Skip to main content

Crush Pada Sikap, Bukan Orangnya...

Saya suka melihat orang. 
Setiap orang ada karekter yang berbeza dan dari setiap orang saya selalu belajar banyak benda. 

Sebab itu, saya suka berjalan sendiri, memerhati dan menatap corak perilaku manusiawi di duniya sementara ini.

.

Perjalanan dari Amman , Jordan menuju ke Kedah, Malaysia kali ini ternyata memberi kepuasan kepada diri. 
12 jam tempoh penerbangan tanpa sebarang transit sesungguhnya lebih saya senangi berbanding penerbangan sebelum ini yang mana saya perlu transit di negara tertentu lantas menyebabkan tempoh permusafiran menjadi lebih panjang.

Hmdulillah, cuma 4 jam saya gunakan untuk tidur dan baki masa yang lain saya tahan diri dari melihat movie seperti kebiasaan sebelum ini. 
Kali ini, saya mahu berubah! Mujahadah! Tambah kali ini permusafiran dalam bulan Ramadan. 
Terasa begitu rugi berjam-jam dalam flight hanya terbazir dengan melayan keseronokan sementara menonton movie di screen yang disediakan dalam kapal terbang.

Buku-buku ilmiah, Al-Quran dan nota belajar sudah saya packed dalam beg galas. 
Inilah bahan-bahan yang saya azam mahu belek-baca-hadam sementara melalui perjalanan langit itu.

Mata tertancap kepada sosok tubuh sederhana yang tinggi lampai berbaju kemeja lengan panjang warna biru lembut. Seluarnya lebar dan besar macam seluar Aladdin. Kopiah terus setia di atas kepala. 

Saya perhati lagi.

Raut wajahnya bersih ; air muka orang solat. 
Begitu indah dan bercahaya. 
Wajahnya clear dari sebarang misai. 
Hanya tersimpan janggut panjang melepasi paras dagu.
Terfikir saya, jika orang berwajah begini juga sudah menarik magnet kekaguman di hati manusia yang melihat, bagaimana pula raut wajah Nabi kita?
Jika wajah sebegini sudah dikira kacak dan menawan, bagaimana pula wajah si Yusuf as anak Nabi Yaakob itu?

SubhanaLlah. MasyaAllah. Allah juga sebaik-baik pencipta malah tiada ciptaan manusia yang dapat menandingi ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Pemuda Arab ini terus memancing perhatian saya. 
Seat beliau ditengah kapal terbang. 
Tiada orang di dua seat sebelahnya.
Dia keseorangan.

Apa yang menarik tentang dia?

Sepanjang saya memerhatikan gerak lakunya, banyak benda mengetuk insaf diri ini. 
Saya belajar dari akhlaknya dan mengingatkan diri sendiri agar mencontohi.

Wajahnya tidak lekang dengan senyuman.
Asal ada manusia yang berkomunikasi dengannya, terus automatik wajahnya manis terhias senyum. 
Tak masam mencuka. 
Orang yang melihat juga jadi senang hati.

Selimut kapal terbang diberi pada setiap penumpang.
Perjalanan yang jauh menjadi lebih selesa.
Penumpang tidak kesejukan.
Selalu saya perhati, selimut-selimut ini pasti akan ditinggal bersepah oleh penumpang apabila mereka mahu meninggalkan pesawat.
Tapi, lain akan halnya dengan si pemuda Arab tadi.
Selimut yang telah digunakan itu dia lipat.
Begitu teratur dan kemas! 
Susah nak jumpa lelaki sebegini rupa.
Apatah lagi lelaki Arab yang selalu kelihatan kasar dan kurang teratur.
Saya begitu kagum dengan sikap yang dia tunjukkan. 
Sedang saya juga pernah menjadi insan yang tergolong dalam kalangan meninggalkan selimut flight tidak berlipat kemas sepertinya!

Dia saya perhatikan lagi.

Apabila steward membuat pengumuman dalam pesawat, automatik skrin di hadapan kerusi penumpang akan switch on.
Pemuda Arab ini hanya duduk sendiri di row tengah itu.
Dua seat di sebelah kanannya kosong.
Setiap kali skrin di seat kosong menyala selepas steward membuat pengumuman, dia dengan rajinnya menutup semula skrin itu.
Saya bertambah ternganga.
Kalau orang lain, mana nak peduli pun!
Berlainan dengan dia, dia sangat cakna.
Bagaikan tidak mahu ada pembaziran berlaku di situ!
Saya pula termangu-mangu melihatnya.
Tak semena-mena , tangan ini juga tetiba naik menutup skrin di seat sebelah kiri saya yang tidak berpenghuni. 
Terpengaruh tanpa sedar!

Setelah kami transit di Bangkok, Thailand, hari sudah lewat petang.
Sebelum flight depart dari Bangkok, pemuda itu mengubah seat beliau di sisi kanan pesawat. 
Seat sebelah tingkap menjadi pilihannya.
Masih tidak jauh dari seat saya. 
Gerak lakunya malah bertambah jelas pada pandangan.

Sementara menunggu masuk waktu Maghrib untuk kami iftor, saya lihat dia asyik menatap skrin handphone jenama Sony miliknya. Sesekali dia melontar pandangan pada kanvas biru di luar tingkap. 
Saya hairan. 
Apa yang dia lihat di telefonnya?
Facebook? Insta? Tweeter? Whatsapp?
Mana ada WiFi dalam flight ini!
Mulutnya juga terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu.
I can not brain what he was doing at that time!
Dan akhirnya setelah sekian lama memerhati gelagatnya yang sekejap melihat phone, sekejap melihat langit di luar tingkap sambil mulut bergerak-gerak itu, barulah otak ini dapat mentafsir aktivitinya. Dia sedang mengulang Al-Quran!

Tuhan, insaf saya . Insaf berkali-kali.
Masa kosongnya tak diguna untuk melihat hidangan movie di skrin yang boleh kami akses percuma. 
Dia jugak tidak membazir masa untuk tidur sahaja sepanjang perjalanan panjang itu.
Al-Quran. Itulah perkara yang dia lakukan untuk mengisi masa lapang.
Tak ada mashaf tak halang dirinya untuk berapat-rapatan dengan Al-Quran!

Saya mati kutu. 
Malu pulak dengan diri sendiri.

Saya ambil mashaf Al-Quran yang saya letak di poket hadapan kerusi.
Tak boleh. Saya tak boleh berpeluk tubuh tak buat apa-apa.
Cemburu saya pada orang yang kuat semangat seperti pemuda ini yang tetap berdamping dengan Al-Quran padahal orang lain masih leka melayan urusan dunia.

Malam semakin gelap dan saat steward mengumumkan waktu maghrib telah masuk, kami diberi makanan khas untuk orang berpuasa sekitar 20 minit sebelum pesawat mendarat di bumi Malaysia dan kelibat pemuda itu hilang terus dari pandangan ini...

.

Ada banyak sikap yang tersembunyi di sebalik setiap individu yang kita temui setiap hari. 
Seberapa ingin tahu pun kita terhadap diri mereka, tidak semua yang bisa diungkapkan oleh kata-kata. 
Setiap hari, manusia bertemu pengalaman baru. 
Perjalanan yang dilalui harus membawa kita kepada mengenal diri. 
Setiap kembara yang ditempuhi kadangkala menghadiahkan pengajaran yang cuma difahami oleh sang pengembara. 

Hmdulillah, terima kasih Allah 😊

Cerita 21062017 | KL, Malaysia

Image result for interesting pictures


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p