Skip to main content

Hikmah ; Bukan Boleh Dijual Beli

" Alah.. Susahnya nak bukak bekas ni. " Merungut. Muncung panjang sedepa.

" Ye ke.. Biar saya tolong . "

Dia mengambil bekas itu. " BismiLlah " Terdengar dari lisannya nama Tuhan Rabbul 'Izzati . Tup! Sekali dia pulas saja , dah terbuka .

Takjub. Apakah kerana kalam yang dia sebutkan tadi , atau kerana ketenangan yang terpamer dari dirinya atau kerana tangannya sangat sado - maka penutup bekasitu dengan mudah saja bercerai dan badannya ?

***

Menapak laju ke dapur. Lagi 15 minit nak azan Subuh. Dia dulu dah mengimarahkan dapur dengan persiapan untuk sahur.

" Eh, awak nak puasa jugak hari ni? "

Selalunya , kalau soalan ini dilontar pada siapa siapa , maka pasti jawapannya , " Aah, nak puasa hari ni . "

Tapi, lain dengan dia. Jawapannya pendek saja . " InsyaAllah " sambil senyuman terhias di wajah. Manis lagi menyejukkan mata yang memandang langsung kepadanya .

***

Magnet .

Kadang-2 , ada orang yang biasa saja .
Pakaiannya tidak melampau-lampau berjenama dan mahal mengalahkan kos pembinaan Tembok Besar China.
Pelajarannya biasa-biasa tak sampai tahap boleh dilabel manusia paling berintelek dalam dunia.
Keluarganya hanya sederhana , bukan dari golongan alim ulama' ustaz ustazah sheikh sheikhah pengajar di majlis-majlis ilmu sana.

Tapi , orang yang biasa tapi bertabiaat luar biasa itu sangatlah mengundang kekaguman di hati manusia sekeliling .

Akhlak.
Sikap.
Kelakuan.
Senyuman.
Kata-kata.

Apa yang terlahir dari sosok tubuhnya, terus langsung memberi pengajaran dan tarbiah serta qudwah kepada orang lain .

Hebat!

Orang beginilah yang memiliki hikmah .

Ya. Semua orang boleh dapat result yang hebat , deanlist, president list , sebuah PhD atau boleh juga meraih 10 PhD sekalipun . Tapi , tak semua orang boleh dapat hikmah.

Hikmah itu hadiah . Tapi percayalah bahawa kita boleh berusaha mendapatkannya . Bukankah Allah dah berjanji, siapa yang berusaha pasti Dia akan beri? Sekurang-kurangnya , kita mencuba .

Hikmah paling besar adalah apabila kamu mengenali diri kamu sendiri - Aristotle.

30012017
Irbid, Jordan

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...