Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Awak Lagi Power, Khaled. Kuatlah!

Budak lelaki itu dah cuak bila kakinya bergerak sendiri.

Lututnya kami ketuk dengan hammer . Diketuk lembut saja. Bukan macam nak ketuk serai dengan lesung batu tuh.

Sekali ketuk, kakinya melantun ke hadapan dengan sendirinya. Automatik.

Ketuk lagi sekali. Ia melantun lagi kuat dengan sendirinya. Luar kawalan.


Terpinga-pinga la dia bila hilang kawalan terhadap kaki sendiri. Sambil tangan pegang kakinya, dia pandang emak di sisi.

" Mak, kaki saya dah lingkup " ( Khorban )

😂

Aku di sebelah dah cuba tahan gelak. Tapi meletus jugak tidak tertahan. Kami gelak berjemaah. Sekali dengan emak dia join sekaki. Kalau wad itu luas dan lapang tanpa deretan katil yang tersusun padat, aku rasa mungkin aku dah gelak pegang perut bergolek dari dinding ke dinding sebanyak 7 kali.

Comel la awak ni, dik.

Kenapa kami ketuk lututnya?

Inilah sebahagian dari step dalam neuro examination.
Nama ujian ini ialah knee reflex yang bertujuan untuk menguji fungsi saraf tunjung dari segmen L2, L3 dan L4.

Khaled Omar adalah kanak-kanak berusia 12 tahun. Keningnya lebat dan hidungnya mancung macam orang Arab. Oh. Dia memang orang Arab pun.

Khaled masuk hospital sebab epistaxis , pendarahan di hidung secara tiba-tiba. Kakinya juga ada ruam kecil yang muncul tanpa sebarang surat jemputan. Semalam masa kami ambil full history beliau, masih tersisa darah di hidungnya. Hari ni kami lengkapkan report kami dengan melakukan full examination; check jantung, paru-paru depan dan belakang, abdomen serta neuro.

Pertama kali apabila kami menyingkap bajunya,
Tatkala mata jatuh melihat dadanya,
Hampir terputus nafas di tenggorokan.

Allah. Parut besar menggaris dari bawah lehernya hingga 2 inci atas dari pusat. Parut yang tak kemas. Macam garis lurus yang cuba dibuat oleh adik anda yang berusia 4 tahun. Luruslah sangat...Dah tu, bukan satu garis sahaja yang wujud di situ, tapi banyak garis! Garis garis yang bertindan dan berselirat.

Tak cukup itu, aku melihat pula di right 4th ICS dan left 5th ICS pada dadanya juga ada kesan parut sebesar duit lima ploh sen ( standard ukuran saiz lima ploh sen masa zaman saya tadika. Saiz duit yang besaq tuh. )

Dadanya ditebuk. 😭

Khaled ni ada masalah jantung sejak kecil.
Ventricular Septal Defect.

Dari usianya cuma sebulan, dia dah menjalani pembedahan jantung. Sekarang, menjejaki usia 12 tahun, sudah 8 kali pembedahan jantung yang dia lalui. Maka tak hairanlah begitu besar parut di dadanya. Dia juga melalui lebih dari 5 kali pembedahan untuk hidung dan telinga.

Sedih aku mendengar kisah Khaled. Tubuhnya kecil sekali, tak macam tubuh anda yang setiap hari telan 3 pinggan nasi . Perkembangan fizikal dan mentalnya jugak agak lewat. Mujur sekarang dia semakin stabil dan aktif bergerak dan main game guna handphone mak dia. Setiap kali kami datang, bateri handphone mak dia mesti habis gara-gara betapa juhudnya Khaled ni main game.

Berkali-kali dimasukkan ke hospital sejak dari 2015,
Meskipun dah menggunung ubat yang doktor prescribed kepadanya,
Walau dah menipis duit kerana menanggung kos rawatan dan pembedahannya,
Aku lihat emak Khaled bagai dah pasrah dengan kondisi si wira hatinya itu.

" Dia akan berterus macam ni ( keluar masuk hospital ) sampai bila-2 . "

Muna, groupmate aku tersentak mendengar kata-kata wanita berumur 35 tahun itu. " Tak, dia pasti akan sembuh. Pasti. Tuhan tahu itu "

Wanita yang aku namakan sebagai 'Emak Khaled' sebab taktau nama sebenarnya itu cuma menghadiahkan senyum di bibir. Aku tahu, itu cumalah senyuman tanpa sebarang gula tebu atau gula stevia , jauh sekali susu pekat F&N. Tawar.

" 'Ala Allah.. " Dia menjawab pendek. Perasaan aku pulak bagai terhenyak ke lantai bumi dipijak gergasi duka tidak bernama.

Sadonya mak cik...

Dalam mahu menguruskan lagi 6 orang anak di rumah, dia tetap tegar berulang-alik pula ke hospital untuk mendapatkan rawatan buat si anak yang seorang ini. Tak nampak pun riak kesal yang menghias wajah wanita itu. Seriyes nampak dia begitu tabah , gagah dah bagai tak pernah disentuh kecewa kerana punya anak berkondisi seperti ini. Kalau aku kat tempat dia..

Dah terpele'ot bawah katil gamaknya.

Benarlah.

Setiap orang ada ceritanya sendiri. Allah ciptakan kasut yang muat muat pada semua manusia. Mungkin kadang ada yang patternnya hampir serupa, lubang kasut hampir sama saiznya, tebal tapak bagai tiada beza, tapi tetaplah ujian dan jalan yang ditapaki setiap kasut itu berbeda-beda.

Tidak mengapa wahai manusia.

Setiap seorang dari kita suatu hari nanti akan dihadapkan ke mahkamah Allah yang penuh keadilan, dan kita akan diberi bahagian masing-masing.

Andai derita yang dirasakan di dunia, ketahuilah derita di akhirat, beribu ganda azabnya.
Andai bahagia dinikmati di dunia, ketahuilah bahagia di akhirat tidak terungkap oleh kosa kata manusia

Kadang kala apabila diuji, kita selalu merasakan bahawa kitalah manusia yang paling malang di dunia ini.

Kita terlupa untuk melihat sekeliling dan merenung kembali ke dalam diri, bahawa Allah SWT sebenarnya sudah memberikan kita banyak nikmat yang kita tidak hargai. Dengan lupanya kita terhadap semua nikmat ini, kita akhirnya terpedaya oleh bisikan jahat syaitan supaya berputus asa dan mengambil jalan mudah untuk keluar daripada kesulitan yang kita alami.

Sepatutnya bila ditusuk ujian yang pedih menikam jiwa, kembalilah laju mendakap peluang-peluang untuk merintih pada Ilahi. Bina kubu kekuatan dari Tuhan.

Kata Ibn Taimiyyah, “Jangan kamu bergantung kepada sesiapa di dunia, kerana sedangkan bayang-bayangmu sendiri pun meninggalkanmu di dalam kegelapan.”

Selain kepada Allah, segala bentuk pergantungan yang lain hanyalah sementara dan tidak boleh dijadikan sandaran paling utama. Pelbagai kekangan dan kekurangan yang ada pada diri manusia akan mengehadkan keupayaan untuk menawarkan kebahagiaan abadi.

“Tiada di kalangan kamu yang boleh mengaku beriman, sehingga kepercayaannya kepada Allah lebih teguh dari apa yang dia ada di dalam tapak tangannya”
(Aisyah r.a)

Semoga subur dan mekar hati ini untuk bersabar dengan segala macam mehnah dan tribulasi dunia . Sabarlah. Kuatlah.

Kuatlah kerana syurga tujuan kita. =')

02022017
Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai

Coretan Temuduga PROGRAM PERSIJIILAN TAHFIZ DARUL QURAN 2012

Baik .. Pada hari yang Penuh cahaya   bulan bintang  Matahari ini, sukalah saya nak berkongsi cebisan Pengalaman Ketika Temuduga Program Persijilan Tahfiz Darul Quran Sesi 2012 yang dahulu. Pengalaman ini mungkin sedikit tak dan banyak dapat memberikan panduan, pedoman, tips, petua, lampu, pelita dan yang segerombolan dengannya untuk hadek-hadek junior saya yang mempunyai sejuta impian untuk lulus dalam temuduga tersebut. Ingat!  Pengetahuan anda Walaupun Sedikit tentang Temuduga bakal anda yang sangat Penting Hadiri itu untuk Kesihatan dan Jantung buah Pinggang anda Ketika Ditemuduga Nanti!  Ini bagi Mengelakkan Pengeluaran adrenaline yang banyak Terlalu atau yang anda akan Lebih malang Terkhencheng kerana Terlalu Ketaq. Okay. Kalau tanya pada semua orang, mesti majoriti tak akan menggeleng apabila sudah kesempatan untuk menjadi penghafaz Al-Quran. Siapa je yang tak nak peluang belajar di Darul Quran yang mana lepasan pelajarnya semua memiliki hafazan Al-Quran da

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana bidang p