Skip to main content

Doktor Garang VS Doktor Baik

" Kan best kalau semua doktor baik macam Dr Haitham. Lagi pelajar suka. Kenapa la nak jadi garang dan psycho sangat? "

Aku tersenyum. Faham sahaja gelodak perasaan dia. Siapa yang tak kecut perut bila kena berhadapan dengan doktor yang garang? Lagi menakutkan , dah la garang, lepas tu suka point orang untuk ditembak soalan. Fuh. Boleh berpeluh 3 botol sepanjang berjam-jam bersama doktor tu.

" Semua orang ada ego. Kadang-2 lagi hebat orang tu, ego dia lagi tinggi. "

Dan boleh jadi ada doktor yang sengaja tunjuk garang macam kucing kena cabut misai sebab nak anak muridnya fokus. Tak main-main. :)

" Ye la. Tapi kalau jadi biasa-biasa pun apa salahnya? Tengok macam Dr Haitham. Skill dia pun hebat kut, ilmu banyak tapi tak adalah nak tunjuk yang dia pakar sangat. Lemah-lembut je dia, suara dia pun sentiasa dijaga tak ditinggikan. Saya rasa suara saya lagi kuat dari suara dia. "

Aku tersengih pulak. Geleng kepala. Tak habeh lagi dia nak mintak semua doktor berubah jadi baik macam Dr Haitham yang kami kagumi itu.

" Semua orang berbeza. Walaupun rambut sama hitam, kalau yang tak ada rambut, walaupun kepala sama botak licin, tapi hati lain-lain. Rentak atau karekter tak sama. Itulah uniknya ciptaan Tuhan. Kalau semua sama, mana best! "

Kami teruskan perjalanan.
Lepas ni ada kelas lagi.
Sambil dalam kepala ligat berputar - esok round dengan Dr Shadi pulak! Doktor yang paling digeruni ramai - hatta pelajar Arab sekalipun.

Cuma aku terus pejamkan mata untuk lupakan benda yang negatif. Hidup ni, kena fikir yang baik-2, maka barulah badan dan otak diprogram untuk buat yang terbaik.

Biarpun orang lain melihat semua itu buruk, tapi kita lihatlah dari sudut pandang yang positif. Lagipun kata senior, segarang-garang doktor Arab, garang lagi doktor di Malaysia . 😅

Lihat hala tuju di hadapan.
Kalau terus positif, hati tidak gundah.
Sedang memang diketahui bahawa jalan di hadapan sentiasa ada kepayahan. Takkanlah nak lalui setiap kepayahan dengan ketakutan yang sama?

There are always some options there and you are the only one who have to choose the way you want. :)

Best of luck, duktur!

21 Mac 2017

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

Hafaz Al-Quran. Susah Ya?

Susah ya hafaz Al-Quran?  Dahulu, ibu bagi tahu saya, orang yang hafaz keseluruhan Al-Quran digelar "hafizah" .  Seorang "hafizah" sangat la hebat. Ibu suruh saya jadi "hafizah". Dalam masa yang sama, ibu jugak doktrin saya suruh jadi doktor bila besaq nanti. Akhirnya, bila kawan-kawan bagi buku biodata, kat bahagian cita-cita tu, mesti saya akan tulis " Doktor yang hafizah " . Bila cikgu tanya dalam kelas, " apa cita-cita kamu? " . Saya dengan mata penuh bersinar-sinar macam cahaya lampu di reban ayam nenek mesti akan jawab, " doktor yang hafizah! "  Fuh. Yakin betul! Takde ragu walau sebesaq bakteria pun. Padahal, umur ketika itu baru 7 tahun. Masa ini, saya pun tak tahu yang "hafizah" tu adalah gelaran untuk orang yang dah hafal 30 juzu' Al-Quran. Saya ingat, kalau dah hafaz dari surah An-Nas sampai surah Ad-Dhuha dah kira "hafizah" lah. Ternyata saya salah.  Naik ke ting...