Skip to main content

HypoGlycemia - Bukan Kes Main-Main

" Ibu ada kat hospital.. "

😧

Suara kakak dari negara sebelah memecah gegendang telinga. Dia call no jordanku guna voip.

" Dah kenapa??! "

" Tok masuk wad . "

" Serius?? Sebab apaaa?! "

" Gula masuk dalam darah. "

Hah? 😶
Gula masuk dalam darah?

" Apa benda tuh? "

" Entah. Cuba check group family . "

Berdebar. Tak pernah belajaq lagi awat jadi emergency case kalau gula wujud dalam darah. Tahu saja tok ada DM dan memang bergantung pada insulin . Tapi, Kalau Diabetes pun tak adalah emergency case sampai kena ke hospital naik ambulans segala . Ambulans siap pasang siren kecemasan yang kuat macam tiupan sangkakala . Driver ambulans pulak bukan main pecut bagai nak berlumba dengan kereta F1 di litar sana. Dah kenapa kalut sangat ??

Sebelum bukak group family, laju ditekan dulu whatsapp dari ibu yang belum dibaca. Mesej masuk awal pagi tadi . Sedang bila sekilas mata ini melihat jam atas meja - pukul 8.21 malam . Dah lama mesej ni.

Marah diri sendiri. Sapa suruh baru on intenet sekarang ??!

" Angah , tok lena dari pagi tadi. Sampai ibu suapkan makanan pun dia lena. Mandikan pun dia lena. Dia jaga sat sat saja. Cuba tengok video ibu bagi tuh. Kencing manis ibu check sebelum makan tadi 3.8 . Sekarang tak tahulah berapa.. Ni sekarang dia tidur lagi. Nak bagi makan lagi pun tak tau macamana.. "

Laju video yang dihantar itu dimainkan.

Oh tiiidaaaaakkk..

Hypoglycemia!
Kurang gula dalam darah.

Hypoglycemia . Masih ingat last rotation internal medicine - hypoglycemia is a emergency case. Very serious. Malah lagi bahaya dari diabetes itu sendiri!

Kalau lambat bertindak ..

Tak mampu saya nak sambung. Google la sendiri.

😔

Membaca pula mesej ibu di group family. Jam 2.19 petang waktu Jordan tadi.

Ibu dah ada kat hospital masa tu.
Paras gula Tok - 1.8

My bad. 😞

Mujur. Mujur ibu tak tunggu anak dia ni online .
Mujur. Mujur ibu lagi cekap bertindak untuk call ambulans.
Mujur. Mujur ambulans tak habis minyak di tengah jalan.

😭

Perasaan kasih dan sayang yang Allah SWT anugerahkan dalam jiwa insan, sering menjadi titik kelemahan yang diserang syaitan. Kita mungkin mampu bertahan dengan penderitaan fizikal dan material, namun ujian yang berbentuk hati dan perasaan selalu menewaskan jiwa-jiwa yang masih pucuk.

Maka Tuhan menguji, satu demi satu agar jiwa kental untuk tetap menyandarkan pergantungan kepadaNya semata.

Bertatih sedikit demi sedikit untuk meneruskan kehidupan yang berbaki, meskipun saat dicabar kehilangan seluruh dunia bagaikan gelap gelita.

Telah kutahan air mata dari menjatuhi pipi, untuk kubentuk sebagai kolam yang menyimpan mutiara paling misteri. Sehingga satu hari nanti, akan ada yang mampu mengerti.

Dan ..
Apabila patah kata
sudah hilang
Maka
Tulisan menjadi
Suara

Aku baik-baik sahaja.

Betul, jujur.

Salam kesejahteraan buat semua.
Mohon doakan semuanya baik-2 saja .

-

06022017
Irbid, Jordan

Related image

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

♦ Checklist ke Jordan ♦ ►Girls sahaja

Tulisan ini terhasil setelah segala penat lelah, susah payah dan sakit sendi jari saya menaip. Maka, mohon anda semua membaca sehingga ke titik yang terakhir. Terutamanya, KAMU, (Jari telunjuk menuding ke hadapan), orang yang bakal berangkat ke sebahagian dari bumi Syam ini. Harap bermanfaat dan mampu menjadi panduan dan lampu jalan untuk nak buat bajet dan kemas barang nanti. Sebarang soalan, boleh tanya di ruangan komen.  Kalau nak  copy , Highlightkan dan tekan Shift+C. Orait. Bereh. Selamat menyediakan item yang diperlukan. n_n ☺ Baju kurung/Jubah - 7/8 helai Majoriti pelajar di sini akan pakai baru kurung dan jubah. Ikutlah keselesaan dan kebahagiaan jiwa raga tong gas anda untuk memilih pakaian yang sesuai. Yang pastinya biarlah menutup aurat dengan sempurna. Biar warga Malaysia di Jordan lebih 'islamik' pakaiannya dari warga Jordan itu sendiri, Nak beli jubah dekat Jordan pun ok. Tidaklah murah ta...

Belajar Medik : Terseksa Atau Bahagia?

Saya seorang pelajar perubatan. Percaya atau tidak, ini adalah program yang saya setting  sebagai destinasi dan hala tuju kerjaya saya di muka bumi ini. Program hidup yang besar yang tak mungkin mudah-mudah saya boleh nak berlepas diri atau give up  darinya. Menjadi doktor, bahagia atau terseksa? Apa jawapan saya? Itu ada pada diri anda. Jika ilmu kedoktoran itu menjadikan anda bermanfaat kepada orang lain, Jika menjadi orang yang bermanfaat itu bikin anda bahagia, PASTILAH menjadi doktor itu satu kebahagian yang infiniti dan tak mampu dirasai oleh orang dalam bidang atau kerjaya lainnya. Jika ilmu kedoktoran itu akan menyediakan peluang untuk anda mengumpul harta dan mencipta nama, Jika mencipta nama dan menjadi orang yang kaya itu bisa mencetuskan kebahagiaan anda, PASTILAH menjadi doktor itu satu penyiksaan yang tiada taranya buat anda. Kerana bidang perubatan bukan bidang yang mudah dan lantaran itu ia digelar bidang kritikal. Kerana...