Skip to main content

D.O.C.T.O.R : Apa ada dalam NICU?

Ini pertama kali dapat masuk Neonatal ICU (NICU)

Habis sahaja round terakhir di Hospital Rahmah, terus ikut doktor pakar masuk NICU kat Hospital Badi'ah .

Apa ada dalam NICU?

Dalam NICU , kita tak jumpak budak kecil pandai bercakap atau pandai menyanyi lagu Negaraku.

Tidak jugak dijumpai bayi yang dah aktif lari sana sini lompat katil atau ajak anda main tom tom bak bawah meja doktor.

Yang ada di NICU,
Bayi yang masih tersisa lanugo di tubuhnya.

Yang ada di NICU,
Bayi yang bergantung penuh pada tiub plastik yang disumbat dari hidung hingga ke perut sebagai saluran pemakanannya.

Yang ada di NICU,
Bayi yang menangis mintak mintak susu tapi tak ada pulak emaknya di situ.

Yang ada di NICU,
Bayi yang berehat tenang sambil pusing-2 dan flip badan sana sini sampai tergolek ke dinding kaca katil mereka .

Lebih dari 10 bayi pramatang yang diletakkan di NICU. Tersentuh jiwa melihat tubuh-tubuh kecil bayi yang sekurus dan sekecil botol air mineral 1L di situ .

Ada seorang bayi yang begitu menarik perhatian diri tatkala menapak masuk ke ruangan kecil NICU itu.

Katilnya paling dekat dengan pintu. Kondisinya agak menggerunkan. Wajahnya tak kelihatan kerana ditutup mask oxygen saiz gergasi. Ada 2 mesin phototheraphy dipasang. Serba biru. Jantungnya berdetak laju bagai baru selesai menamatkan larian 5000 m dan lompat bintang 10 kali. Tubuh beliau sangat la kerdil. Di bahagian kanan badannya terlihat olehku ibarat tin minuman yang telah dipijakhenyak. Depress .

Sungguh kasihan .

Kasihan.
Itu saja yang boleh disebutkan .

Bersyukur.
Kita terlahir ke dunia dengan sempurna . In term .

Keluar dari Hospital Badi'ah , kehujanan.

Melihat titik titik hujan membawa pergi keringnya bumi , kering segala gusar di sukma .

Jarang jarang gemawan mahu memuntahkan cairan dari wilayah langit.

Oh ya. Sebenarnya, ada satu lagi cara yang boleh menghapus pergi karat karat gelisah di hati .

Apa dia?

Bersiar-siar!

Lagi best kalau bersiar-siar tanpa tahu arah tujuan .

Indah !
Awesome !
Menyeronokkan !

Tak percaya ?!

Cuba try naik mana² koster ikut-suka-hati-takyah-tanya-destinasi.

Biarkan saja diri dibawa ke mana-mana sambil mata menggulati sepuas hati dan jantung alam luas yang terbentang di balik kaca yang dirintik hujan.

Pengalaman yang agak menarik !
Menjelajah inci bumi Irbid yang belum pernah dijejak kaki . Seorang diri . Sambil white coat masih setia di sisi.

60 minit atas koster.
Cuma 25 qursh!

Wah .

This is my first time - without intention.

.

Takkan buat dah kerja ni sampai grad. #SalahKoster

08022017
Irbid, Jordan

Image result for amazing photography

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...