Skip to main content

Usahlah Mengkelakarlakarkan Diri Sendiri. Kasihanilah.

Suatu saat bila kita sendirian, kita sedar, kita cuma ada Tuhan.

Deep.

Tapi, ada orang, bila sendirian, dia cuma asyik fikir nak cari bahan apa untuk dipost di laman sooo-shial agar menjadi tumpuan dan viral . 

Tambah lagi, tym raya ni. 

Haa.. Sebabnya, orang shekarang ni kan, tengah raya rumah member pun masih scroll efbi, sakan like post itu ini sambil baham kueh raya sampai kosong balang kueh milik tuan rumah. Lepas tu, bila tuang air, mula la tumpah tumpah sana sini sebab buat kerja tak fokus. Habis la basah karpet yang tuan rumah baru beli dari Inche Bangla pakai kain pelekat sehari sebelum raya. Habis pulak sekotak tisu sebab acah-acah buat tindakan emergency nak keringkan air tumpah padahal dah tahu, karpet tu dah menyerap air lagi cepat dari tisu. 

Lepas satu page viralkan, page lain pula upkan post yang sama. Semuanya pakat nak kutip like belaka. Trend. 

Baring tengah jalan pakai selipar raya- post

KJ posing gaya typical budak-budak zaman sekarang tangkap gambar- post

Angkat sofa rumah nenek letak tengah jalan sambil posing atas sofa silang kaki- post

Macam-macam lah!

Tapi viral paling ana tak redho adalah post dari sorang hamba Tuhan yang telah hidup lama melepasi Ramadan demi Ramadan sepanjang hidupnya di sebuah petak bumi yang penuh dengan bukit-bukau gondol dek ditarah tangan-tangan mak-nusia yang cintakan dunia ( baca : duit ) dengan cara merosakkan bumi .

Beliau ini dilaporkan sedikit tak bijak bila dia telah update status berbaur perli perli sang pilot AirAsia yang suruh penumpang berdoa ketika musibah melanda perjalanan udara mereka.

Yang ini, ana taboleh brain. 

Serius, walaupun dah telan lima enam biji ketupat pulut hitam, ana masih taboleh brain awat brain beliau terlalu liberal macam tuh..

Semoga sama sama kita insafi ketidakcerdikan makhluk yang sama spesies dengan kita ini . Puak puak yang pandai membaca menulis dan berfikir macam kita jugak ni. Allahu.. Sedih sedih.

Fikir dahulu sebelum berfikir.
Berfikir lagi sebelum menulis.

Jika tidak, kebodohan kita akan terbongkar lantas dengan senang hati pula para netizen yang sudah cukup amal ibadat ( sebab terlalu asyik beribadat dalam bulan Ramadan yang lalu ) memberi 'sedekah' makian kepada kita. 

Usahlah mengkelakarlakarkan diri sendiri. Kasihanilah.

27 Jun 2017

Image result for interesting pictures

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...