Skip to main content

DRIVING SCHOOL : Pimpin Tangan Tuju Kesempurnaan

" Kamu pegi naik kereta dengan kakak tu. "

Saya tercengang. 

What?!

Budak berkopiah itu mendekat. 

Please Please Please. No way!
Pergi la duduk dalam bonet. Jangan duduk sebelah aku, please! Nanti aku gelabah, tak buleh nak drive. . .

Oh,
Malangnya dia tak dengar .

Pap! Pintu ditutup.
Dia dah ada kat sebelah.

Tepuk dahi.

Habislah kau Qas. Kalau cikgu ada kat sebelah pun kau ketaq buku lali, inikan pulak budak lelaki yang tak tahu dari mana hala datangnya tetiba akan menjadi pengawas yang memerhatikan kau memandu. Argh!

Tapi sebab arahan cikgu, maka dia menurut.
Saya pun redha. Nak panjat bumbung kereta dan jerit 'Saya taknak dia ada dalam kereta!' pun tak guna. Orang gelak berdekah lagi ada. Anggap sajalah dia halimunan, Qas..

Saya macam nak tinggal pesan pada pemuda ini.

Baik awak mengucap banyak-banyak. Saya ni baru hari first pegang stereng setelah beberapa hari cuti. Ditambah dengan pagi tadi rasa sakit tekak dan kepala pulak rasa berat dan sakit macam kena palu . Lintang-pukang sikit keyakinan nak drive hari ini. Macam nak demam.

Tadi pun masa bawak kereta di jalan raya, bagi signal ke kiri tapi stereng nak belok ke kanan. Itu belum tambah dengan kes enjin mati tengah simpang, kena gelak dengan pemandu lain , lupa gear , lupa tengah bawak kereta ingat tengah kayuh basikal di tepi jalan , lupa guna wiper bila hujan , lupa lupa lupa. Hah, semua pun jadi! Kelam-kabut dan haru-biru aku dibuatnya.

Berani lagi ke Encik nak jadi penumpang saya?

" Umur berapa ni? Baru lepas SPM ya? " - Aku bertanya. Sekadar nak hilangkan awkward sambil tangan adjust cermin pandang belakang. Tak berani pandang ke sisi.

" 19, belajaq kat Tahfiz dekat-dekat sini. "

" Baru nak belajar kereta ke, dik ? "

" Saya dah banyak kali latihan. Lama dah start belajar. Ni nak sambung semula sebab tak lama lagi nak test JPJ. "

Alamak! Ini komfem lagi terer dari saya ni sebab dah lama belajar. Sedang saya baru seminggu sentuh stereng! Lagilah bertambah gabra. Tak jadi nak berlagak power.

Bukit di depan saya daki. Sampai di line kuning, saya berhentikan kereta.
Tiba-tiba...

Alamak!

Tali pinggang lupa pakai. Baru sedaq!
Tergesa-gesa seatbelt itu ditarik. Mata melilau, jangan la ada cikgu yang perasan aku baru nak pakai tali pinggang masa atas bukit. Salah besar ni!

" Kak, ni kalau tengah test JPJ, habislah akak kena dengan diorang. "

Shut up! Huwaaa. 😟😭
Ini lah sebab kenapa saya tak nak ada manusia yang wujud sebelah saya masa sedang memandu. Tak syoknya! Tambah lagi budak ni macam dah lejen bawak kereta.

Kalau selalu, bila buat salah, saya gelak sendiri dan kemudian betulkan cepat-cepat sebab takut orang perasan salah yang saya buat. Tapi hari ini, kalau terbuat salah, merahlah muka menahan malu dan sesal dengan si penumpang. Siap kena tegur lagi. Duh!

Takpe Qas. Ni baru adik umur 19 tahun. Kalau nanti masa test JPJ diorang bagi kau pak cik misai lentik macam Sarjan Hashim, haa lagi la seram.

Cool dulu. Cool.

Perjalanan saya menaiki bukit pada hari ini kurang memberansangkan.
Budak sebelah ni asyik gelak-gelak dengar saya baca bismiLlah, istighfar, mengucap berselang-seli dengan brek mengejut. Mujur saya tak start baca surah Al-Baqarah saja lagi. Haih.. Tapi, dalam gelak-gelak dia, banyak jugaklah yang dia guide saya untuk steps atas bukit ni. Saya bertambah berani dan yakin. Function jugak kau, dik!

Laluan litar yang lain saya lalui dengan lancar. Alhamdulillah, tak ada masalah.
Setelah dua kali saya naik bukit, saya bagi chance kepada adik berkopiah ni untuk test bawak kereta pulak. Kali ini, saya sebagai penumpang.

Hohoho. Siaplah kau,dik!
Tadi sakan kan kau gelak kat akak.

Dia memandu naik bukit dengan penuh bergaya. Fuh, tercabar saya dibuatnya.
Tapi, bila sampai di laluan litar yang lain, saya baru boleh baca kelemahan dia.
Signal lupa bagi, laluan S dia masih takut-takut nak bawak, parking 3 penjuru masih belum lurus, parking kereta masih lupa steps.

Naa, ini kalilah!
Aku pula mengambil peranan cikgu untuk mengajar dia.

" Dik, signal. "
" Dik, kat sini kita kena hon dan angkat tangan. "
" Dik, bila masuk parking 3 penjuru, meter make sure sama dengan tiang depan. "
" Dik, pusing stereng kanan habis. "

Terbaik dak saya? Nampak tak gaya dan bakat saya untuk jadi cikgu memandu yang berkaliber taraf 3 bintang setengah..?

Hmdulillah, sebab dia budak tahfiz kan, maka cepat saja dia belajar apa yang saya ajarkan. Habis dua round, saya bergilir-gilir lagi bawak kereta pusing litar. Percubaan seterusnya, prestasi kami bertambah baik. Saya bertambah okay ketika melalui bukit. Dia pulak bertambah confident ketika parking dan laluan-2 lain.

See?

Kalau kita dah mahir, tak perlulah kita masuk sekolah lagi. Tapi, sebab nama pun 'belajar', maka kalau buat salah itu biasalah. Semua orang pun pembelajar, maka tak ada orang yang tak pernah tak buat salah ketika belajar.

Dalam proses pembelajaran, mengaku salah itu penting supaya orang lain boleh tahu salah kita dan bantu kita betulkan. Kalau kita bodoh sombong, selamanya kita istiqomah dengan salah yang sama. Tak ada pembaikan! Sedangkan, tujuan kita belajar adalah untuk jadi lebih baik, lebih pandai dan kurangkan kesalahan diri kita.

Kadang-kadang, kita akan rasa kita ni teruk gila!

Aku parking senget la.
Naik bukit pun semput lagi aku ni.
Ish, selalu lambat bagi signal.
Aduhai, bilalah nak pandai buat anggaran dengan baik?!

Dan bila kita pandang kiri kanan, kita akan rasa orang lain lagi baik dari kita.

Hebatnya dia belok kereta. Lancar dan lurus.
Smoothnya dia naik bukit.
Bagusnya dia pandai parking masuk kotak dengan baik.

Padahal, sebenarnya, orang lain pulak tengok kita dengan pandangan yang berbeza.
Sebenarnya, prestasi kita bukanlah teruk sangat macam yang kita bayangkan. Kita yang overthinking. Kita selalu rendahkan potensi diri sendiri sampai we lost our confidence in ourselves. Inilah masalah!

Sebab itu dalam hidup ini, kita perlukan manusia lain sebagai kawan.
Bila kita salah, dia betulkan.
Bila kita betul, dia raikan.
Bila dia salah, kita tegur dan kita belajar dari salah dia.
Bila dia betul, kita puji supaya dia lebih semangat, berani dan bergaya macam kita. Eh.

Manusia itu tak akan pernah sempurna. Kau perlu meraih tangan orang lain dalam perjalanan menuju ke arah pembaikan. Betul, berdikari itu perlu. Tapi, bantuan dari orang lain juga kau tak boleh lupa sebab kadang-kadang diri manusia ini pun ada limit kuasa untuk buat semua benda dengan perfect.

Related image

Kalau kau ini jenis yang tak nak orang tegur silap diri,
Kalau salah sendiri pun kau tak mahu perbaiki,
Kalau dengan manusia lain pun kau tak ingin ambil peduli,
Kalau kau dah seronok sangat buat dunia ini sesuka hati,
Tak apa.. Its up to you.
Cuma, baguslah kalau kau slow slow berhijrah ke hutan.
Tinggal sana dengan monyet dan orang utan.
Bahagia. Buatlah apa kau nak buat. Tak ada istilah betul salah. Takdak peraturan.

Cuma kalau kau dah mati nanti,
Semoga kau redhalah bila jenazah kau mereput takdak kuburan.
Sebab setahu aku, monyet dan orang utan tak pandai pegang cangkul gali kubur dan pacak batu nisan.

Eh.
Ke kau pernah dengar ada haiwan buat part time jadi penggali kubur?

28082017 | Kedah, Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p