Skip to main content

Antara Ketawa Dan Menangis

Menangis .

Antara ketawa dan menangis ,
Tangisanlah yang mampu recharge semangat manusia.
Ketawa mungkin dapat memulihkan emosi namun ia memenatkan.
Sedang, tangisan - ia melegakan.

Acap kali tiba pada satu simpang kehidupan,
Hati kita diuji rasa lemah dan rapuh. Mahu patah.
Ada antara kita yang cepat melatah dek terasa diri terlalu bawah.
Ada antara kita yang hanya tersedak, lalu dia mencari-cari kekuatan diri dari segenap cara yang ada.

Kita.
Tak pernah dapat lari dari ujian.
Dari ujian yang kecil hingga ujian yang besar.

Kadang, diri terasa terlaaaaalu sesak.
Bertong-tong oxygen pun bagai tak cukup untuk menghilangkan rasa rimas di kerongkongan.

Lalu, kita rasa nak tidur tak nak bangun dah.
Lalu, kita fikir nak makan sampai gemok tubuh badan.
Lalu, kita rasa nak rehat taknak langsung ambil kisah apa yang berlalu di sekeliling dunia.
Lalu, kita rasa mahu , mahu nangis.

Menangis.
Bagai tiada cara lagi mahu difikirkan bagi menghilangkan penat di otak dan jiwa, maka lantas refleksi tubuh mengarahkan air mata itu terbit tanpa dipaksa paksa.

Wahai air mata, engkau penawar tika lara menghempap jiwa. Kejernihanmu bagai mengusir sakit dan hitam emosi yang mengasak diri. Dan tatkala engkau terbit, langsung pula diri teringatkan sang Rabbi yang menjadi saksi turunnya engkau tatkala perit dan pedih diri tidak dapat dibaca oleh mana-mana insan.

Benarlah, air mata itu hadiah dari Tuhan kepada manusia.
Menjadi kekuatan diri untuk kembali bangkit setelah terperosok jauh ke titik yang paling lemah.
Menjadi peringatan bahawa Allah itu ada menemani.
Allah itu tahu susah senang yang diri alami.
Allah mengurniakan kekuatan setelah keringnya air mata malah air mata itu pula menjadi ubat sementara menjernihkan segala kusut dunia yang bermain di fikiran.

Attsiqah biLlah. Allah tak izinkan sesuatu berlaku pada kita melainkan Dia mahu kita dapat sesuatu, belajar sesuatu dan menjadi sesuatu di hadapan-Nya.

Attsiqah biLlah. Cari Allah pabila perlu dan tidak perlu. 

Image result for interesting pictures

06072017 | Irbid, Jordan

Comments

Popular posts from this blog

Tips Menjadi Moderator Forum

Tips Menjadi Moderator Forum =) Siapa kata hanya orang yang berpengalaman sahaja yang boleh menerjah dalam bidang pengucapan awam atau pengacaraan dan mampu perform dengan penuh bergaya bagai pengacara terkemuka donia? Sebenarnya, kalau tak ada pengalaman pon anda boleh melakukannya ! Asalkan, kita tahu cara. :) Ketahuilah bahawa orang yang dikatakan berpengalaman juga sebenarnya pernah berada di posisi 'beginner' . Mereka bermula dari 'zero' dan kini baru diberi kesempatan untuk bergelar 'hero' Saya sendiri sangat meminati bidang pengacaraan sejak di bangku sekolah namun tidak pernah mendapat peluang untuk mengendalikan apa-2 majlis. Apabila sudah berada di alam kampus, peluang untuk menjadi pengerusi majlis atau moderator forum semakin terbuka luas. Saya kagum melihat senior-2 yang begitu berani dan petah berbicara di atas pentas. Ketika saya berada di Tahun Satu, saya blur. Saya memang tak ada keyakinan pon nak mencuba bercakap di khalayak ramai...

Sesak Hidup - Kalah Traffic Jam!

Pernah dikongsikan dalam talk di Amman dulu. Cara saya lepaskan duka dirundung masalah adalah dengan menulis. Lagi banyak post yang saya buat, itu tanda aras seberat apakah masalah yang melanda. Sukar untuk kita luah setiap masalah pada manusia. Kerana manusia itu kadangkala cerdik akalnya. Bisa keluar banyak persepsi dari apa yang kita cerita kepada dia. Kadang baik, kadang sebaliknya. Maka, itulah saya fikir. Biarlah lebih baik tulisan menggantikan suara. Biarlah walau tulisan tak menceritakan duka di jiwa, tapi ia mampu mengheret 1001 manfaat dalam pemikiran pembaca. Biar. Memberi kebaikan kepada manusia itu juga sebenarnya ubat. Penawar yang mampu menjahit luka di dada. Hidup ini memang sesak. Tak habis satu ujian, menerjah pula ujian yang lainnya. Nak tak nak, harus terus kaki ini berjalan. Biar perit dirundung sakit yang berbisa, Kerana Allah dah cakap, Dunia ni memang tempat penat, tempat yang bukan untuk berehat. Sabarlah sikit. ...

3 Jam Bersama Mak Cik Syria Atas Qatar Airway

Dari mula saya melangkah masuk ke perut pesawat, hati digaru bimbang. Harap harap tak kena duduk sebelah lelaki. Please. Please. Dari kejauhan, saya memandang ke deretan seat 32. Saya punya seat 32 D. Siapa di sebelah saya? Awak! Saya nampak awak. Dan awak seorang perempuan!  Wah.. Alhamdulillah!  Saya mengurut nafas lega.  Kaki melangkah tenang menuju tempat duduk seraya melemparkan senyuman pada awak. Saya mula bertegur sapa. Awak ternyata sungguh ramah, tetap melayan saya meskipun bahasa Arab saya tunggang-langgang. Saya bertanya, " nak pi mana? (dalam bahasa Arab) " Awak jawab pada saya, awak dan suami awak yang duduk di sebelah awak tu nak pergi Amerika. Mata saya terus membulat. Amerika? Nak buat apa la pi sana? Selepas lama bersembang, baru saya tahu, awak adalah warga Syria yang telah setahun tinggal di Jordan. Awak akan musafir ke Amerika untuk hadir meraikan majlis grad anak lelaki awak yang sudah 11 tahun di sana menuntut ilmu tek...