Skip to main content

Hidup Harus Terurus, Beb!

Aku pelik. Sebab aku yang budak medik ini, juga pernah disibukkan dengan komitmen jawatan paling tinggi dalam persatuan pelajar luar negara , masa aku juga sempit macam lubang kubur — tapi aku tetap mampu dan CUBA untuk menjaga hidup sendiri. At least, hidup sendiri.

Image result for amazing photography

Sebagai manusia yang sangat sangat taboleh tengok semak dan serabut , emosi agak meloncat tak stabil bila orang di sekeliling kita berlawanan sikap common sense dengan kita.

Banyak weh.

Bukan satu dua. Malah mungkin berjuta dalam dunia — orang yang kita nampak di luar sopan santun alahai pijak semut , semut tak meninggal, ada jawatan tinggi, pakaian kemas lagi menangkap perhatian orang yang memandang, nampak berkarisma lagi buat orang hormat tak berani pandang — tapi kalau kau hidup seminggu dengan dia, tinggal sebilik dengan dia , kau boleh lihat betapa tunggang-langgang hidup dia dalam rumah . Ergh.

Dan , aku bukan orang yang akan tegur berdepan. Aku yang jenis pendam. Pendam dan apa yang serabut aku leraikan. Buat kalau orang tak buat. Peduli bila orang tak peduli.

Tapi, bila sampai saat, aku sudah tak tahan,
Aku akan angkat kaki , pergi kedai makan , dan makan banyak banyak.

Aduhai. T-T

Berdepan dengan orang yang kurang common sense , hidup tak teratur lantas mengheret susah pada hidup orang lain pula , nyata memang boleh bikin aku gemok .

Hm.

Orang hati kapas memang begini.
Bila sakit, tahan sendiri.
Bila marah, pendam sampai rasa nak pitam.

Masalah tak selesai.
Dan si pembuat masalah terus terus mencipta kemarahan orang.

Hm

Tidak meminta perfect 10!
Tapi, at least benda yang simple budak tadika pun buleh buat, buatlah. Dah besar kan. Nanti ada rumah tangga, ada suami dan anak-anak, takkan nak biar hidup terus tunggang-langgang macam zaman bujang?

Malah, sepatutnya dari title bujanglah kena biasakan dengan semua ini.

Kasut susun semula di rak kasut.
Dah guna tupperware atau barang dapur, simpan semula.
Kalau barang habis, topup balik.
Kalau nampak banyak pinggan tak berterap, buatlah.
Bangun pagi bukaklah tingkap ikat langsir.
Lepas bangun tidur cepat² kemas katil.

Benda simple.
Kalau buat hari-hari, maka tak rasa payah lagi.

Yang jadi masalah, bila kau tak buat hari-hari.
Jadi, kau rasa malas. Kau rasa susah. Then, kau buat buat lupa. Apekah ini ?!

Itulah masalah kau.

Hm.

Aku tak marah kau.
Aku marah diri sendiri — sebab tak pandai tegur dan ajar kau ; cara menjadi GADIS yang cekap, lincah dan teratur.

Okay. My bad . Enough here. Hatiku dah retak dan pecah

6 Mei 2017

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...