Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Aku Fikir Bunga Kobis, Rupanya Kanser!

" Apa yang kamu nampak pada patient ni? " - tanya doktor.

Apa yang aku nampak?

Saya di belakang cuba rendahkan diri , nak lihat patient dari celahan yang tidak menghijab pandangan ini.

Hari ni saya ikut doktor pakar bedah masuk wad paling hujung, wing sebelah kiri tingkat 9 hospital. Saya belum pernah naik ke level 9 ini.

Macam biasa, sebab saya memang tak cukup ketinggian kalau nak dibandingkan dengan lelaki arab yang tinggi macam pokok kelapa tepi Pantai Merdeka, terpaksalah saya main loncat-loncat kat belakang mereka.

Kadang-kadang, tubuh kecil saya akan menyelit masuk di celahan kesasaan tubuh groupmate lain untuk berdiri sebelah doktor. Baru view jelas sikit. Tapi kalau takde peluang tu, menjengkit sajalah yang mampu..

Mata ini singgah pada kaki patient yang sudah terselak seluarnya sehingga ke paras lutut.

Kakinya bengkak. Kaki kiri saja. Unilateral edema.

Terendam kaki itu dalam besen yang terisi air warna hitam.

Eh?

" Dia tengah rendam kaki dalam air kopi ke? " - saya tanya kawan sebelah dalam bahasa Melayu. Sebab guna bahasa Melayu, jadi saya tak kisah pun cakap kuat. Sebab kawan-kawan Arab tak paham pun. Semua kawan melayu menoleh.

" Ish, awak ni. Apa pulak air kopi? " - kawan geleng kepala.

Saya tersengih. Gurau je la. Mana tahu rendam kaki dalam air kopi boleh redakan kebengkakkan kaki. Eheh.

Air hitam tu sebenarnya iodine.

Doktor suruh patient angkat kakinya dari air hitam tu.

Ya Allah..! I saw something weird kat tapak kaki dia.
Besaq..! Besaq sangat.

Sebesar tayar spare untuk basikal beroda tiga yang budak-budak tadika selalu guna tu..!

" Kamu nampak macam apa ? " - tanya doktor.

Kawan saya cakap nampak macam otak.

Saya perhatikan tapak kaki itu lagi. Bukan macam otaklah. Tapi, macam bunga kobis . Warna hijau kuning.

Hijau Kuning?
Hidup Kedah..!

Ok baik. Fokus . Fokus .
Kita masih meneliti apekah objek di bawah tapak kaki pesakit itu.

Itulah mass atau tumor atau kanser.
Doktor cakap, ini melanoma. Kanser kulit. Selalunya jadi kat tempat yang terdedah macam kepala dan leher. Tapi, kali ini kami dapat lihat melanoma kat tapak kaki.

Doktor suruh pesakit buka selak seluarnya di bahagian atas.

Saya tertanya-tanya apa yang doktor nak tunjuk tu?

Ya Allah..!

Ada bengkak berhampiram bahagian inguinal ligament beliau. Siap ada macam ketumbuhan baru di atas kulit yang dah sedia bengkak itu. Tuhan...

" Kamu tahu apa ni? Kamu tahu kaitannya dengan kaki pesakit yang bengkak? "

Saya geleng. Tak tahu. Dan juga, masih terkejut.

" Ketumbuhan dia dah merebak ke inguinal lymph node . Jugak dah metastasis ke paraaortic lymph node dan lung lymph node. Ketumbuhan kat inguinal lymph node menyebabkan fluid accumulation lalu kakinya membengkak. "

Tuhan... T-T

Saya tahu apa maknanya ini ..

" Ini kanser stage 4 " - doktor menyambung, tepat dan oersis seperti apa yang bermain di fikiran saya.

Kenapa boleh jadi macam ni?
Kenapa patient tak buang dari awal?
Kenapa dah merebak baru datang hospital ni ??
Dia tak perasan ke ada ketumbuhan kat kaki dia ???
Kenapa dah stage IV baru datang KAUH ?

Kalau ketumbuhan kat dalam badan lain la..!
Sebab keadaan beliau sekarang ni bukan jadi tiba-tiba.
Ia makan masa yang lama sebelum ketumbuhan tu nak membesar dan merebak.

Aku hairan.

" Pesakit ni ada luka di tapak kaki dan dari hari ke hari semakin besar dan ada ketumbuhan. Dia jumpa doktor di tempat lain, selepas buat ultrasound, diorang diagnose luka tu adalah infective grandular . Sekadar macam ulcer je. Dah dua kali dibuang tapi malangnya, doktor tu tak pernah buat biopsy untuk kenalpasti apakah jenis ketumbuhan itu.

Ketumbuhan itu recurrent dan jadi lagi dan kian membesar sampai la dua bulan lepas, dia baru datang ke KAUH dan doktor dah diagnose dia ada melanoma stage 4.

Nak potong kaki pun, kanser dah merebak.
Hanya boleh bagi chemo dan buang dulu ketumbuhan di tapak kaki tu. " - doktor menjawab persoalan yang mengetuk kuat akal fikir ini.

Bukan salah dia.
Dia dah jumpa doktor awal lagi.
Salah doktor sebab tak diagnose betul-betul.

T-T

Qas, kau belajar rajin-rajin tau..!

Saya melihat wajah pak cik tu. Dia macam dah redha dengan keadaan dia.. Kasihan saya melihat isteri yang berdiri di sisi katilnya.

" Whenever you see mass, always do the biopsy..! " - doktor kami menegaskan.

Pertama kali saya lihat ketumbuhan / kanser di depan mata. Kata doktor, ini kes yang rare dan susah nak jumpa.

Ketumbuhan luar badan. Selalu dengar ketumbuhan yang ada dalam badan atau organ. Kalau nak tengok ketumbuhan dekat organ , kena masuk bilik OT dan doktor kena buka dulu badan pesakit , baru boleh akses directly pada tumor.

Ini tidak. Trang tang tang semua orang boleh nampak .
Tiada tersembunyi .

Kalau tumor dalam badan, dah ada symptom baru kita akan jumpa doktor ( sebab selalunya tumor is asymptomatic )
Tapi, kalau tumor luar badan, kita dah awal-awal boleh nampak abnormality yang terpampang secara zahir dan akan directly jumpa doktor.

Saya terfikir, kalau tumor yang boleh dilihat dan kita sedar kewujudannya pun, andai dibiar akan membarah. Bagaimana pula dengan tumor dalam badan yang kita tak tahu kewujudannya dan cuma boleh dikesan melalui symptom dan investigation lanjut? Kalau lambat dikesan, pasti kesudahannya juga teruk. Bad prognosis.

This is how we see our lives.

Dalam dunia ni, ada orang yang terang-terangan tampilkan diri dia bermasalah. Secara zahir , boleh terlihat perilaku orang yang bermasalah .

Kalau dia malas, kita akan nampak dia tak buat kerja dengan baik, sambil lewa atau berat tulang.

Kalau dia pemarah, kita akan nampak dia berkasar dengan orang sekeliling atau bercakap dengan nada suara yang tinggi sentiasa.

Wah! Kita boleh nampak jelas. Maka, kita boleh nasihati dia dari awal, bantu dia berubah, rawat masalah sikapnya yang terserlah.

Tapi, ada juga orang yang masalahnya tidak ternampak pada zahir tapi membusuk dalam hati.

Penyakit hati.

Yang kadang-kadang boleh terlihat secara zahir, dan kadang-kadang boleh menyorok jauh di sukma hati tanpa ada manusia yang tahu. Cuma dia dan Tuhan saja yang menjadi saksi.

Riak.
Ujub.
Sombong.
Takabbur.
Dan banyak lagi..

Tak perlu saya senaraikan semua penyakit kotor ini.
Kalian lebih genius malah lebih tahu detail tentangnya.

Itulah penyakit-penyakit yang asymptomatic.
Jika tidak dirawat dari awal, tidak didiagnose dari mula,
Ia akan membarah dan merosakkan segala amalan-amalan soleh.

Yang soleh menjadi toleh.
Yang baik menjadi buruk.
Yang mulia menjadi hina.

Masih ditunggu lagi tidak diubat?

Maka sakit akan sampai ke stage 4 .
Tidak lagi mudah diubat.
Tatkala maut sudah bermain cak cak depan mata,
Tiada lagi masa bersisa, semuanya jadi tidak berguna.

Awasilah diri sendiri.

Sihat fizikal dijaga,
Sihat rohani diteliti.

Qásrús Syúhadá
18042017 | Irbid, Jordan

Image result for hopephotography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p