Skip to main content

13 Masjid Sekitar Irbid

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.

Saya tinggal di Jordan . Jordan dengan Makkah lebih kurang 24 jam perjalanan.

Daerah tempat saya tinggal mempunyai populasi pelajar Melayu paling ramai . Itulah dia tempat kami yang dipanggil Irbid atau nama lamanya Arabella.

Dalam banyak-banyak masjid yang wujud di Irbid, saya paling suka Masjid Nuh Quddoh. Hanya 10 minit berjalan kaki dari rumah. Masjid ni terletak dalam pekarangan Universiti Yarmouk. Memang ia jadi tumpuan komuniti Melayu di sini.

Dari saya di tahun satu sehingga tahun empat, masjid ini tak pernah gagal mengkhatamkan 30 juz Al-Quran sepanjang Ramadan. Imamnya orang yang sama saban tahun - Sheikh Ma'moon ; the best ever imam yang saya kenali di sini. Suaranya sentiasa terus melekat di telinga biarpun bila Ramadan bakal berlalu nanti.


Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Nuh Quddoh ( Masjid Jamiah)

Terkenal dengan Syeikh Ma'moon.

Lokasi : Syari Jamiah
Ada iftar 
Bacaan Solat Tarawih : 1 Juz 
Ada Qunut 
Kedinginan 2/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid As'ad

Masjid yang mempunyai hiasan dalaman yang sangat cantik dan kemas.

Masjid ni area belakang Hijazi A, setelah lintas jalan besar. Akan jumpa satu taman perumahan. Ada kedai Halawiyat Jit Buattak di sini. Akan nampak menara masjid, dah boleh tahu jalan.

Lokasi : Hayyu Atibba'
Tempoh perjalanan : 15 minit

Ada Kuiz / Hadiah 
Ada Qunut
Kedinginan : 3/5
Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Nurah Aidah

Masjid ni di belakang Safeway, ada Qiyam dari pukul 1-2 pagi . Nak gi sini kalau dari Hijazi, lintas kawasan Jamiah lebih cepat. Pandai-pandai la kamcing dengan pak guard.

Lokasi : Syari' Mekah Mukaramah 
Tempoh perjalanan : 15 minit

Tazkirah ( paling lantang ) 
Kedinginan : 4/5
Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Abdullah Tal

Imam sini tukar-tukar. Pelajar bukan arab juga terpilih menjadi imam. Pernah pergi sekali tu, student thai mengimamkan solat. Suara dia masyaAllah. Ro"i!

Lokasi : Syari Abdullah Tal, di Syimali
Tempoh perjalanan : 10 min

Ada Tazkirah 
Ada Qunut / Ikut imam 
Kedinginan : 3/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Faiha

Setiap rehat ada kuiz. Musyarakah anak-anak arab memang terbaik. Masjid yang mempunyai hiasan dalaman yang sangat cantik. Lampu yang menceriakan suasana. 

Lokasi : Sebelah stesyen bas Syeikh Kholil
Tempoh perjalanan : 15-20 minit

Ada Kuiz dan hadiah / Tazkirah 
Imam mesra jemaah, hehe 
Kedinginan : 4/5 
Karpet tebal.. hehe

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Junaid


Masjid ni dalam kawasan perumahan arab, dari roundabout Irbid Mall naik bukit. Belah kiri. Akan nampak menara masjid


Lokasi : Hayyu Qasilah, bukit selepas Irbid Mall
Tempoh perjalanan : 20 miniit


Ada Selawat antara 4 rakaat 
Ada Qunut 
Karpet masjid ni paling tebal, Hehe 
Kedinginan : 3/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Aliyah tal


Masjid ni tepi jalan raya, dari simsimah, straight ja menghala nm lama. Ada simpang 3 jalan raya tu. Kekiri, dan bersedialah naik bukit. Nanti nampklah masjid belah kiri jalan. ( lalu kot manar tib pun boleh )

Lokasi : Duwar Naseem
Tempoh perjalanan : 15-20 minit

Ada Tazkirah 
Kedinginan : 4/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Imam Hasan Al-Banna ( Masjid Ihab)

Masjid ni terletak di tepi jalan menghala ke balad. Masjid ni ditingkat 2 ( bangunan berkembaq dengan Madrasah Islamiah Asasiyah)

Lokasi : Syari' Aidun , tepi jalan menghala ke balad 
Tempoh perjalanan : 20-25 minit

Ada Tazkirah 
Ada Kuiz 
Kedinginan : 3/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Milhim Tal

Ni masjid faveret ana setelah Faiha. Suara imam yg begitu syahdu, diimamkan oleh Syeikh Suhaib ex yarmouk ( degree 1998 / master) sekarang calon PhD di Turkey ( tengah buat risalah) . Anak mantan Mufti Irbid. 

Mula-mula tengok dlm maps, ingatkan masjid Ibn Nafis, silap. Masjid ni mudah ja nak cari. Belakang Carefour. Hiasan masjid yang sangat cantik dan suasananya ceria

Lokasi : Syari' Karfur, belakang Carefour
Tempoh perjalanan : 25 minit

Ada selawat / wirid
Ada Qunut 
Kedinginan : 3/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Abrar

Dari syari jamiah sampai simpang 4 zamzam, ambil kiri dan straight hingga simpang yg ke-3, ambil kanan. Jumpa masjid

Lokasi : Syari' Palestin 
Tempoh perjalanan : 15-20 minit 

Ada Tazkirah 
Kedinginan : 4/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Al-Huda

Dari Bawab janubi ( Jamiah Yarmouk ) akan nampak simpang 4 . Ambik kanan. Dan akan nampak masjid di sebelah kiri jalan. Bertentangan Bab Iqtisod Jadid

Lokasi : Syari' Mohammad Samrin Khasir ( bertentangan Bab Iqtisod Jadid )

Tempoh perjalanan : 20-25 minit

Ada Tazkirah 
Kedinginan : 4/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Irbid Kabir ( Masjid Balad)

Masjid besar yang terletak di tengah-tengah pasar Irbid. Masjid ni aircond dia paling sedap.

Lokasi : Di tengah-tengah pekan (Balad Irbid)
Tempoh perjalanan : 30-35 minit

Qunut paling lama dan syahdu
Suara imam paling lantang 
Masjid paling sejuk
Kedinginan : 5/5

Foto Suhaib Ar Ribdawiy.
Masjid Khalid Walid

Masjid ni satu usturad dengan Masjid Aliyah Tal. Cumanya masjid ni lebih jauh, berada di simpang kanan dari duwar terakhir atas bukit ni.

Serious talk, Masjid ni paling melelahkan nak sampai..huhu, sebab memang atas bukit. Atas lagi dari Masjid Aliyah Tal. Tapi dari atas ni akan nmpak pemandangan yang sangat cantik. Nampak bandar irbid yang terang di malam hari

Lokasi : Doiha' Husin
Tempoh perjalanan : 30-35 minit

Ada Qunut 
Kedinginan 3/5

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p