syria yang sebaya dengan awak tak dapat bersama ayah mereka kerna ada diantaranya sedang di tahan dalam penjara.

Awak keluarkan buku mewarna dan pensil warna dari fail awak yang bewarna-warni. Tekun sekali awak mewarna. Walaupun saya tak tahu makhluk apekah yang awak sedang warnakan, tapi not bad lah sebab awak mewarna dengan sungguh laju sampai comot comot. He he he.

Bila pramugari bagi tisu basah untuk bersihkan tangan, ayah awak kalut bukakan bungkusan tisu tu dan dia bersihkan tangan comel awak sedang awak asyik ralit menonton kartun di skrin. 

Datang pula pramugari bawa makanan, awak makan dengan girang sedangkan kami para penumpang dewasa cuma boleh melihat sebab hidangan kanak-kanak diutamakan. Sedapnya aroma bau makanan awak. Awak makan bersahaja sambil tengok skrin kartun. Sekali-sekala ayah awak akan suapkan dan bantu awak minum. Lepas awak makan, ayah awak yang kemaskan dan rapikan tray table awak. Saya kagum dengan ayah awak sebab dia mengemas macam perempuan ! 

Lampu dipadamkan. Ayah awak dah tidur tapi awak sedang tengok kartun Nemo. Saya pulak masih belum ada selera nak tidur. Tiba-tiba saya dengar esakan seseorang. Saya alihkan pandangan melihat awak sedang sisa ketawa saya masih kedengaran sebab tengah tengok kartun A Bug's Life yang kelakar. Awak gosok gosok mata awak. Mata awak dah bergenang air mata tapi fokus awak masih pada skrin. Saya tengok babak di skrin awak. Lul, Nemo kena tangkap dengan jerung ke.. Saya sengih. Comel la awak ni. Menjiwai betul cerita tu, sampai nangis nangis sebab kesian pada Nemo.

Masa berlalu. Saya tertidur sebab nak tunggu waktu Asar untuk solat Jama' Ta'khir. Lepas bangun dan solat, saya menonton pulak kartun Ratatouille. Gelak gelak saya masa menonton kartun ni telah menarik perhatian awak. Awak cakap sesuatu pada ayah awak dalam bahasa yang saya pun tak paham. Bukan bahasa Arab. Bukan jugak bahasa Inggeris. Saya rasa awak ni datang dari negara yang saya pun tak tahu kat mana. Masa kakak awak duduk kejap tempat awak waktu awak pergi toilet, saya nampak dia baca satu buku cerita yang ada label perpustakaan. Mungkin dia pinjam dari perpustakaan sekolah. Tulisan dalam tu adalah tulisan latin tapi saya seriyes tak paham apa-apa. 

Tak lama lepas saya bukak kartun Ratatouille, tetiba kat skrin awak pun ada kartun yang sama! Ha ha ha. Awak rupanya usha kartun yang saya tengok. Lepas tu, awak suruh ayah awak cari kartun tu sebab awak pun nak tengok sama. Comel la awak! 

Awak perasan saya tengok kartun tak pakai headphone. Awak capai headphone dan bagi ayah awak, minta dia bagi pada saya. Ayah awak cuit saya dan bagi headphone tu. Saya sengih dan ambil headphone yang dia hulurkan, tapi saya tak pakai pun. Saya tengok kartun sebab nak baca subtitle bahasa Arab tu saja. Tapi, keprihatinan awak bila nampak saya tak pakai headphone sangatlah mencuit hati saya. Comel comel.

15 minit awak tengok kartun tikus tu, awak dah terlelap. Kepala awak melentok ke arah saya. Ayah awak usap kepala awak, kiss pipi awak dan tarik kemas selimut awak sebab takut awak sejuk. Bila pesawat dah bergegar menjejak bumi Malaysia, ayah awak nak kejut awak , nak cakap yang awak dah sampai negara saya, Malaysia. Tapi, awak bad mood sebab mengantuk sangat kut. Awak malas nak bukak mata. Tak sempatlah saya nak berkenalan dengan awak sebelum kita berpisah.

Tapi saya tetap doakan awak. Awak masih kecil. Saya harap bila awak semakin membesar, awak akan ditunjukkan pada jalan fitrah. Saya tak lupa doakan ayah awak yang ada tatu di betis kanannya. Dia sungguh baik melayan ketiga-tiga anak perempuannya. Kebaikan dia menyantuni kalian adik-beradik menyebabkan ingatan saya kembali pada nabi kita Rasulullah. Kalau ayah awak tu pun begitu lemah-lembut dengan anak-anak, bagaimana pula qudwah kita Nabi yang mulia itu? 

Image result for unique image

Saya doakan supaya ayah awak, mak awak atau semua ahli keluarga awak diberi taufiq dan hidayah - mudah-mudahan kembali kepada agama fitrah mentauhidkan Allah yang Esa. In sha' Allah 🙂

03082017 | KLIA, Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p