Skip to main content

Wanita, Peluklah Erat Rasa Malu Anda!

Bila scroll down facebook dan tiba-tiba kawan fesbuk kita share video perempuan tengah bersenam dengan macam-macam aksi dan gaya sedang bajunya lebih ketat dari kain balut mayat, terkejut menyambar diri ini. Aku sendiri malu nak melihat . Kalau lelaki yang tonton , macamana ?

Bila scroll down facebook dan tetiba kawan fesbuk hapdate status promosi dan testimoni barang dagangannya berkaitan kesihatan dan masalah wanita ; keputihan , perapat , pembesaran tubuh , pengecilan tubuh - kemudian dia buat ayat promosi cerita detail pasal masalah ini - sumpah aku malu nak membaca . Rasa nak menyorok dalam perigi buta. Kalau lelaki yang baca , macamana?

Entahlah. Bagi aku , dulu susah betul nak tengok orang berani share benda yang trang tang tang menaikkan nafsu syahwat. Dulu , susah betul nak jumpa orang berani cakap / tulis / share benda-benda sulit berkaitan wanita ini di tempat umum ( melainkan kalau di ceramah tertentu , program ilmiah berkaitan wanita atau kolum dalam majalah wanita ) .

Tapi kini, benda-benda ni bersepah dibuat oleh orang kita . Bukan lelaki tetapi perempuan sendiri!

Apekah wanita hari ini sudah semakin hilang rasa malunya?

Malu sangat berharga di sisi Allah kerana mahal harganya dan susah untuk merealisasikan sifat malu dalam diri sendiri terutamanya wanita Islam.

“Nabi SAW tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada di sebalik tirainya.” (HR Ahmad – sahih)

Nabi yang lelaki itu juga punya sifat malu mengalahkan wanita seperti kita. Lantas, alasan apa lagi mahu kau beri tatkala kamu lepaskan rasa malu untuk berbuat sesuatu yang memalukan atas dasar kepentingan diri kamu?

“Iman itu ada 70 cabang lebih, atau 60 cabang lebih. Yang paling utama adalah perkataan laa ilaaha illallah, dan yang paling rendah menyingkirkan gangguan dari jalan, dan rasa malu itu cabang dari iman.” (HR Bukhari dan Muslim)

Malu = Sebahagian daripada iman!

Image result for amazing photography

Beraktiviti biar berpada-pada. Matlamat tak pernah langsung menghalalkan cara.

Ok. Dah dah. Aku tak nak menulis panjang. Cuma sebab dah tak tahan melihat aktiviti ini kelihatannya makin berleluasa, maka terasa harus membangkitkan juga sepatah dua. Tulisan ini khusus untuk dibaca sahabat-2 wanita sebab itu aku tetapkan privacynya 'Friends' . Friendlist facebook saya semua dari kalangan muslimat insyaAllah .

Moga ada mata yang membaca dan ditiup Allah akan taufiq, hidayah dan inayah dariNya.

Rasulullah SAW juga bersabda, " Sesungguhnya di antara perkataan nubuwah pertama yang diketahui manusia adalah: Jika engkau tidak malu, maka berbuatlah sesukamu. " (HR. Bukhari)

23 Mei 2017

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana...