Skip to main content

18 Tahun Menunggu Anak Pertama . So Sad!

Dr Muhammad Bani Hani ( gastrointestinal specialist ) antara doktor yang suka datang awal. Sebab saya begitu-sangat-mahu-terlalu-terlampau nak masuk klinik doktor, maka saya bersungguh-sungguh usaha datang awal jugak. Sebab nak beat doktor gituh. Ahah!

Bila masuk klinik, tak nampak lagi bayang-bayang doktor.

Yeay! Aku lagi awal. *Senyum sampai cuping telinga*

Saya melepak dulu dalam klinik. Sementara nak tunggu doktor datang, saya memerhati para pesakit yang begitu awal menjengah klinik surgery tika itu.

Pandangan tertancap pada seorang lelaki yang saya kira sudah jauh melewati usia 40-an. Rambutnya sudah beruban. Dia memangku seorang baby girl bermata bulat macam tombol pintu .

Tahu kan, muka baby Arab macamana? Kalau tak tahu, boleh pi google dulu. Memang kebanyakkannya jenis muka cute macam anak patung .

Mula-mula saya ingat itu cucunya.

Tiba-tiba dia menegur saya dulu.
" Sobahal kheir. Aya, cakap selamat pagi pada doktor. "

Dia bercakap dengan anak kecil yang berada di pangkuannya itu bagaikan si kecil itu sudah bisa mengerti lagi faham.

Saya tersenyum . Terlalu happy dia bermain dengan anaknya . Aku pun happy sekali .

Saya baru nak tanya, " Ini anak awak yang paling kecil ke ? "

Belum sempat bertanya, beliau dulu menjawab.

" Setelah 18 tahun, ini anak saya yang pertama. "

😢

SubhanaLlah! Tuhan... patutlah dia layan sungguh² puteri kecil itu bagaikan tak mahu lepas. Tentu dia baru nak terasa nikmat memiliki seorang cahaya mata. Malah, pasti dia lebih gembira dari pasangan yang berkahwin setahun dan terus isteri mereka dikhabarkan hamil.

Dia kata lagi, " ini dari Allah. Sebagaimana yang disebutkan-Nya dalam Al-Quran. "

Allah.. Kagum!

.

Berhati-hati bila Allah beri apa yang kita mahu.
Boleh jadi nikmat yang diberi itu ujian .

Berlapang dada bila Allah tak beri apa yang kita mahu.
Boleh jadi kemahuan yang kita belum peroleh itu merupakan satu kelebihan .

.

Akhlak yang baik dari seorang hamba kepada Tuhannya itu adalah apabila dia tidak sakit hati tika Tuhannya belum memberi apa yang dia mahu.

Dan, pak cik. Saya sangat kagum dengan pak cik sebab pak cik boleh bersabar selama 18 tahun . Sabar sebagaimana sabarnya penantian Nabi Zakaria yang sudah lanjut usia bersama isterinya yang mandul.

Namun, kerana Allah itu Tuhan yang berkuasa. Apa sahaja kehendak-Nya pasti menjadi. Apa sahaja kemahuan-Nya tentu tiada yang mampu menghalang.

Dan berkat kesabaran dan kesungguhan meminta pada Tuhan, maka lahirlah dari rahim isteri baginda seorang Nabi yang Allah sendiri bagi nama padanya - iaitu YAHYA .

Qásrús Syúhadá
03052017 | KAUH, Jordan


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...