Skip to main content

DRIVING SCHOOL : Lesen P! Mu Tunggu Aku Datang!

" Dah masuk gear. Awat tak jalan?! Awat?! Awat..??! " - Kening bertaut. Kereta putih itu tak gerak meskipun gear 1 dah masuk. Pelikah binti ajaib. 

" Haiiiih..! Yang hang pi masuk gear 3 tu awat? Nak jalan, guna gear 1 " - Cikgu di luar menjerit.

Adududu. Silap gear.

Apa nak buat..?

Dah gear 1 dekat sangat dengan gear 3. Hee~
.
Begitulah hari pertama 2 jam dapat pegang stereng.
Kegumbiraan tu macam dapat pinangan dari Putera Raja!
Rasa macam nak tekan hon 10 kali kat tengah-tengah litar memandu sambil diri atas kerusi dan sua kepala kat luaq tingkap .

Tapi tak jadilah.
Takut cikgu tarik telinga.
Lagi takut kalau dia tarik balik lesen L. Huii, seram.
Cukuplah berkali-kali kena study untuk exam komputer.
Kalau bagi RM 3 pun takkan diulang baca buku tu!
(Tapi kalau bagi RM 3k, em, hakak akan pikiaq lagi tiga kali)

Alhamdulillah, pass liku S, liku L.
Smooth lalu roundabout, tiga penjuru dan parking.
Dah pandai guna clutch, guna cermin, guna stereng.
Tak langgar sebarang benda atau mana-mana makhluk Tuhan.
Hmdulillah, tiada kemalangan jiwa direkodkan HARI INI. (Esok belum tahu)

Bila cikgu terus keluar kereta dan biarkan anak murid yang baru nak up ini drive sendiri pusing litar, saya dah terasa 'huwaaa.. hebatnya aku!'

Tanpa kita fikirkan berapa kali enjin mati, kesempurnaan melalui keseluruhan litar buat kita bertambah yakin dengan diri sendiri.

Setiap orang ada pertama kali.

Pertama kali belajar naik basikal roda tiga melelong langgar pokok pisang sampai tayar tambahan bengkok.
Pertama kali pegang pensil warna dan dapat tempat last dalam colour contest.
Pertama kali main layang-layang sampai jatuh terguling masuk belukar cium sarang semut hitam.
Pertama kali goreng telur dalam frying pan sampai minyak banjir satu dapur.

Begitulah makin dewasa, banyak benda baru yang menjadi keperluan untuk kita belajar.
Kalau takut, selamanya kau berpijak di takuk lama.
Kalau tak mencuba, kau akan digelar pengecut sampai masuk ke alam barzakh.
Kalau mengalah, kau tak akan dapat menyaingi kejayaan orang lain yang tidak kenal putus asa.

Hidup ini, kita harus mencuba. Takut atau gentar, kita sembunyi dalam hati.
Tapi, perbuatan kita, perkataan kita, pamerkan pada setiapnya keberanian dari sukma yang paling dalam.
Biarkan tunjuk hipokrit sebentar. Lama-kelamaan, berani ini yang akan menghambat takut dan gentar.
Kerana selamanya, berani tak akan ada tika gentar ada dan gentar tak akan ada tika berani ada.

Yang penting, cuba buat, cuba belajar dan cuba untuk tidak mengulang kesilapan. Awak buleh!

Ya, kita buleh!
Go! Lesen P menanti..!

22082017 | Kedah, Malaysia


Cikgu saya yang pakai shawl warna peach bawah pondok tu. Dia sangat osem! Hormatilah guru anda kerna di situ ada keberkatan. Mana tau nanti dia boleh tolong adjust pegawai JPJ yang baik-baik untuk anda? Hee~

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...