Skip to main content

Tak Perlu Mencari-Cari. Pahala is Everywhere!

Setiap manusia yang hidup harus tahu tujuan hidupnya.

Tengok betul-betul.

SETIAP MANUSIA.

Bukan muslim sahaja.

Tapi kalau anda muslim, lagi lah patut tahu tujuan hidup di planet bumi ini. ( Apatah lagi kalau anda ini seorang kaki masjid, kaki usrah, kaki sadaqah, kaki solat dan kaki bangku. Eh )

Kita harus tahu tujuan hidup kita.
Bahkan bukan manusia sahaja, malah jin juga ada tujuan hidup macam kita.

Sebab itu dalam Al-Quran surah ke-51 ayat 56.
Saya pasti anda semua adalah orang yang sangat dekat dengan Al-Quran dan tahu betul ayat ini. :)

" Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. "

Lihat baik-baik.
"...MELAINKAN SUPAYA MEREKA BERIBADAH KEPADAKU.."

Allah mahu kita menjadikan segala aktiviti kehidupan kita sebagai ibadah kepada Allah . Cuma Allah .

Jin ada cara ibadahnya.
Dan manusia juga ada cara ibadahnya.

Sebab itu supaya tujuan hidup kita tidak lari dari konteks yang Allah mahukan yakni beribadah kepada-Nya, maka setiap aktiviti kehidupan kita ada doanya.

Doa itu yang menjadi penghubung aktiviti kita menjadi ibadah yang memberi manfaat kepada kita di akhirat nanti dan bukan sekadar aktiviti yang cuma bermanfaat pada kita di dunia.

Kita nak makan, ada doanya.
Kita nak masuk tandas, ada doanya.
Nak masuk masjid, ada doanya.
Nak pakai baju, ada doanya.
Nak tengok kecantikan dan ketembaman pipi kat cermin, ada doanya.

Bahkan, kalau kita tak ingat doa yang khusus untuk aktiviti-aktiviti ini, Nabi ajarkan kita cukup dengan membaca BismiLlahirohmanirrahim ( atau paling singkat boleh juga BismiLlah saja ) agar perbuatan itu tetap jadi ibadah.

Kata Nabi, " Setiap perbuatan baik yang tidak disertakan dengan BismiLlah, maka ia akan terputus. "

See?
Kalau kita orang muslim minum air,
Orang kafir pun minum air.

Kita makan,
Mereka pun makan.

Kita online fesbuk,
Mereka pun online fesbuk.

Kita belajaq,
Mereka pun belajaq.

Jadi, apa beza kita dengan mereka?

Doa. Doa yang membezakan kita dengan orang yang bukan muslim.

Saya bagi contoh simple maple apple kat anda.
Ada dua gelas air milik Almond dan Affandi.

Affandi minum air dengan baca BismiLlah.
Almond minum air tanpa baca BismiLlah.

Kedua-dua mereka akan hilang dahaga.
Tapi, perbuatan minum air siapakah yang akan dibawa ke akhirat nanti sebagai amal?

Saya pasti anda dah tahu jawapannya, bukan?
Sebab anda kan semua bijak-2 dan IQ setinggi Albert Einstein!

Ihiks.

Tapi takpe la.
Saya bagi jugak jawapannya.

Pastilah Affandi kan...

:)

Nak contoh lain?

Ukey.

Kita kumpul duit nak beli iPhone-6.
Bila dah dapat iphone, kita gunakannya siang dan malam.

Tapi, fikirkan, kalau kita meninggal nanti, boleh ke kita angkut sekali iPhone-6 ni masuk kubur ?

Kita belum pernah dengar walau sekali ada orang yang berwasiat, " Nanti kalau ana meninggal, mohon entum selitkan handphone ana ni dalam kain kafan lapisan pertama. Kalau entum rindu ana nanti, boleh la misscall atau hantar whatsapp.. "

Ek.

Jadi, kalau handphone tak boleh dibawa ke kubur apatah lagi ke akhirat,
Apa caranya kita yang asyik berkepit dengan handphone 25 jam sehari ni nak jadikan handphone ini jugak penyumbang kepada pahala kita di alam seterusnya nanti??

Yang membantu kita itu adalah,
Lafaz bismiLlah yang kita sebutkan pabila nak angkat call.

Yang membantu kita itu adalah,
Lafaz bismiLlah yang kita tuturkan pabila nak hapdate status promote barang niaga .

Yang membantu kita itu adalah,
Lafaz bismiLlah yang kita lisankan pabila nak like status Qasrus. Eheh.

That's it, gang!

Itulah tujuannya kita diajarkan doa.
Dah belajar, kena pula amalkan.

Sebab apa?
Doa inilah converter atau penukar aktiviti kita di dunia menjadi ibadah.

Did you get it?

Are you sure?

Yeah, im sure that you all dah faham sangat benda-benda mudah seperti ini.
Tinggal saja mahu beramal dan buat.
Tinggal saja mahu sedar dan faham.

Related image

Semoga semua aktiviti kita dari bangun di pagi hari hingga tidur semula di malam hari menjadi ibadah yang Allah kira dan hitung.

Penting ke ??
Penting..

Untuk memberatkan timbangan mizan.
Untuk menjadi boarding pass nak masuk syurga Tuhan.

Semua nak main kejar-kejar dalam syurga, kan?
Jika ada cita-cita, berusahalah dari sekarang :)

Kerana syurga tujuan kita.

Qásrús Syúhadá
22042017 | Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...